facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy


Jangan lakukan 9 perkara ini jika mahu Berjaya di dalam kewangan. Pengurusan wang yang berkesan adalah kunci utama kepada kejayaan. Orang yang Berjaya membuat keputusan terbaik di dalam soal kewangan. Seperti dalam mana-mana bidang di dalam kehidupan, adalah suatu perkara yang penting di dalam mendidik diri sendiri mengenai ancaman dan cabaran kehidupan di dalam dunia ini. Luangkan masa anda di dalam menguasai beberapa prinsip utama kewangan di dalam siri kami kali ini, 9 perkara yang perlu dielakkan di dalam kewangan.

#1. Hidup di bawah kemampuan.

Ramai daripada kita yang hidup melebihi kemampuan mereka. Orang-orang Berjaya menyimpan 50% daripada pendapatan mereka. Ini bermakna mereka berbelanja hanya untuk keperluan sahaja *walaupun mereka mampu untuk memiliki apa sahaja yang diinginkan*. Anda perlu mengubah tabiat ini dengan kadar segera! Anda boleh mencapai kejayaan kewangan dengan menyimpan 10-15% daripada pendapatan anda.

#2. Berhenti melihat pada harga dan mula melihat pada nilai.

Mereka yang Berjaya di dalam kewangan, selalu melihat kepada nilai dan bukannya harga.  Sebagai contoh, jika anda mengeluarkan wang di dalam bidang pelaburan, ianya akan semakin meningkat pada masa hadapan. Untuk barang-barang peribadi pula, cari produk yang berkualiti tinggi yang kekal. Sebagai contoh, beli kasut yang berkualiti dan mampu bertahun bertahun lamanya dengan penjagaan yang betul. Ini mampu menjimatkan wang anda.

#3. Jangan bazirkan wang anda untuk membayar fi dan faedah (interest)

Orang yang Berjaya di dalam kewangan akan mengelak untuk mengeluarkan wang mereka hanya untuk membayar fi atau faedah setiap bulan. Mereka bijak menguruskan kewangan mereka dan hampir kebanyakan daripada mereka yang Berjaya di dalam kewangan, tidak memiliki kad kredit!


#4. Selaraskan semula kewangan anda selepas melalui perubahan besar di dalam kehidupan.

Sebagai contoh, perkahwinan. Walaupun anda mempunyai kelebihan di dalam kewangan, adalah sangat penting untuk anda membuat semula pelarasan apabila keadaan hidup dan keluarga anda berubah dengan ketara. Ambil masa untuk bersendirian atau bersama dengan mereka yang pakar di dalam kewangan sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mengkaji semula kehidupan anda dan merancang semula pelan kewangan anda.

#5. Jangan sekadar mengharapkan pendapatan utama.

Mereka yang Berjaya di dalam kewangan, tidak hanya memandang kepada pendapatan utama mereka. Mereka sentiasa mencari cara untuk memperolehi pendapatan yang lebih. Pendapatan yang tinggi akan membuatkan anda mempunyai banyak pilihan di dalam kehidupan peribadi dan rasa lebih selamat. Orang yang berjaya mengambil tindakan setiap hari untuk meningkatkan pendapatan mereka. Sebagai contoh, mereka mengambil kursus untuk meningkatkan kemahiran mereka atau mereka menyumbang idea untuk meningkatkan produktiviti syarikat mereka. Mereka juga tahu bagaimana untuk mencari lebih banyak wang.

#6. Jangan abaikan penyata kewangan.

Di dalam usaha untuk mencapai kejayaan kewangan, anda memerlukan beberapa tabiat yang perlahan dan mantap. Ini termasuklah membentuk satu tabiat menyemak penyata kewangan anda. Orang yang berjaya menetapkan masa setiap bulan, di antara 30 hingga 60 minit untuk menyemak semua akaun kewangan mereka seperti Pelaburan, akaun bank dan banyak lagi. Apabila mereka mengesan kesilapan atau ketinggalan, mereka mengambil tindakan segera.


#7. Jangan ambil risiko yang bodoh di dalam kewangan.

orang yang berjaya menggunakan dua alat yang berkuasa untuk mengelakkan kerugian. Mereka memahami nilai insurans untuk mengawal risiko (seperti rumah, kereta, dan insurans hayat) dan kepentingan pembahagian aset.

#8. Jangan pura-pura tahu segalanya mengenai wang.

Dunia adalah sangat luas dan kompleks tetapi apabila ianya melibatkan wang, tidak banyak maklumat dan ilmu mengenainya dikongsikan. Sebab itulah, mereka yang Berjaya di dalam kewangan sangat faham mengenai had ini dan menumpukan segala tumpuan dan kekuatan di dalam diri mereka.

#9. Jangan pindahkan tanggungjawab anda kepada pakar-pakar.

Anda boleh mendapatkan pandangan mengenai kewangan daripada pakar tapi jangan sesekali menyerahkan tanggungjawab kepada mereka untuk menguruskan wang anda.
cara yang digunakan kanak-kanak untuk buat duit online

5 cara yang digunakan kanak-kanak untuk buat duit online. Hingga ke hari ini, adalah sangat mustahil untuk berjumpa dengan kanak-kanak ataupun remaja yang tidak berminat dengan internet. Ianya samada dalam bentuk permainan game ataupun melayari laman sosial. Internet juga menyebabkan mereka menjadi “anti-sosial”. Mereka tidak keluar rumah, bercampur gaul bersama rakan-rakan dan sebagainya. 

Sebagai ibubapa, perkara ini sememangnya merisaukan. Ini adalah kerana, perbuatan itu bukan sahaja membazirkan masa mereka malah membazirkan wang. Dalam perkongsian kami kali ini, kami ingin kongsikan 5 cara yang boleh anda gunakan, untuk menjadikan hobi melayari internet anak anda menjadi sesuatu yang sangat bernilai.

5 cara anak-anak menjana pendapatan online.


Menjual barang peribadi.

