5 Cara Pengurusan Kemarahan Di Tempat Kerja.

5 Cara Pengurusan Kemarahan Di Tempat Kerja. Kajian menunjukkan bahawa sehingga 42% daripada masa pekerja di tempat kerja dihabiskan terlibat atau cuba untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di tempat kerja. Ada yang Berjaya di selesaikan dan ada yang menemui jalan buntu yang akhirnya membawa kepada perbehentian kerja. Pengurusan kemarahan di tempat kerja merupakan ilmu yang sangat penting. Kami kongsikan 5 cara yang boleh anda kongsikan ketika berhadapan situasi tersebut.
Pengurusan Kemarahan di tempat kerja.
1. Apabila berhadapan dengan situasi seperti ini,
apa yang perlu anda buat adalah, menghentikan apa sahaja perkara yang sedang
dilakukan. Duduk lurus, senyum, Tarik nafas dalam-dalam dan perhatikan apa yang
berlaku. Anda perlu berfikir seperti biasa dan secara rasional. Apabila berada
di dalam keadaan marah, minda manusia tidak mampu berfikir dengan baik.
2. Jika ini tidak menjadi, bergerak keluar dari kawasan
kejadian dan pergi ke tempat yang lebih tenang. Gerakkan anggota badan dan biarkan
perasaan marah itu hilang. Di sini, kita akan “reset” semula minda kita kepada
mode biasa.
3. Telefon rakan karib anda dan minta mereka bantu
anda memberi idea di dalam menyelesaikan konflik yang terjadi.
4. Keluar daripada kawasan kerja dan pergi ke
taman. Ambil udara segar dan jika anda betul-betul tertekan, jeritlah sekuat
hati di situ. Jeritan juga adalah salah satu cara kita melepaskan tekanan.
5. Sentiasa ingat, marah itu ibarat api. Api yang
kecil mampu membakar sebuah bangunan besar. Anda perlu kawal kemarahan anda
dari awal dan jangan biarkan ianya menjadi lebih teruk.
0 Comments