12 perkara ini mampu membuatkan anda menjadi lebih bijak
12 perkara ini mampu
membuatkan anda menjadi lebih bijak | Ramai yang percaya, kecerdikan
seseorang itu adalah berdasarkan keturunan. Tetapi tahukah terdapat beberapa
cara atau kaedah yang mampu menjadikan seseorang itu menjadi lebih bijak? Dengan
keazaman yang tinggi, sesiapa sahaja mampu menjadi lebih pintar. Kali ini kami
ingin kongsikan 20 perkara yang jika dilakukan setiap hari, ianya mampu
menjadikan seseorang itu lebih bijak.
12 perkara ini mampu membuatkan anda menjadi lebih bijak
#1. Lawati Tempat
Baru.
Jauh perjalanan luas pemandangan. Perkara ini sangat bagus
untuk minda kita apabila kita akan mempelajari banyak perkara baru di negara
yang kita lawati. Pelajaran itu tidak semestinya melalui perbuatan malahan
ianya boleh jadi dalam bentuk makanan. Anda boleh mencuba makanan baru apabila
berkunjung ke negara orang. Ia juga 1 pengalaman yang hebat kepada anda.
Menyesuaikan diri dengan elemen-elemen baru di tempat orang
akan melatih minda kita berfikir secara lebih kreatif. Mendengar muzik yang
baru, cuba makanan baru, dan memandu arah dengan jalan-jalan asing, semua kerja
ini akan mencabar keupayaan otak anda untuk menyesuaikan diri dengan situasi
baru.
#2. Menyambung pelajaran
ke tahap yang lebih tinggi.
Pendidikan adalah salah satu pelaburan yang terbaik. Walaupun
begitu, ramai yang beranggapan pendidikan hanya untuk kanak-kanak dan remaja. Oleh
yang demikian, ramai orang dewasa memandang rendah akan perkara ini. Mencabar
diri anda untuk menyambung pelajaran akan menyebabkan minda anda berfikir lebih
kreatif.
#3. Membaca buku.
Membaca adalah cara yang paling asas untuk memudahkan
aktiviti otak. Membaca mampu memperkenalkan minda kita kepada perbendaharaan
kata baru, contoh penggunaan tatabahasa yang betul, dan melatih diri kepada
penulisan yang lebih baik. Dengan cara ini, membaca adalah cara alternatif
untuk menjadikan perjalanan otak anda ke tempat baru.
#4. Lakukan kerja
yang baru.
Ianya mungkin mencari kerja lain atau anda boleh mengubah
kepada task kerja yang baru. Dengan cara ini, anda akan mempelajari cara kerja
yang baru, kelompok manusia yang baru dan berpeluang untuk berfikir di luar
kotak bagi menyelesaikan masalah-masalah yang baru dan idea-idea yang baru
kepada pasukan anda.
#5. Cabar diri anda.
Kita tidak seharusnya meneruskan matlamat yang mudah dicapai.
Sebaliknya cuba untuk memilih sesuatu matlamat yang sukar! Dan bekerja
untuknya! Cara ini akan membuatkan minda kita bekerja lebih keras untuk
memikirkan cara yang lebih kreatif.
#6. “5 Whys” pada
setiap masalah.
Apabila menghadapi apa-apa masalah, tanya “5 whys”. Bertanyakan
soalan akan menyebabkan minda kita mencari jawapan. Daripada penat memikirkan
masalah, apa kata kita bermula dengan bertanyakan kenapa.
#7. Berhenti berharap
pada teknologi.
Teknologi adalah perkara yang bagus. Namun dalam beberapa
perkara, ianya tidak bagus kepada perkembangan minda anda. Apa kata anda mula
hentikan kebergantungan anda dengan teknologi dan berfikir secara kreatif. Ianya
boleh jadi dalam usaha mencari jalan di sesuatu tempat yang baru atau mencari
makna sesuatu perkataan yang anda tidak tahu. Atau mungkin pengiraan sesuatu no
yang banyak tanpa mengunakan kalkulator?
#8. Melukis.
Anda tidak perlu menjadi seorang seniman untuk menjadi
seorang pelukis. Melukis mampu menjadikan minda kita memikirkan sesuatu dengan
cara yang unik. Selain daripada warna-warna yang mampu membuatkan otak kita
menjadi lebih kreatif. lukisan adalah aktiviti otak yang sihat untuk semua
orang!
#9. Bermain alat
muzik.
Belajar untuk bermain alat muzik juga memberikan manfaat
yang luar biasa kepada otak. Kombinasi mata, ingatan, tumpuan, semua ini meningkatkan
melalui permainan alat muzik. Melatih jari anda untuk menguasai petikan muzik
kompleks pada piano untuk mengira denyutan dalam langkah muzik, instrumen ini
akan memaksa berbagai wilayah otak untuk bekerja bersama-sama untuk mencipta
muzik.
#10. Bercakap dengan
mereka yang hebat.
Pilih untuk berbual dengan mereka yang hebat. Ini adalah
kerana, mereka yang hebat sering kali akan menggunakan perkataan yang hebat. Ini
mampu melatih minda kita berfikir dengan cara yang sama hebat melalui perbualan
kita dengan mereka.
#11. Mengekalkan Diet
Berkhasiat.
Kanak-kanak dan orang dewasa yang berminat dalam
meningkatkan aktiviti otak harus bermula dengan mengubah diet mereka. Anda
adalah apa yang anda makan. Untuk mula menterbalikkan kecenderungan yang tidak
sihat, cuba memotong lebihan lemak, gula, dan makanan segera, dan mula menambah
lebih sayur-sayuran, buah-buahan, dan daging tanpa lemak.
#12. Pembelajaran
aktif
Ianya boleh jadi dengan permainan interaktif video, melompat,
juggling, dan aktiviti-aktiviti lain untuk memberi rangsangan otak. Aktiviti
fizikal, atau teka-teki Sudoku juga dapat memberikan rangsangan kepada otak. Meningkatkan
aktiviti otak boleh dicapai dengan beberapa langkah asas. Jadi, berikan masa
dan tenaga anda untuk mula bekerja ke arah kehidupan yang lebih bijak dan lebih
memuaskan.
0 Comments