Anak anda sudah semestinya memiliki barangan peribadi seperti seluar lama, baju lama ataupun mainan lama.  Adalah sangat menyakitkan mata melihat ianya berada di dalam keadaan berhabuk. Oleh yang demikian, anda boleh mengajar anak anda menjualnya secara atas talian. Anda mungkin boleh membantu mengiklankan barangan mereka.

Bermain permainan games.

Tahukah anda, hobi mereka bermain permainan game boleh menjadi sumber pendapatan untuk mereka juga? Banyak syarikat sedang mencari orang untuk menguji permainan, dan akan membayar untuk itu. Anak anda juga boleh menjadi pengulas bagi permainan game tersebut. Jika anak anda adalah seorang yang professional di dalam permainan game tersebut, mereka boleh menyertai pertandingan dan boleh memenangi hadiah wang tunai yang besar!

Perkhidmatan atas talian.

Jika anak anda tergolong di dalam mereka yang cerdik di dalam mata pelajaran. Mereka boleh menggunakan ilmu mereka di dalam membantu pelajar lain. Dan ianya sudah pasti di dalam bentuk berbayar.

Blog.

Jika anak anda suka menulis dan bercerita, galakkan mereka untuk memulakan blog dan mula menjana pendapatan darinya. Mereka mungkin boleh menulis mengenai permainan game, bahan bacaan ataupun hobi. Ingatkan juga pada mereka untuk meletakkan iklan pada blog dan mula mendapatkan bayaran darinya.

Jual hasil seni.

Jika anak anda seorang yang kreatif di dalam bidang seni, gesa mereka untuk memiliki sebuah blog dan menjual hasil seni mereka. Mereka juga boleh menjual hasil kerja mereka kepada organisasi yang berbeza yang menggunakan gambar-gambar mereka untuk tujuan pengiklanan.

6 perkara kecil yang mampu menjadikan anda lebih pintar. Baik. Kami ada kongsikan 7 perkara kecil yang boleh anda lakukan untuk menjadikan anda lebih pintar. Jika anda belum membacanya, anda boleh baca di sini: Rahasia otak pintar. Baik, kali ini, kami akan kongsikan baki selebihnya, apakah perkara kecil yang boleh menjadikan anda lebih pintar.

Lakukan beberapa senaman mudah di siang hari

Tubuh dan minda kita mempunyai hubung kait yang tinggi.  Kecergasan fizikal membantu otak berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun, anda tidak perlulah ke gym setiap hari (walaupun anda boleh melakukannya) cukuplah sekadar melakukan beberapa senaman ringkas di rumah seperti push up, ataupun berjalan di sekitar taman anda. Anda juga boleh menukar penggunaan lif kepada tangga di tempat kerja anda.

Bayangkan 8 perkara ini berlaku kepada anda ketika berada di stesen minyak.

Luangkan masa dengan seseorang yang lebih bijak daripada anda.

Tabiat atau corak pemikiran mereka yang berada di sekeliling anda, banyak mempengaruhi diri anda. Oleh yang demikian, dedahkan diri anda dengan orang-orang yang lebih bijak daripada anda untuk mendapat faedah daripada mereka.

Bercakap dengan orang-orang yang tidak bersetuju dengan anda

Berhujah dengan mereka yang berlawanan pendapat dengan anda akan menajamkan perkataan anda dan mampu menyakinkan orang lain dengan pemikiran anda.

Menikmati alam semulajadi.

Oksigen yang dikeluarkan tumbuh-tumbuhan membantu minda manusia berfikir dengan lebih pantas dan hebat. Berjalan juga membantu peredaran darah di dalam badan. Manakala berjalan kaki di taman pada selepas waktu makan tengah hari boleh membantu anda bekerja dengan bijak untuk sepanjang hari.

Sentiasa bawa nota kecil.

Idea-idea hebat biasanya hadir pada bila-bila masa. Gunakan nota kecil itu untuk mencatatkan segala idea yang datang dan boleh dijadikan semakan pada masa mendatang. Mempunyai sebuah nota kecil dan menulis perkara yang menarik sangat membantu di dalam melatih rasa ingin tahu anda dan pemikiran logik.

Ambil masa 10 minit sebelum tidur untuk merancang hari esok.

Dengan membuat rancangan mengenai hari esok akan membolehkan anda untuk bekerja lebih produktif. Ramai orang yang sibuk sepanjang hari, tetapi sebenarnya tidak produktif. Adalah lebih baik bekerja secara pintar daripada bekerja keras sepanjang hari. Jadi buat rancangan terlebih dahulu.

13 perkara kecil yang mampu menjadikan anda lebih pintar! Manusia sememangnya dilahirkan dengan kepintarannya yang tersendiri. Namun ramai daripada kita terlepas pandang akan hal ini. Tahukah anda, terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk menjadikan kita lebih pintar daripada sekarang. Dalam edisi kali ini, kami ingin kongsikan perkara-perkara itu. Jangan risau, kami tidak meminta anda untuk mengeluarkan wang bagi mendapatkan “rahsia” ini, kami hanya minta masa anda sahaja, untuk meneruskan bacaan anda, Ayuh! Teruskan bacaan anda sekarang!

1. Minum 2 gelas air 30minit selepas bangun dari tidur.

Manusia biasa tidur selama 8 jam sehari. Dalam tempoh ini, badan kita tidak mendapat air yang cukup. Air diperlukan bagi penapisan bahan buangan dan keseimbangan cecair. Kajian mendapati, dengan meminum banyak air, akan meningkatkan keupayaan kita untuk menyelesaikan tugas-tugas mental. Oleh yang demikian, jangan biarkan otak kita dehidrasi di awal hari dengan meminum 2 gelas air.

2. Baca bahan bacaan semasa sarapan.

Dengan membaca, akan merasang minda kita untuk cepat berfikir. Kepantasan berfikir bagi seorang manusia adalah lemah di awal hari. Oleh yang demikian, dengan meransang minda kita di awal hari, minda kita akan meransang banyak idea baru yang seteruskan akan membantu di dalam kehidupan anda!

