5 Langkah Melatih Minda Berfikir Di Luar Kotak. - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Oct 16, 2015

5 Langkah Melatih Minda Berfikir Di Luar Kotak.


5 Langkah Melatih Minda Berfikir Di Luar Kotak. Berfikir di luar kotak (Thinking outside the box) adalah lebih daripada sekadar pemikiran. Ia adalah cara bagaimana kita menyelesaikan masalah dalam cara yang berbeza daripada kebanyakkan orang. Ia adalah cara di mana tidak pernah difikirkan sebelum ini. Dalam kata mudahnya, kita menyelesaikan masalah yang sudah basi dengan cara yang tidak basi. Adakah anda faham? Jika tidak, sila lanjutkan bacaan anda.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui akan perihal ini. Namun, tidak ramai yang mengetahui bagaimana caranya untuk berfikir di luar kotak. Bagaimana untuk membangunkan keupayaan berhadapan dengan masalah dengan cara selain daripada cara yang sudah biasa digunakan. Bagaimana untuk membangunkan keupayaan melihat sesuatu perkara daripada sudut berbeza? Ini yang sering menjadi persoalan kepada ramai orang.

Berikut adalah 5 langkah melatih minda berfikir di luar kotak pemikiran anda. Ia adalah 1 usaha menolak pemikiran anda/melebihi had pemikiran anda sekarang. Ia adalah suatu perkara yang boleh di latih.

5 Langkah Melatih Minda Berfikir Di Luar Kotak.

1. Kaji industri lain.

Apa yang boleh anda lakukan adalah mula mencari ilmu baru selain daripada ilmu yang anda ada sekarang. Jika anda seorang yang mahir di dalam bidang masakan, anda boleh mencari ilmu berkaitan jahitan. Melalui cara ini, anda boleh mencari masalah-masalah yang mungkin berkaitan dengan anda, tetapi ianya di selesaikan dengan cara yang berbeza.

2 . Ambil kelas.

Belajar satu topik baru bukan sahaja akan mengajar anda satu set fakta dan angka, ia akan mengajar anda cara baru untuk melihat dan mengertikan aspek kehidupan anda. Ia seterusnya akan membantu mengembangkan pemikiran anda, bagaimana untuk melihat masalah dan menyelesaikannya dalam cara yang baru.

3. Lukis gambar.

Melukis gambar banyak menggunakan otak sebelah kanan. Ia boleh membantu memecahkan logik otak sebelah kiri. Masalah yang boleh "dilihat" akan membantu otak kita meransang lebih banyak idea baru.

4. Bermula semula dari belakang.

Ini akan memecahkan konsep normal pemikiran manusia. Ini adalah kunci pemikiran kebelakang manusia. Sebagai contoh, anda memikirkan bagaimana gol boleh terhasil. Apakah strategi yang anda gunakan untuk menjaringkan gol tersebut. Bermula daripada belakang.

5. Dapatkan nasihat daripada seorang kanak-kanak.

Ya! Kanak-kanak mempunyai kemahiran berfikir yang sangat kreatif! Tanya pada seorang kanak-kanak, bagaimana mereka menyelesaikan masalah mereka. Anda mungkin menjumpai banyak idea baru yang mungkin tidak pernah di fikirkan oleh orang dewasa.

Ini adalah 5 perkara yang boleh anda praktikkan di dalam melatih minda anda untuk berfikir di luar kotak. Ini hanyalah perkongsian daripada kami. Anda mungkin mempunyai strategi lain bagaimana untuk berfikir secara berbeza daripada biasa. Kongsikan tips anda dengan kami di dalam ruangan komen di bawah.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here