Bagaimana Untuk Berhenti Bermimpi dan mula mengejar Impian Anda.

Bagaimana
Untuk Berhenti Bermimpi dan mula mengejar Impian Anda. Ramai daripada kita mempunyai impian dan ramai yang
meletakkan impian itu hanya di dalam mimpi. Sedari kecil, di dalam kehidupan
seorang kanak-kanak, pasti ramai yang memasang impian. Dan mereka benar-benar percaya
bahawa impian bakal di capai kelak. Namun, apabila menjejaki alam dewasa,
terlalu banyak rintangan dan halangan yang menghalang, dan akhirnya menjadikan
impian kita sebagai sebuah mimpi indah sahaja.
Apabila kita mula memasang impian, pasti akan muncul suara
halus yang berbunyi, “ini adalah perkara yang tidak masuk akal” ataupun, “mesti
susah untuk aku capai apa yang aku inginkan”. Ini adalah antara perkara yang
menghalang seseorang itu dari terus maju. Untuk Berjaya, anda perlu mengunakan
ayat seperti, “aku boleh melakukannya!” atau “apa yang perlu aku buat untuk aku
Berjaya”.
Hari ini, kami ingin berkongsi beberapa langkah yang perlu
diambil untuk mengenal pasti dan mencapai impian kita. Kita perlu memberi
tumpuan kepada apa yang penting. Ayuh! Lanjutkan bacaan anda!
Rancang impian
anda!
Apabila anda tidak tahu apakah matlamat anda, pastinya anda
tidak mempunyai jalan bagaimana untuk Berjaya. Ramai daripada kita tidak mengambil
masa untuk duduk memikirkan dan merancang impian kita. Kita perlu mempunyai
pelan tindakan. Apa yang perlu dibuat dan apakah cara untuk kita mencapai
impian itu.
Pereka fesyen membuat lakaran pakaian terlebih dahulu sebelum
menghasilkannya. Usahawan membuat rancangan perniagaan yang menggariskan kos
dan langkah yang diperlukan sebelum melancarkan syarikat mereka. Ini adalah
asas untuk mencapai kejayaan.
Ia lebih
murah dari apa yang anda fikirkan.
Salah satu daripada halangan terbesar kebanyakan daripada
kita dalam mengejar impian kita adalah berkaitan wang. Yang sebenarnya, ianya tidak
memerlukan kos yang banyak! Anda sebenarnya telah di tipu oleh pihak media yang
mengatakan hanya jutawan yang mampu mencapai impian dan kehendak mereka.
Kita selalu berkata, “kalau aku memiliki banyak wang, aku
akan”. Ini adalah penghalang terbesar di dalam diri kita. Ini membawa kepada
pemikiran kita memerlukan wang yang banyak untuk mencapai apa yang kita mahukan.
Katakan anda merancang untuk melancong dengan kos sebanyak
RM5000. Perkara pertama yang perlu anda buat adalah, merancang tarikh yang
sesuai untuk pergi melancong. Kemudian merancang simpanan bulanan. Ianya samada
melalui potongan gaji ataupun pengurangan belanja. Di dalam kes ini, anda
sedang merancang impian anda di dalam cara yang sebenar!
Ambil tindakan segera.
Selepas membuat perancangan, kita perlu mengambil tindakan
yang perlu untuk mencapainya. Ambil tindakan awal adalah penting kerana apa
yang kita perlukan sekarang adalah momentum. Tidak kiralah jika ianya
memerlukan masa yang panjang, samada 6 atau 12 bulan. Apa yang penting adalah,
kita mengambil tindakan segera.
Tuliskan 3 langkah segera anda, yang perlu dilakukan hari
ini, esok dan dalam beberapa minggu akan datang.
Adalah sangat jelas, bahawa semua daripada kita mempunyai
impian. Realitinya kita yang perlu berusaha di dalam menjadikan ianya sebagai 1
kenyataan. Inilah masanya untuk anda bertindak!
Api impian anda telah dinyalakan, kini ia terpulang kepada
anda untuk memastikan ia terbakar.
Ambil tindakan dan lakukannya hari ini!
0 Comments