19 Gambar kenapa wanita ini teruja dengan rambutnya sendiri.

3. Mendengar audio berkaitan peningkatan diri.

Anda boleh mendengar audio berkaitan peningkatan diri semasa di dalam perjalanan ke tempat kerja. Anda mungkin mengambil masa 10 minit sahaja untuk ke tempat kerja, namun sedarkah anda, masa 10 minit itu mampu menjadikan anda lebih pintar? Mulakan ianya sekarang!

4. Minum teh hijau semasa bekerja.

Ramai daripada kita yang gemar mengambil minum berkafein untuk mengelakkan rasa mengantuk di tempat kerja. Mulai harini, tukarkan ia kepada teh hijau. Ini adalah kerana, mengandungi l-theanine. Asid amino ini menyebabkan peningkatan gelombang alfa otak di dalam otak manusia.

5. Ambil masa untuk tidur sebentar.

Dengan tidur sebentar akan membantu minda anda segar semula. Minda kita mempunyai isyarat tersendiri, yang menentukan rasa mengantuk dan waktu untuk tidur. Purata orang yang merasa mengantuk adalah di antara tengahari hinggalah jam 4 petang. Inilah masa yang sesuai untuk anda mendapatkan tidur. Tapi haruslah di ingatkan, tidur yang sebentar dan bukannya mengambil masa yang lama ya!

6. Jangan ambil gula di siang hari.

Paras gula yang tinggi adalah sangat tidak baik untuk menjaga otak anda berfungsi dengan bijak. Oleh yang demikian, tukarkan makanan tengahari yang manis kepada makanan yang lebih berkhasiat seperti ikan dan telur.

7. Lebihkan membaca daripada menonton tv.

Membaca buku adalah salah satu cara merangsang otak kita untuk lebih berfikir. Membaca buku memerlukan otak kita untuk secara aktif membina imej mental daripada apa yang kita baca.


5 Langkah Melatih Minda Berfikir Di Luar Kotak. Berfikir di luar kotak (Thinking outside the box) adalah lebih daripada sekadar pemikiran. Ia adalah cara bagaimana kita menyelesaikan masalah dalam cara yang berbeza daripada kebanyakkan orang. Ia adalah cara di mana tidak pernah difikirkan sebelum ini. Dalam kata mudahnya, kita menyelesaikan masalah yang sudah basi dengan cara yang tidak basi. Adakah anda faham? Jika tidak, sila lanjutkan bacaan anda.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui akan perihal ini. Namun, tidak ramai yang mengetahui bagaimana caranya untuk berfikir di luar kotak. Bagaimana untuk membangunkan keupayaan berhadapan dengan masalah dengan cara selain daripada cara yang sudah biasa digunakan. Bagaimana untuk membangunkan keupayaan melihat sesuatu perkara daripada sudut berbeza? Ini yang sering menjadi persoalan kepada ramai orang.

Berikut adalah 5 langkah melatih minda berfikir di luar kotak pemikiran anda. Ia adalah 1 usaha menolak pemikiran anda/melebihi had pemikiran anda sekarang. Ia adalah suatu perkara yang boleh di latih.

5 Langkah Melatih Minda Berfikir Di Luar Kotak.

1. Kaji industri lain.

Apa yang boleh anda lakukan adalah mula mencari ilmu baru selain daripada ilmu yang anda ada sekarang. Jika anda seorang yang mahir di dalam bidang masakan, anda boleh mencari ilmu berkaitan jahitan. Melalui cara ini, anda boleh mencari masalah-masalah yang mungkin berkaitan dengan anda, tetapi ianya di selesaikan dengan cara yang berbeza.

2 . Ambil kelas.

Belajar satu topik baru bukan sahaja akan mengajar anda satu set fakta dan angka, ia akan mengajar anda cara baru untuk melihat dan mengertikan aspek kehidupan anda. Ia seterusnya akan membantu mengembangkan pemikiran anda, bagaimana untuk melihat masalah dan menyelesaikannya dalam cara yang baru.

3. Lukis gambar.

Melukis gambar banyak menggunakan otak sebelah kanan. Ia boleh membantu memecahkan logik otak sebelah kiri. Masalah yang boleh "dilihat" akan membantu otak kita meransang lebih banyak idea baru.

4. Bermula semula dari belakang.

Ini akan memecahkan konsep normal pemikiran manusia. Ini adalah kunci pemikiran kebelakang manusia. Sebagai contoh, anda memikirkan bagaimana gol boleh terhasil. Apakah strategi yang anda gunakan untuk menjaringkan gol tersebut. Bermula daripada belakang.

5. Dapatkan nasihat daripada seorang kanak-kanak.

Ya! Kanak-kanak mempunyai kemahiran berfikir yang sangat kreatif! Tanya pada seorang kanak-kanak, bagaimana mereka menyelesaikan masalah mereka. Anda mungkin menjumpai banyak idea baru yang mungkin tidak pernah di fikirkan oleh orang dewasa.

Ini adalah 5 perkara yang boleh anda praktikkan di dalam melatih minda anda untuk berfikir di luar kotak. Ini hanyalah perkongsian daripada kami. Anda mungkin mempunyai strategi lain bagaimana untuk berfikir secara berbeza daripada biasa. Kongsikan tips anda dengan kami di dalam ruangan komen di bawah.

Bagaimana Untuk Berhenti Bermimpi dan mula mengejar Impian Anda. Ramai daripada kita mempunyai impian dan ramai yang meletakkan impian itu hanya di dalam mimpi. Sedari kecil, di dalam kehidupan seorang kanak-kanak, pasti ramai yang memasang impian. Dan mereka benar-benar percaya bahawa impian bakal di capai kelak. Namun, apabila menjejaki alam dewasa, terlalu banyak rintangan dan halangan yang menghalang, dan akhirnya menjadikan impian kita sebagai sebuah mimpi indah sahaja.

Apabila kita mula memasang impian, pasti akan muncul suara halus yang berbunyi, “ini adalah perkara yang tidak masuk akal” ataupun, “mesti susah untuk aku capai apa yang aku inginkan”. Ini adalah antara perkara yang menghalang seseorang itu dari terus maju. Untuk Berjaya, anda perlu mengunakan ayat seperti, “aku boleh melakukannya!” atau “apa yang perlu aku buat untuk aku Berjaya”.

