13 perkara kecil yang mampu menjadikan anda lebih pintar! (Bahagian 1)

13 perkara kecil yang mampu menjadikan anda lebih pintar! Manusia sememangnya dilahirkan dengan kepintarannya yang
tersendiri. Namun ramai daripada kita terlepas pandang akan hal ini. Tahukah anda,
terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk menjadikan kita lebih
pintar daripada sekarang. Dalam edisi kali ini, kami ingin kongsikan
perkara-perkara itu. Jangan risau, kami tidak meminta anda untuk mengeluarkan
wang bagi mendapatkan “rahsia” ini, kami hanya minta masa anda sahaja, untuk
meneruskan bacaan anda, Ayuh! Teruskan bacaan anda sekarang!
1. Minum 2 gelas air
30minit selepas bangun dari tidur.
Manusia biasa tidur selama 8 jam sehari. Dalam tempoh ini,
badan kita tidak mendapat air yang cukup. Air diperlukan bagi penapisan bahan
buangan dan keseimbangan cecair. Kajian mendapati, dengan meminum banyak air,
akan meningkatkan keupayaan kita untuk menyelesaikan tugas-tugas mental. Oleh yang
demikian, jangan biarkan otak kita dehidrasi di awal hari dengan meminum 2
gelas air.
2. Baca bahan bacaan
semasa sarapan.
Dengan membaca, akan merasang minda kita untuk cepat
berfikir. Kepantasan berfikir bagi seorang manusia adalah lemah di awal hari.
Oleh yang demikian, dengan meransang minda kita di awal hari, minda kita akan
meransang banyak idea baru yang seteruskan akan membantu di dalam kehidupan
anda!
3. Mendengar audio
berkaitan peningkatan diri.
Anda boleh mendengar audio berkaitan peningkatan diri semasa
di dalam perjalanan ke tempat kerja. Anda mungkin mengambil masa 10 minit
sahaja untuk ke tempat kerja, namun sedarkah anda, masa 10 minit itu mampu
menjadikan anda lebih pintar? Mulakan ianya sekarang!
4. Minum teh hijau
semasa bekerja.
Ramai daripada kita yang gemar mengambil minum berkafein untuk
mengelakkan rasa mengantuk di tempat kerja. Mulai harini, tukarkan ia kepada
teh hijau. Ini adalah kerana, mengandungi l-theanine. Asid amino ini menyebabkan
peningkatan gelombang alfa otak di dalam otak manusia.
5. Ambil masa untuk
tidur sebentar.
Dengan tidur sebentar akan membantu minda anda segar semula.
Minda kita mempunyai isyarat tersendiri, yang menentukan rasa mengantuk dan
waktu untuk tidur. Purata orang yang merasa mengantuk adalah di antara
tengahari hinggalah jam 4 petang. Inilah masa yang sesuai untuk anda
mendapatkan tidur. Tapi haruslah di ingatkan, tidur yang sebentar dan bukannya
mengambil masa yang lama ya!
6. Jangan ambil gula di
siang hari.
Paras gula yang tinggi adalah sangat tidak baik untuk
menjaga otak anda berfungsi dengan bijak. Oleh yang demikian, tukarkan makanan
tengahari yang manis kepada makanan yang lebih berkhasiat seperti ikan dan
telur.
7. Lebihkan membaca
daripada menonton tv.
Membaca buku adalah salah satu cara merangsang otak kita
untuk lebih berfikir. Membaca buku memerlukan otak kita untuk secara aktif
membina imej mental daripada apa yang kita baca.
0 Comments