7 PELAJARAN KEWANGAN UNTUK ANAK-ANAK. - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Oct 12, 2015

7 PELAJARAN KEWANGAN UNTUK ANAK-ANAK.


7 Pelajaran kewangan untuk anak-anak. Jika dibandingkan kewangan dengan anak-anak, sudah tentulah anak-anak menjadi lebih berharga daripada segala-galanya. Namun, kewangan juga menjadi sangat penting di dalam proses pembesaran anak-anak. Ramai ibu bapa yang "mengasingkan" perbualan mereka apabila sampai kepada topik kewangan keluarga. Apabila perkara seperti ini berlaku, anak-anak tidak didedahkan dengan bidang kewangan dan mereka hanya akan mula belajar mengenainya apabila mula menjejakkan kaki mereka di dalam bidang kerjaya.


Apa yang membimbangkan adalah, apabila anak-anak tidak didedahkan dengan ilmu kewangan pada peringkat awal, kemungkinan untuk mereka terjerumus ke dalam hutang dan perbelanjaan kewangan yang lemah adalah sangat tinggi. Perbincangan kewangan seharusnya meliputi semua peringkat umur. Pembelajaran mengenai kewangan perlu di dedahkan kepada anak-anak sewaktu mereka masih kecil lagi. Ini mampu menjadikan mereka celik kewangan dan menjadi pelabur yang berjaya pada masa mendatang.


1. Mula bincangkan mengenai bayaran bil-bil di rumah.


Apabila sampai kepada topik perbincangan mengenai bayaran segala bil di rumah, bincangkan sekali dengan anak-anak anda. Tunjukkan kepada mereka bayaran yang perlu dikeluarkan. Bincangkan juga apakah tip yang boleh digunakan di dalam mengurangkan bayaran bil dan penjimatan. Beritahu juga kepada anak-anak anda, apakah pelajaran penting dan kelebihan yang boleh mereka perolehi jika mereka mempunyai syarikat pembekalan elektrik dan sebagainya.




2. Risiko vs Konservatif


Ceritakan kepada anak-anak anda mengenai 2 perkataan ini dan berikan contoh di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, ajarkan kepada anak-anak mengenai pelaburan saham. Kemudian ajarkan kepada mereka mengenai risiko yang bakal di hadapi dan keuntungan di dalam pelaburan. Tunjukkan juga kepada mereka contoh pelaburan konservatif dengan pulangan yang sangat sedikit.


3. Mulakan simpanan kewangan dengan nama mereka.


Ramai ibu bapa yang membuka akaun kewangan untuk anak-anak mereka tetapi tidak menceritakan secara detail kepada mereka. Tunjukkan kepada anak-anak anda bagaimana kewangan mereka berkembang dari semasa ke semasa *tunjukkan juga jika ianya meningkat di dalam jumlah yang sedikit*. Bincangkan dengan mereka mengenai kekecewaan di dalam simpanan kewangan dan bagaimana boleh mereka gandakan simpanan kewangan mereka. Bincangkan juga mengenai kadar interest, pulangan dan pilihan bank yang memberikan kelebihan kepada simpanan.




4. Bantu mereka untuk melihat apakah kejayaan di sebalik pekerjaan.


Anak-anak anda perlu tahu, pekerjaan bukan sahaja mengenai wang dan semangat. Kebanyakkan orang dewasa memilih kerjaya yang membantu mereka menyelesaikan pinjaman kewangan dan perbelanjaan bulanan mereka. Jika anak-anak anda tidak memikirkan bagaimana untuk menjadi jutawan, mereka hanya akan memilih apa sahaja kerjaya apabila tiba masanya nanti. Tetapkan matlamat di dalam diri anak-anak anda, bagaimana wang boleh digunakan sebagai alat atau sumber di dalam menjadikan mereka lebih berjaya.


5. Bina matlamat anak-anak.


Setiap daripada anak-anak anda mempunyai minat kepada sesuatu perkara. Ianya mungkin berkenaan barangan mainan ataupun sebagainya. Ceritakan kepada mereka mengenai kos, simpanan, dan tempoh masa untuk mendapatkannya. Ini dapat mengajar anak-anak anda bagaimana mencapai matlamat dengan cara yang betul.




6. Main permainan berasaskan kewangan.


Permainan papan seperti Monopoly dan jutaria adalah sangat bagus di dalam mendidik anak-anak mengenai kewangan. Ajarkan permainan ini dengan kehidupan mereka. Juga terangkan kepada mereka mengenai perbelanjaan kewangan dengan betul dan bagaimana mereka boleh mengandakan simpanan kewangan mereka.


7. Izinkan kesilapan.


Ia adalah terbaik untuk memberi lebih banyak kebebasan dengan keputusan perbelanjaan. Ia adalah lebih baik untuk membuat kesilapan semasa masih muda, dan belajar daripadanya, daripada membuat kesilapan yang menelan belanja beratus-ratus (jika tidak beribu-ribu) ringgit di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here