Hari ini, kami ingin berkongsi beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengenal pasti dan mencapai impian kita. Kita perlu memberi tumpuan kepada apa yang penting. Ayuh! Lanjutkan bacaan anda!

Rancang impian anda!

Apabila anda tidak tahu apakah matlamat anda, pastinya anda tidak mempunyai jalan bagaimana untuk Berjaya. Ramai daripada kita tidak mengambil masa untuk duduk memikirkan dan merancang impian kita. Kita perlu mempunyai pelan tindakan. Apa yang perlu dibuat dan apakah cara untuk kita mencapai impian itu.

Pereka fesyen membuat lakaran pakaian terlebih dahulu sebelum menghasilkannya. Usahawan membuat rancangan perniagaan yang menggariskan kos dan langkah yang diperlukan sebelum melancarkan syarikat mereka. Ini adalah asas untuk mencapai kejayaan.

Ia lebih murah dari apa yang anda fikirkan.

Salah satu daripada halangan terbesar kebanyakan daripada kita dalam mengejar impian kita adalah berkaitan wang. Yang sebenarnya, ianya tidak memerlukan kos yang banyak! Anda sebenarnya telah di tipu oleh pihak media yang mengatakan hanya jutawan yang mampu mencapai impian dan kehendak mereka.

Kita selalu berkata, “kalau aku memiliki banyak wang, aku akan”. Ini adalah penghalang terbesar di dalam diri kita. Ini membawa kepada pemikiran kita memerlukan wang yang banyak untuk mencapai apa yang kita mahukan.

Katakan anda merancang untuk melancong dengan kos sebanyak RM5000. Perkara pertama yang perlu anda buat adalah, merancang tarikh yang sesuai untuk pergi melancong. Kemudian merancang simpanan bulanan. Ianya samada melalui potongan gaji ataupun pengurangan belanja. Di dalam kes ini, anda sedang merancang impian anda di dalam cara yang sebenar!
Ambil tindakan segera.

Selepas membuat perancangan, kita perlu mengambil tindakan yang perlu untuk mencapainya. Ambil tindakan awal adalah penting kerana apa yang kita perlukan sekarang adalah momentum. Tidak kiralah jika ianya memerlukan masa yang panjang, samada 6 atau 12 bulan. Apa yang penting adalah, kita mengambil tindakan segera.

Tuliskan 3 langkah segera anda, yang perlu dilakukan hari ini, esok dan dalam beberapa minggu akan datang.

Adalah sangat jelas, bahawa semua daripada kita mempunyai impian. Realitinya kita yang perlu berusaha di dalam menjadikan ianya sebagai 1 kenyataan. Inilah masanya untuk anda bertindak!

Api impian anda telah dinyalakan, kini ia terpulang kepada anda untuk memastikan ia terbakar.



Ambil tindakan dan lakukannya hari ini!

7 Perkara Yang Hanya Di Fahami Freelancer. Semua orang mahu menjadi bos dan bekerja sendiri, tetapi untuk mencapai yang anda inginkan bukanlah semudah yang di sangka.  Freelancing membolehkan anda untuk menjadi bos kepada diri anda sendiri. Anda boleh bekerja di mana sahaja yang anda mahu dan pada bila-bila masa yang anda mahu. Walau bagaimanapun, setiap freelancer tahu bahawa kebebasan datang dengan harga.

Anda tidak bercakap dengan orang lain sepanjang hari.

Pada permulaan, bekerja dari rumah adalah impian, tetapi selepas beberapa minggu, anda akan mula sedar bahawa anda adalah satu-satunya orang yang bercakap dengan diri anda sendiri. Ini adalah kerana anda tidak mempunyai teman untuk berbual.

Menulis di mana-mana sahaja.

Rumah kadang kala menjadi bosan dan anda perlukan 1 ruangan baru untuk menulis. Anda akan pergi ke kedai yang menawarkan wifi secara percuma. Lokasi itu berkemungkinan sama atau sentiasa berubah-ubah. Ada masanya lokasi itu menjadi lokasi yang menyeronokkan dan ada masanya, ianya menjadi 1 mimpi ngeri buat anda.

Jadual Pembayaran Berbeza-beza.

Adalah sangat baik jika anda bekerja di sebuah syarikat tetap yang mana bayaran yang diperolehi anda juga adalah tetap. Tetapi bagaimana pula jika anda tidak bekerja tetap dengan sesebuah syarikat sahaja? Anda mungkin menerima bayaran 2 minggu sekali? sebulan? Atau mungkin mereka telah hantarkan kepada anda cek, dan anda langsung tidak menerimanya?

Kaya dan miskin.

Disebabkan gaji anda dibayar secara rawak, ada masanya anda menjadi kaya dengan bayaran yang masuk secara tiba-tiba ke dalam akaun anda. Tetapi apabila anda tidak menerima bayaran anda, anda secara automatiknya menjadi miskin dan sentiasa tertunggu-tunggu bayaran anda.

Bosan dan sibuk.

Bebanan kerja anda menjadi turun naik sama seperti bayaran yang anda perolehi. Ada masanya anda langsung tidak mempunyai kerja. Anda mungkin menghabiskan masa dengan menonton wayang dan jalan-jalan. Tetapi secara tiba-tiba, bebanan kerja datang secara mendadak dan anda merasakan anda tidak mempunyai ruang untuk berehat.

Masa lapang tidak seperti maksudnya.

Kadang-kadang kebebasan freelancing membolehkan adalah sesuatu yang menakjubkan. Mereka boleh melakukan aktiviti kegemaran mereka pada setiap masa. Tetapi dalam masa yang sama, mereka juga perlu memikirkan kerjaya mereka.

Tiada pakaian khas.



Anda memiliki kebebasan untuk memilih apa sahaja pakaian yang anda inginkan. Anda mungkin boleh memakai tshirt dan seluar jeans semasa bekerja.

