9 tabiat seorang ketua yang berjaya.
#1. Percaya kepada pasukan.
Kehidupan secara individu adalah sangat berbeza ketika
berada di dalam pasukan. Untuk menjadi seorang ketua yang berjaya, anda
pastinya ingin 1 pasukan dengan ahli yang hebat. Namun apa yang lebih penting
adalah, anda perlu percaya kepada setiap kelebihan ahli pasukan anda.
Jangan pernah merasakan keputusan anda adalah yang terbaik. Ambil
tahu keputusan ahli kumpulan anda dan mula menetapkan jawapan daripada situ. Daripada
situ, anda akan beroleh keputusan yang terhebat!
#2. Sentiasa berkomunikasi bersama ahli kumpulan.
Komunikasi adalah perkara yang sangat penting. Ia adalah
satu cara yang terbaik bagi mengelakan krisis sesama ahli. Dengan cara
berkomunikasi, kita dapat mengenal pasti masalah-masalah yang mungkin menganggu
pergerakan kumpulan untuk memperolehi kejayaan. Sentiasa ambil masa untuk
bersama-sama ahli kumpulan anda!
#3. Jangan bawa perasaan marah ke dalam kumpulan anda.
Sudah pasti akan terdapat beberapa masalah dan sebagai
ketua, jangan hanya melepaskan kemarahan anda sahaja. Ianya tidak sama sekali
membantu di dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Cari apakah punca dan
bersama-sama menyelesaikan permasalahan itu. Setelah selesai, kembali semula ke
atas trek untuk terus mengejar kejayaan anda!
#4. Sentiasa punya pelan.
Sebagai seorang ketua, anda haruslah mempunyai pelan untuk
berhadapan dengan apa sahaja yang berlaku. Ia bukanlah pelan asal anda ketika
mula menubuhkan kumpulan anda sebaliknya ia adalah pelan yang anda buat bagi
membantu segala permasalahan yang mungkin terjadi ketika di dalam proses
perjalanan kejayaan kumpulan anda.
9 tabiat seorang ketua yang berjaya!
#5. Bersedia dengan keputusan sukar.
Sebagai seorang ketua, anda perlu sentiasa bersedia untuk
melakukan keputusan sukar. Anda sudah pasti tidak mahu dilihat sebagai seorang ketua
yang tidak mampu membuat keputusan sendiri dan sentiasa memerlukan orang lain
ketika berada di dalam keadaan sukar. Oleh yang demikian, sentiasa bersiap
sedia dengan perkara ini.
#6. Ianya bukanlah mengenai keyakinan tetapi dedikasi!
Ada banyak cara untuk menunjukan keyakinan. Namun dedikasi
anda kepada kumpulan akan membuatkan ianya berjaya. Dedikasi kepada kumpulan
adalah sangat penting dan apabila berlaku perkara yang salah, ianya perlulah
diselesaikan dengan segera.
#7. Ambil masa untuk menyendiri untuk memikirkan sesuatu.
Tidak semua orang mampu membuat semua keputusan di dalam 1
masa. Sebagai contoh, anda pastinya mempunyai keluarga. Ketika berada bersama
keluarga anda, fikiran anda pastinya bersama mereka. Dan apabila perlu membuat
keputusan melibatkan pasukan, cuba ambil masa untuk menyendiri dan memikirkan
apa yang berlaku di dalam pasukan anda. Ini adalah untuk mengelakkan anda
celaru dan membuat keputusan yang salah.
#8. Gembira untuk membantu orang lain.
Membantu orang lain adalah sebahagian daripada diri seorang
ketua yang berjaya. Anda membantu mereka melalui bagaimana untuk menyelesaikan
sesuatu yang rumit dan bukannya menyelesaikan terus masalah mereka. Tunjukkan
kepada mereka, apa yang perlu mereka lakukan.
#9. Sentiasa berpegang kepada matlamat.
Dan akhir sekali dalam 9 tabiat seorang ketua yang berjaya, anda perlulah sentiasa memastikan
seluruh ahli kumpulan anda berpegang kepada matlamat kejayaan. Sudah pasti, akan
ada masanya, anda dan kumpulan anda terkeluar daripada landasan menuju
kejayaan. Cuba untuk menarik kembali mereka agar matlamat itu tidak lari
terlalu jauh.