7 Perkara Yang Hanya Di Fahami Freelancer.

7 Perkara Yang Hanya Di Fahami Freelancer. Semua orang mahu menjadi bos dan bekerja sendiri, tetapi untuk
mencapai yang anda inginkan bukanlah semudah yang di sangka. Freelancing
membolehkan anda untuk menjadi bos kepada diri anda sendiri. Anda boleh bekerja
di mana sahaja yang anda mahu dan pada bila-bila masa yang anda mahu. Walau
bagaimanapun, setiap freelancer tahu bahawa kebebasan datang dengan harga.
Anda tidak bercakap
dengan orang lain sepanjang hari.
Pada permulaan, bekerja dari rumah adalah impian, tetapi
selepas beberapa minggu, anda akan mula sedar bahawa anda adalah satu-satunya
orang yang bercakap dengan diri anda sendiri. Ini adalah kerana anda tidak
mempunyai teman untuk berbual.
Menulis di mana-mana
sahaja.
Rumah kadang kala menjadi bosan dan anda perlukan 1 ruangan
baru untuk menulis. Anda akan pergi ke kedai yang menawarkan wifi secara
percuma. Lokasi itu berkemungkinan sama atau sentiasa berubah-ubah. Ada masanya
lokasi itu menjadi lokasi yang menyeronokkan dan ada masanya, ianya menjadi 1
mimpi ngeri buat anda.
Jadual Pembayaran Berbeza-beza.
Adalah sangat baik jika anda bekerja di sebuah syarikat
tetap yang mana bayaran yang diperolehi anda juga adalah tetap. Tetapi
bagaimana pula jika anda tidak bekerja tetap dengan sesebuah syarikat sahaja? Anda
mungkin menerima bayaran 2 minggu sekali? sebulan? Atau mungkin mereka telah
hantarkan kepada anda cek, dan anda langsung tidak menerimanya?
Kaya dan miskin.
Disebabkan gaji anda dibayar secara rawak, ada masanya anda
menjadi kaya dengan bayaran yang masuk secara tiba-tiba ke dalam akaun anda.
Tetapi apabila anda tidak menerima bayaran anda, anda secara automatiknya
menjadi miskin dan sentiasa tertunggu-tunggu bayaran anda.
Bosan dan sibuk.
Bebanan kerja anda menjadi turun naik sama seperti bayaran
yang anda perolehi. Ada masanya anda langsung tidak mempunyai kerja. Anda mungkin
menghabiskan masa dengan menonton wayang dan jalan-jalan. Tetapi secara
tiba-tiba, bebanan kerja datang secara mendadak dan anda merasakan anda tidak
mempunyai ruang untuk berehat.
Masa lapang tidak
seperti maksudnya.
Kadang-kadang kebebasan freelancing membolehkan adalah
sesuatu yang menakjubkan. Mereka boleh melakukan aktiviti kegemaran mereka pada
setiap masa. Tetapi dalam masa yang sama, mereka juga perlu memikirkan kerjaya
mereka.
Tiada pakaian khas.
Anda memiliki kebebasan untuk memilih apa sahaja pakaian
yang anda inginkan. Anda mungkin boleh memakai tshirt dan seluar jeans semasa
bekerja.
0 Comments