5 Cara Pengurusan Kemarahan Di Tempat Kerja. Kajian menunjukkan bahawa sehingga 42% daripada masa pekerja di tempat kerja dihabiskan terlibat atau cuba untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di tempat kerja. Ada yang Berjaya di selesaikan dan ada yang menemui jalan buntu yang akhirnya membawa kepada perbehentian kerja. Pengurusan kemarahan di tempat kerja merupakan ilmu yang sangat penting. Kami kongsikan 5 cara yang boleh anda kongsikan ketika berhadapan situasi tersebut.

Pengurusan Kemarahan di tempat kerja.


1.  Apabila berhadapan dengan situasi seperti ini, apa yang perlu anda buat adalah, menghentikan apa sahaja perkara yang sedang dilakukan. Duduk lurus, senyum, Tarik nafas dalam-dalam dan perhatikan apa yang berlaku. Anda perlu berfikir seperti biasa dan secara rasional. Apabila berada di dalam keadaan marah, minda manusia tidak mampu berfikir dengan baik.

2. Jika ini tidak menjadi, bergerak keluar dari kawasan kejadian dan pergi ke tempat yang lebih tenang. Gerakkan anggota badan dan biarkan perasaan marah itu hilang. Di sini, kita akan “reset” semula minda kita kepada mode biasa.

3. Telefon rakan karib anda dan minta mereka bantu anda memberi idea di dalam menyelesaikan konflik yang terjadi.

4. Keluar daripada kawasan kerja dan pergi ke taman. Ambil udara segar dan jika anda betul-betul tertekan, jeritlah sekuat hati di situ. Jeritan juga adalah salah satu cara kita melepaskan tekanan.

5. Sentiasa ingat, marah itu ibarat api. Api yang kecil mampu membakar sebuah bangunan besar. Anda perlu kawal kemarahan anda dari awal dan jangan biarkan ianya menjadi lebih teruk.

5 Cara Buat Pendapatan Sampingan. Ramai yang bekerja dari jam 9 pagi hingga ke jam 5 petang, dan memperoleh pendapatan bulanan hanya untuk digunakan sebagai bayaran hutang-hutang yang ada. Ramai yang mengatakan, masa seharian mereka hanya diperuntukkan untuk pekerjaan tetap mereka. Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa cara untuk anda menghasilkan pendapatan sampingan? Dari siri kali ini, kami kongsikan beberapa cara yang boleh anda gunakan, bagi menghasilkan pendapatan sampingan.


Cara Nak Buat Pendapatan Sampingan.

1. Sumber rujukan.

Ianya khas bagi mereka yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan di dalam sesuatu bidang. Anda boleh "menjual" pengalaman dan pengetahuan anda itu dengan cara menjadi sumber rujukan dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang memerlukan.

2. Mencipta aplikasi atau website.

Ini bagi mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang membina website dan mencipta aplikasi. Anda boleh mula menjana wang setiap bulan dengan penyelenggaraan yang sangat sedikit.

3. Penulis bebas.

Adakah anda seorang penulis yang baik dan seorang pakar di dalam sesuatu bidang? Jika ya, terdapat banyak peluang untuk anda menghasilkan wang dengan penulisan anda. Mulakan dengan menghantar tulisan anda kepada syarikat-syarikat besar dan anda akan mula memperolehi pendapatan anda.

4. Jurulatih peribadi.

Jika anda memiliki tubuh yang segak dan cantik. Anda boleh menjual ilmu anda kepada orang-orang yang memerlukan dengan cara menjadi jurulatih peribadi kepada mereka. Ia adalah 1 cara penghasilan wang yang menyeronokkan!

5. Pengiklanan.

Bagi mereka yang mempunyai blog ataupun website sendiri. Anda boleh menjadi pengiklan kepada syarikat-syarikat besar dengan hanya mengiklankan produk mereka di blog anda. Dengan cara itu, anda boleh memperolehi pendapatan sampingan dengan cara yang mudah.

Jika anda mengimpikan Pendapatan Sampingan Di Rumah, anda boleh jadikan ianya sebagai kenyataan dengan mendapatkan panduan dan sumber pekerjaan alternatif melalui Jobdirumah.

Perbelanjaan kewangan terbaik. Ramai daripada kita yang merasakan mereka telah membelanjakan wang mereka dengan betul tetapi sebenarnya tidak. Oleh yang demikian, wang yang digunakan itu dianggap sebagai sia-sia. Di dalam perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan beberapa langkah yang betul di dalam membelanjakan wang anda.


1. Pendidikan.


Pelaburan di dalam bidang pendidikan adalah 1 pelaburan terbaik. Walaupun anda tidak mahu mengambil pendidikan secara formal, anda masih boleh gunakan wang anda untuk membayar buku pelajaran, kelas online, sekolah vokasional, pensijilan, dan lain-lain.


2. Pelancongan.


Ramai yang menganggap pelancongan adalah suatu perkara yang membazir. Sebenarnya tidak! Pelancongan mampu menjadikan diri anda lebih kaya. Dengan melihat tempat orang, minda anda secara automatik berfikir lebih luas. Semakin jauh anda berjalan, semakin banyak idea baru yang akan muncul di dalam minda anda.


3. Kesihatan.


Sentiasa wujudkan budget untuk kesihatan anda. Pelaburan di dalam bidang kesihatan adalah sangat penting. Ini adalah kerana, sebanyak manapun wang anda, bila anda jatuh sakit, ianya sudah tidak bermakna lagi.


 4. Pelaburan.


Ingin tahu apa yang lebih baik daripada menghabiskan atau menyimpan wang? Gunakan wang anda untuk mendapatkan lebih banyak wang. Gunakan wang anda di dalam saham atau perniagaan. Dengan cara ini, simpanan wang anda semakin bertambah.


5. Pengalaman.


Berbelanja untuk pengalaman adalah sesuatu yang sangat bernilai. Ini adalah kerana, pengalaman tidak mempunyai nilai khusus. Berbelanja mengenai pengalaman mungkin mengenai mengeluarkan belanja untuk minum petang bersama jutawan atau sebagainya.

