6 perkara kecil yang mampu menjadikan anda lebih pintar.

6 perkara kecil yang mampu menjadikan anda lebih pintar. Baik. Kami ada kongsikan 7 perkara kecil yang boleh anda
lakukan untuk menjadikan anda lebih pintar. Jika anda belum membacanya, anda
boleh baca di sini: Rahasia otak pintar. Baik, kali ini, kami akan kongsikan baki selebihnya,
apakah perkara kecil yang boleh menjadikan anda lebih pintar.
Lakukan beberapa
senaman mudah di siang hari
Tubuh dan minda kita mempunyai hubung kait yang tinggi. Kecergasan fizikal membantu otak berfungsi
dengan baik. Walaubagaimanapun, anda tidak perlulah ke gym setiap hari
(walaupun anda boleh melakukannya) cukuplah sekadar melakukan beberapa senaman
ringkas di rumah seperti push up, ataupun berjalan di sekitar taman anda. Anda
juga boleh menukar penggunaan lif kepada tangga di tempat kerja anda.
Luangkan masa dengan
seseorang yang lebih bijak daripada anda.
Tabiat atau corak pemikiran mereka yang berada di sekeliling
anda, banyak mempengaruhi diri anda. Oleh yang demikian, dedahkan diri anda
dengan orang-orang yang lebih bijak daripada anda untuk mendapat faedah
daripada mereka.
Bercakap dengan
orang-orang yang tidak bersetuju dengan anda
Berhujah dengan mereka yang berlawanan pendapat dengan anda
akan menajamkan perkataan anda dan mampu menyakinkan orang lain dengan
pemikiran anda.
Menikmati alam
semulajadi.
Oksigen yang dikeluarkan tumbuh-tumbuhan membantu minda
manusia berfikir dengan lebih pantas dan hebat. Berjalan juga membantu
peredaran darah di dalam badan. Manakala berjalan kaki di taman pada selepas waktu
makan tengah hari boleh membantu anda bekerja dengan bijak untuk sepanjang
hari.
Sentiasa bawa nota
kecil.
Idea-idea hebat biasanya hadir pada bila-bila masa. Gunakan
nota kecil itu untuk mencatatkan segala idea yang datang dan boleh dijadikan
semakan pada masa mendatang. Mempunyai sebuah nota kecil dan menulis perkara
yang menarik sangat membantu di dalam melatih rasa ingin tahu anda dan
pemikiran logik.
Ambil masa 10 minit
sebelum tidur untuk merancang hari esok.
Dengan membuat rancangan mengenai hari esok akan membolehkan
anda untuk bekerja lebih produktif. Ramai orang yang sibuk sepanjang hari,
tetapi sebenarnya tidak produktif. Adalah lebih baik bekerja secara pintar
daripada bekerja keras sepanjang hari. Jadi buat rancangan terlebih dahulu.
Tags:
Thinkbig
0 comments