5 cara yang digunakan kanak-kanak untuk buat duit online.

cara yang digunakan kanak-kanak untuk buat duit online

5 cara yang digunakan kanak-kanak untuk buat duit online. Hingga ke hari ini, adalah sangat mustahil untuk berjumpa dengan kanak-kanak ataupun remaja yang tidak berminat dengan internet. Ianya samada dalam bentuk permainan game ataupun melayari laman sosial. Internet juga menyebabkan mereka menjadi “anti-sosial”. Mereka tidak keluar rumah, bercampur gaul bersama rakan-rakan dan sebagainya. 

Sebagai ibubapa, perkara ini sememangnya merisaukan. Ini adalah kerana, perbuatan itu bukan sahaja membazirkan masa mereka malah membazirkan wang. Dalam perkongsian kami kali ini, kami ingin kongsikan 5 cara yang boleh anda gunakan, untuk menjadikan hobi melayari internet anak anda menjadi sesuatu yang sangat bernilai.

5 cara anak-anak menjana pendapatan online.


Menjual barang peribadi.

Anak anda sudah semestinya memiliki barangan peribadi seperti seluar lama, baju lama ataupun mainan lama.  Adalah sangat menyakitkan mata melihat ianya berada di dalam keadaan berhabuk. Oleh yang demikian, anda boleh mengajar anak anda menjualnya secara atas talian. Anda mungkin boleh membantu mengiklankan barangan mereka.

Bermain permainan games.

Tahukah anda, hobi mereka bermain permainan game boleh menjadi sumber pendapatan untuk mereka juga? Banyak syarikat sedang mencari orang untuk menguji permainan, dan akan membayar untuk itu. Anak anda juga boleh menjadi pengulas bagi permainan game tersebut. Jika anak anda adalah seorang yang professional di dalam permainan game tersebut, mereka boleh menyertai pertandingan dan boleh memenangi hadiah wang tunai yang besar!

Perkhidmatan atas talian.

Jika anak anda tergolong di dalam mereka yang cerdik di dalam mata pelajaran. Mereka boleh menggunakan ilmu mereka di dalam membantu pelajar lain. Dan ianya sudah pasti di dalam bentuk berbayar.

Blog.

Jika anak anda suka menulis dan bercerita, galakkan mereka untuk memulakan blog dan mula menjana pendapatan darinya. Mereka mungkin boleh menulis mengenai permainan game, bahan bacaan ataupun hobi. Ingatkan juga pada mereka untuk meletakkan iklan pada blog dan mula mendapatkan bayaran darinya.

Jual hasil seni.

Jika anak anda seorang yang kreatif di dalam bidang seni, gesa mereka untuk memiliki sebuah blog dan menjual hasil seni mereka. Mereka juga boleh menjual hasil kerja mereka kepada organisasi yang berbeza yang menggunakan gambar-gambar mereka untuk tujuan pengiklanan.

Tiada ulasan