7 Pelajaran kewangan untuk anak-anak. Jika dibandingkan kewangan dengan anak-anak, sudah tentulah anak-anak menjadi lebih berharga daripada segala-galanya. Namun, kewangan juga menjadi sangat penting di dalam proses pembesaran anak-anak. Ramai ibu bapa yang "mengasingkan" perbualan mereka apabila sampai kepada topik kewangan keluarga. Apabila perkara seperti ini berlaku, anak-anak tidak didedahkan dengan bidang kewangan dan mereka hanya akan mula belajar mengenainya apabila mula menjejakkan kaki mereka di dalam bidang kerjaya.


Apa yang membimbangkan adalah, apabila anak-anak tidak didedahkan dengan ilmu kewangan pada peringkat awal, kemungkinan untuk mereka terjerumus ke dalam hutang dan perbelanjaan kewangan yang lemah adalah sangat tinggi. Perbincangan kewangan seharusnya meliputi semua peringkat umur. Pembelajaran mengenai kewangan perlu di dedahkan kepada anak-anak sewaktu mereka masih kecil lagi. Ini mampu menjadikan mereka celik kewangan dan menjadi pelabur yang berjaya pada masa mendatang.


1. Mula bincangkan mengenai bayaran bil-bil di rumah.


Apabila sampai kepada topik perbincangan mengenai bayaran segala bil di rumah, bincangkan sekali dengan anak-anak anda. Tunjukkan kepada mereka bayaran yang perlu dikeluarkan. Bincangkan juga apakah tip yang boleh digunakan di dalam mengurangkan bayaran bil dan penjimatan. Beritahu juga kepada anak-anak anda, apakah pelajaran penting dan kelebihan yang boleh mereka perolehi jika mereka mempunyai syarikat pembekalan elektrik dan sebagainya.



5 Reasons Why This Could Be The Smartphone You're Looking For

2. Risiko vs Konservatif


Ceritakan kepada anak-anak anda mengenai 2 perkataan ini dan berikan contoh di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, ajarkan kepada anak-anak mengenai pelaburan saham. Kemudian ajarkan kepada mereka mengenai risiko yang bakal di hadapi dan keuntungan di dalam pelaburan. Tunjukkan juga kepada mereka contoh pelaburan konservatif dengan pulangan yang sangat sedikit.


3. Mulakan simpanan kewangan dengan nama mereka.


Ramai ibu bapa yang membuka akaun kewangan untuk anak-anak mereka tetapi tidak menceritakan secara detail kepada mereka. Tunjukkan kepada anak-anak anda bagaimana kewangan mereka berkembang dari semasa ke semasa *tunjukkan juga jika ianya meningkat di dalam jumlah yang sedikit*. Bincangkan dengan mereka mengenai kekecewaan di dalam simpanan kewangan dan bagaimana boleh mereka gandakan simpanan kewangan mereka. Bincangkan juga mengenai kadar interest, pulangan dan pilihan bank yang memberikan kelebihan kepada simpanan.




4. Bantu mereka untuk melihat apakah kejayaan di sebalik pekerjaan.


Anak-anak anda perlu tahu, pekerjaan bukan sahaja mengenai wang dan semangat. Kebanyakkan orang dewasa memilih kerjaya yang membantu mereka menyelesaikan pinjaman kewangan dan perbelanjaan bulanan mereka. Jika anak-anak anda tidak memikirkan bagaimana untuk menjadi jutawan, mereka hanya akan memilih apa sahaja kerjaya apabila tiba masanya nanti. Tetapkan matlamat di dalam diri anak-anak anda, bagaimana wang boleh digunakan sebagai alat atau sumber di dalam menjadikan mereka lebih berjaya.


5. Bina matlamat anak-anak.


Setiap daripada anak-anak anda mempunyai minat kepada sesuatu perkara. Ianya mungkin berkenaan barangan mainan ataupun sebagainya. Ceritakan kepada mereka mengenai kos, simpanan, dan tempoh masa untuk mendapatkannya. Ini dapat mengajar anak-anak anda bagaimana mencapai matlamat dengan cara yang betul.




6. Main permainan berasaskan kewangan.


Permainan papan seperti Monopoly dan jutaria adalah sangat bagus di dalam mendidik anak-anak mengenai kewangan. Ajarkan permainan ini dengan kehidupan mereka. Juga terangkan kepada mereka mengenai perbelanjaan kewangan dengan betul dan bagaimana mereka boleh mengandakan simpanan kewangan mereka.


7. Izinkan kesilapan.


Ia adalah terbaik untuk memberi lebih banyak kebebasan dengan keputusan perbelanjaan. Ia adalah lebih baik untuk membuat kesilapan semasa masih muda, dan belajar daripadanya, daripada membuat kesilapan yang menelan belanja beratus-ratus (jika tidak beribu-ribu) ringgit di kemudian hari.

3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya|Setiap dari kita perlu menjadi seorang jurujual. Ya! Ini kerana, walaupun anda tidak pernah terniat untuk menjadi seorang jurujual, anda sebenarnya telah terlibat secara langsung dalam aktiviti jualan.

Jualan adalah sebahagian daripada aktiviti seharian kita. Tak percaya? Baik, apabila kita bercakap dengan rakan-rakan kita mengenai sesuatu rancangan atau perkara, kita sebenarnya sedang menjual idea kita. Apabila kita memilih di antara 2 perkara yang terbaik untuk diri kita *kedua-duanya melibatkan kos* secara automatiknya kita menjadi jurujual. Bidang jualan adalah universal. 


Jadi! Apa yang perlu kita tahu mengenai jualan dan bagaimana kita boleh menjadi lebih baik? Kalian perlu teruskan bacaan 3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya ini.


3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya.


#1 Jualan adalah mengenai beberapa perkataan.


Bukan semua orang suka menjual, tetapi ramai orang suka membeli. Kata-kata ini perlu sentiasa bersama kita, terutamanya ketika kita memikirkan cara bagaimana ingin mewujudkan kepercayaan orang untuk membeli dengan kita.


Semua orang minat membeli dan apa yang mereka perlukan adalah "sebab" yang besar untuk berbuat demikian. Dan di antara salah satu sebabnya adalah "kepercayaan".


