Jangan lakukan 9 perkara ini jika mahu Berjaya di dalam kewangan. - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Oct 27, 2015

Jangan lakukan 9 perkara ini jika mahu Berjaya di dalam kewangan.


Jangan lakukan 9 perkara ini jika mahu Berjaya di dalam kewangan. Pengurusan wang yang berkesan adalah kunci utama kepada kejayaan. Orang yang Berjaya membuat keputusan terbaik di dalam soal kewangan. Seperti dalam mana-mana bidang di dalam kehidupan, adalah suatu perkara yang penting di dalam mendidik diri sendiri mengenai ancaman dan cabaran kehidupan di dalam dunia ini. Luangkan masa anda di dalam menguasai beberapa prinsip utama kewangan di dalam siri kami kali ini, 9 perkara yang perlu dielakkan di dalam kewangan.

#1. Hidup di bawah kemampuan.

Ramai daripada kita yang hidup melebihi kemampuan mereka. Orang-orang Berjaya menyimpan 50% daripada pendapatan mereka. Ini bermakna mereka berbelanja hanya untuk keperluan sahaja *walaupun mereka mampu untuk memiliki apa sahaja yang diinginkan*. Anda perlu mengubah tabiat ini dengan kadar segera! Anda boleh mencapai kejayaan kewangan dengan menyimpan 10-15% daripada pendapatan anda.

#2. Berhenti melihat pada harga dan mula melihat pada nilai.

Mereka yang Berjaya di dalam kewangan, selalu melihat kepada nilai dan bukannya harga.  Sebagai contoh, jika anda mengeluarkan wang di dalam bidang pelaburan, ianya akan semakin meningkat pada masa hadapan. Untuk barang-barang peribadi pula, cari produk yang berkualiti tinggi yang kekal. Sebagai contoh, beli kasut yang berkualiti dan mampu bertahun bertahun lamanya dengan penjagaan yang betul. Ini mampu menjimatkan wang anda.

#3. Jangan bazirkan wang anda untuk membayar fi dan faedah (interest)

Orang yang Berjaya di dalam kewangan akan mengelak untuk mengeluarkan wang mereka hanya untuk membayar fi atau faedah setiap bulan. Mereka bijak menguruskan kewangan mereka dan hampir kebanyakan daripada mereka yang Berjaya di dalam kewangan, tidak memiliki kad kredit!


#4. Selaraskan semula kewangan anda selepas melalui perubahan besar di dalam kehidupan.

Sebagai contoh, perkahwinan. Walaupun anda mempunyai kelebihan di dalam kewangan, adalah sangat penting untuk anda membuat semula pelarasan apabila keadaan hidup dan keluarga anda berubah dengan ketara. Ambil masa untuk bersendirian atau bersama dengan mereka yang pakar di dalam kewangan sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mengkaji semula kehidupan anda dan merancang semula pelan kewangan anda.

#5. Jangan sekadar mengharapkan pendapatan utama.

Mereka yang Berjaya di dalam kewangan, tidak hanya memandang kepada pendapatan utama mereka. Mereka sentiasa mencari cara untuk memperolehi pendapatan yang lebih. Pendapatan yang tinggi akan membuatkan anda mempunyai banyak pilihan di dalam kehidupan peribadi dan rasa lebih selamat. Orang yang berjaya mengambil tindakan setiap hari untuk meningkatkan pendapatan mereka. Sebagai contoh, mereka mengambil kursus untuk meningkatkan kemahiran mereka atau mereka menyumbang idea untuk meningkatkan produktiviti syarikat mereka. Mereka juga tahu bagaimana untuk mencari lebih banyak wang.

#6. Jangan abaikan penyata kewangan.

Di dalam usaha untuk mencapai kejayaan kewangan, anda memerlukan beberapa tabiat yang perlahan dan mantap. Ini termasuklah membentuk satu tabiat menyemak penyata kewangan anda. Orang yang berjaya menetapkan masa setiap bulan, di antara 30 hingga 60 minit untuk menyemak semua akaun kewangan mereka seperti Pelaburan, akaun bank dan banyak lagi. Apabila mereka mengesan kesilapan atau ketinggalan, mereka mengambil tindakan segera.


#7. Jangan ambil risiko yang bodoh di dalam kewangan.

orang yang berjaya menggunakan dua alat yang berkuasa untuk mengelakkan kerugian. Mereka memahami nilai insurans untuk mengawal risiko (seperti rumah, kereta, dan insurans hayat) dan kepentingan pembahagian aset.

#8. Jangan pura-pura tahu segalanya mengenai wang.

Dunia adalah sangat luas dan kompleks tetapi apabila ianya melibatkan wang, tidak banyak maklumat dan ilmu mengenainya dikongsikan. Sebab itulah, mereka yang Berjaya di dalam kewangan sangat faham mengenai had ini dan menumpukan segala tumpuan dan kekuatan di dalam diri mereka.

#9. Jangan pindahkan tanggungjawab anda kepada pakar-pakar.

Anda boleh mendapatkan pandangan mengenai kewangan daripada pakar tapi jangan sesekali menyerahkan tanggungjawab kepada mereka untuk menguruskan wang anda.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here