Ada 2 peranan kepercayaan di dalam jualan. 


i) Seseorang pembeli itu akan terus membeli produk kita jika produk kita berjaya menyelesaikan masalah mereka.


ii) Yang keduanya, syarikat atau penjual datang kepada pembeli dan memberikan mereka "harga istimewa".


"Nilai" dan "harga" adalah 2 perkataan yang berbeza. Pembeli mahukan sesuatu produk yang memberi nilai kepada mereka dan bukannya harga.


Walaupun harga produk daripada syarikat Apple boleh dikatakan mahal, tetapi ianya tetap menjadi pilihan. Ini adalah kerana Apple telah membina "kepercayaan" pembeli dengan menghasilkan produk yang bermutu dan memberi nilai kepada mereka.


#2 Jualan adalah mengenai keyakinan dalaman.


Jika anda tiada keyakinan, anda tidak akan mampu menjual. Idea jualan adalah mengenai penjual yang memiliki keyakinan yang tinggi kepada produk yang mereka jualkan. Jika anda tidak mampu menyakinkan orang membeli produk anda, anda haruslah pelajari ilmu ini terlebih dahulu.


Dalam proses jualan, penjual mestilah di dalam keadaan agresif! Pembeli akan merasakan keyakinan yang ada di dalam diri anda. Dan inilah juga di antara rahsia jualan. Pembeli akan turut merasai keghairahan ini dan akan membeli produk tanpa ada alasan yang kukuh. Hebat kan?


#3 Menjual cerita adalah lebih bernilai daripada jualan produk.


Mempunyai cerita yang hebat mengenai produk adalah sangat membantu di dalam proses jualan. Tumpuan pertama di dalam proses jualan adalah ketahui cerita di sebalik produk jualan, apabila anda tahu apakah kelebihan produk, tidak sukar bagi anda untuk menjual produk tersebut.


Anda mungkin bukan seorang penjual yang hebat. Dan tidak mustahil anda mampu menjadi begitu hebat jika mempraktikan 3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya ini. Ini adalah kunci kepada kejayaan jualan anda. Bila dah ada kunci, anda mampu memasuki apa sahaja pintu kejayaan. Semoga maju jaya.

Cara menghilangkan rasa takut bercakap. Perasaan takut dan gementar sebelum bercakap di khayalak ramai merupakan perkara biasa hampir kepada semua orang. Jika perasaan gementar itu sedikit, itu normal, tetapi jika ianya berlebihan, ia perlu di kawal dengan segera. Perasaan cemas ini perlu diberi perhatian. “Public speaking” adalah 1 kemahiran dan ianya boleh di pelajari. Ya! Disini! Anda boleh mempelajari 8 cara yang boleh membantu anda menghilangkan rasa takut untuk bercakap di khalayak ramai.

Tips hilangkan rasa takut bercakap di khalayak ramai.


#1 Belajar dari mentor.


Salah satu cara untuk anda belajar adalah dengan menonton video mereka yang pakar di dalam bidang pengucapan umum (Public speaking).  Kerap menonton video mereka dan cuba ambil beberapa tips penting.


#2 Buat kajian mengenai topik anda.


Anda perlu menjadi teliti dan melakukan penyelidikan dengan topik yang ingin anda sampaikan. Apabila semua perkara di dalam gengaman anda, secara automatiknya, tahap keyakinan anda akan meningkat.


#3 Keyword utama topik.

Sediakan nota kecil dan tulis keyword utama topik anda. Ini sangat membantu anda di dalam memberi tumpuan kepada apa yang ingin anda sampaikan.


#4 Latihan yang berterusan


Latihan yang berterusan mampu memberi anda keyakinan yang tinggi di dalam menjadi penyampai/penceramah yang hebat.


#5 Bertenang dan sentiasa tersenyum.


Jangan biarkan ketakutan mengambil alih tubuh anda. Sentiasa mengukir senyuman. Jika anda sentiasa tersenyum, penonton juga akan melakukan perkara yang sama kepada anda.


#6 Hubungan mata.


Hubungan mata secara langsung dengan penonton adalah sangat penting. Jangan sesekali memandang ke bawah semasa bercakap dengan penonton kerana ini akan mengambarkan tahap keyakinan anda yang lemah.


#7 Tone suara yang kuat dan keyakinan.


Tone suara yang bertenaga juga mampu meningkatkan tahap keyakinan anda. Jadi pelajari teknik suara yang sesuai ketika berhubungan dengan orang ramai.


#8 Klimaks yang berkesan.


Pengakhiran pengucapan adalah sangat penting. Oleh itu, berikan klimaks yang besar dan berkuasa di akhir pengucapan anda!


Jadi inilah Cara menghilangkan rasa takut bercakap di khalayak ramai. Dengan mempraktikan 8 cara di atas, anda mampu menghilangkan rasa takut sekaligus boleh menjadikan anda antara yang terbaik daripada yang terbaik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuba.

Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya. Perkataan miskin biasanya dikaitkan dengan status kewangan seseorang individu. Dan boleh dikatakan juga, individu miskin memiliki minda miskin yang menjadikan mereka kekal miskin. Inilah hakikat yang perlu di terima mereka.

Bagaimanapun, jika mereka yang tergolong mengelakkan 10 tabiat ini, mereka mampu mengubah sama sekali kehidupan mereka. Perlu sentiasa ingat, perkara yang paling utama dalam usaha mengubah kehidupan adalah mengubah cara kita berfikir.


 Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya.


1. Melihat masalah tetapi tiada usaha menyelesaikannya.


Masalah berlaku pada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Tetapi kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang miskin adalah, mereka lebih memberi tumpuan kepada masalah berbanding mencari jalan penyelesaiannya. Kita tidak mampu mengubah sesuatu perkara yang telah berlaku, tetapi apa yang mampu kita lakukan adalah, berfikir dengan pantas jalan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.


2. Belajar daripada orang yang salah.


Ramai orang dengan mudahnya memberi nasihat kepada orang lain mengenai sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak pernah melakukan atau berhadapan dengannya. Orang miskin lebih gemar menerima nasihat daripada mereka yang sebenarnya dari kalangan mereka juga iaitu orang miskin. Ini adalah kesilapan terbesar dilakukan oleh mereka.


3. Membelanjakan wang kepada perkara yang tidak perlu.


Orang miskin lebih cenderung membelanjakan wang mereka untuk suatu perkara yang tidak bernilai. Sebagai contoh, mereka lebih gemar menggunakan wang bonus untuk membeli baju berjenama atau menaiktaraf kenderaan mereka sebagai hadiah di atas kepenatan mereka bekerja. Setelah kehabisan wang, mereka akan mula bekerja untuk mencari wang atau lebih buruknya kembali meminjam wang dari saudara atau rakan terdekat.


4. Fokus kepada apa yang mereka ingin beli,


Apabila orang miskin bekerja untuk mencari wang, mereka lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada apa yang mereka inginkan. Sebagai contoh, mereka memasang impian untuk memiliki rumah mewah, kereta mewah dan sebagainya. 


Hakikatnya, semua itu hanyalah impian kosong dan bukannya matlamat yang sebenar. Ayat yang berbunyi seperti "memiliki perniagaan sendiri" atau "memiliki jenama sendiri" adalah sesuatu yang salah!

Jawapan yang betul, yang akan membawa kepada kejayaan adalah, cuba untuk jadi yang terbaik di dalam apa jua bidang yang di ceburi. Inilah sebenarnya target yang mereka perlu capai dalam usaha menjadi seorang jutawan.

5. Punya banyak alasan untuk mereka terus maju.


Suka bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara. Orang berjaya tidak menunggu untuk melakukan sesuatu. Mereka lebih cenderung untuk melakukan sesuatu dan melihat hasilnya. Dengan alasan kurangnya pendidikan atau kesibukkan masa, hanya menyebabkan mereka terus kekal dalam kehidupan miskin.


6. Ada idea yang hebat tetapi hanya bermain di mulut sahaja.


Setiap kali orang kaya berkongsi idea atau cara bagaimana mereka mampu menjadi kaya, orang miskin juga mempunyai idea yang hebat di dalam minda mereka. Ini adalah suatu perkara yang salah! Jika hanya mempunyai idea yang hebat tetapi tidak bersedia untuk melakukan sesuatu, ia hanyalah sia-sia.


Orang yang berjaya, memulakan langkah dan meletakkan kesemua tenaga mereka di hadapan. Sekaligus menarik lebih ramai orang luar biasa untuk menyertai mereka. 


7. Dikelilingi oleh mereka yang lemah supaya mereka nampak hebat.


Pernah tak terfikir kenapa orang miskin berkawan dengan orang miskin? Banyak perkara yang boleh dikaitkan, antaranya, mereka lebih cenderung bergaul dengan mereka yang punya pemikiran yang sama dengan mereka. Ini adalah kerana, tekanan yang mereka hadapi adalah kurang dan memberi minda mereka ketenangan untuk menjawab soalan-soalan atau pendapat di dalam kalangan mereka.


8. Percaya bahawa orang lain akan membantu mereka ke puncak kejayaan.


Orang miskin mengharapkan ada bantuan dari pihak lain untuk mereka berjaya. Dan mereka tidak akan benar-benar berusaha untuk berjaya! Mereka bekerja keras dari jam 9 ke 5. Tetapi adalah tidak masuk akal jika mereka meminta bayaran yang mahal atas usaha mereka itu. 


Ia bukanlah bagaimana kita menghabiskan masa di tempat kerja, tetapi bagaimana kita memanfaatkan masa terluang kita!


9. Minta pandangan tetapi tiada tindak balas.


Orang miskin lebih gemar meminta pandangan dan kemudiannya di simpan menjadi kenangan. Ianya sama seperti menyimpan wang tunai di dalam kocek dan berharap wang itu akan berkembang. Biarlah berapa ramai pun jutawan yang berkongsi ilmu, jika ianya hanya dijadikan kenangan, maka hidup mereka hanyalah sia-sia.


Inilah 9 perkara yang perlu dihapuskan jika anda mahu berjaya dan kaya. Mungkin juga kita ada melakukan di antara 9 sebab ini. Berubahlah sekarang dan pilih jalan yang betul di dalam mengejar impian anda. Jangan pernah putus asa dan kembali bersemangat di dalam mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik. 
Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ▼  2015 (19)
    • ▼  October (19)
      • Jangan lakukan 9 perkara ini jika mahu Berjaya di ...
      • 5 cara yang digunakan kanak-kanak untuk buat duit ...
      • 6 perkara kecil yang mampu menjadikan anda lebih p...
      • 13 perkara kecil yang mampu menjadikan anda lebih ...
      • 5 Langkah Melatih Minda Berfikir Di Luar Kotak.
      • Bagaimana Untuk Berhenti Bermimpi dan mula mengeja...
      • 7 Perkara Yang Hanya Di Fahami Freelancer.
      • 5 Cara Pengurusan Kemarahan Di Tempat Kerja.
      • 5 Cara Buat Pendapatan Sampingan.
      • PERBELANJAAN KEWANGAN TERBAIK.
      • 7 PELAJARAN KEWANGAN UNTUK ANAK-ANAK.
      • 3 LANGKAH MUDAH MENJADI SEORANG JURUJUAL YANG PALI...
      • CARA MENGHILANGKAN RASA TAKUT BERCAKAP.
      • ELAKKAN 9 TABIAT INI JIKA ANDA MAHU BERJAYA DAN KAYA.
      • 9 TEKNIK MENCAPAI MATLAMAT HIDUP!
      • 8 TEKNIK TINGKATKAN KEMAHIRAN PERBUALAN ANDA.
      • 5 TIPS TINGKATKAN TAHAP KEYAKINAN DI TEMPAT KERJA.
      • 5 TIPS HEBAT BERURUSAN DENGAN PELANGGAN SUKAR.
      • TEKNIK HEBAT MENARIK PERHATIAN AUDIENS.

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates