9 tabiat seorang ketua yang berjaya

tabiat seorang ketua yang berjaya

9 tabiat seorang ketua yang berjaya | Sebagai seorang ketua, anda perlulah menjadi seorang yang hebat di dalam menguruskan pasukan anda. Ianya merangkumi pelbagai aspek termasuklah di dalam memimpin pasukan anda untuk memperolehi kemenangan. Namun, bukan mudah seperti apa yang dijangkakan. Apa yang sebenarnya yang boleh kita lakukan untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya? Kami kongsikan kepada anda, 9 tabiat seorang ketua yang berjaya!

9 tabiat seorang ketua yang berjaya.


#1. Percaya kepada pasukan.

Kehidupan secara individu adalah sangat berbeza ketika berada di dalam pasukan. Untuk menjadi seorang ketua yang berjaya, anda pastinya ingin 1 pasukan dengan ahli yang hebat. Namun apa yang lebih penting adalah, anda perlu percaya kepada setiap kelebihan ahli pasukan anda.
Jangan pernah merasakan keputusan anda adalah yang terbaik. Ambil tahu keputusan ahli kumpulan anda dan mula menetapkan jawapan daripada situ. Daripada situ, anda akan beroleh keputusan yang terhebat!

#2. Sentiasa berkomunikasi bersama ahli kumpulan.

Komunikasi adalah perkara yang sangat penting. Ia adalah satu cara yang terbaik bagi mengelakan krisis sesama ahli. Dengan cara berkomunikasi, kita dapat mengenal pasti masalah-masalah yang mungkin menganggu pergerakan kumpulan untuk memperolehi kejayaan. Sentiasa ambil masa untuk bersama-sama ahli kumpulan anda!

#3. Jangan bawa perasaan marah ke dalam kumpulan anda.

Sudah pasti akan terdapat beberapa masalah dan sebagai ketua, jangan hanya melepaskan kemarahan anda sahaja. Ianya tidak sama sekali membantu di dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Cari apakah punca dan bersama-sama menyelesaikan permasalahan itu. Setelah selesai, kembali semula ke atas trek untuk terus mengejar kejayaan anda!

#4. Sentiasa punya pelan.

Sebagai seorang ketua, anda haruslah mempunyai pelan untuk berhadapan dengan apa sahaja yang berlaku. Ia bukanlah pelan asal anda ketika mula menubuhkan kumpulan anda sebaliknya ia adalah pelan yang anda buat bagi membantu segala permasalahan yang mungkin terjadi ketika di dalam proses perjalanan kejayaan kumpulan anda.

9 tabiat seorang ketua yang berjaya!

#5. Bersedia dengan keputusan sukar.

Sebagai seorang ketua, anda perlu sentiasa bersedia untuk melakukan keputusan sukar. Anda sudah pasti tidak mahu dilihat sebagai seorang ketua yang tidak mampu membuat keputusan sendiri dan sentiasa memerlukan orang lain ketika berada di dalam keadaan sukar. Oleh yang demikian, sentiasa bersiap sedia dengan perkara ini.

#6. Ianya bukanlah mengenai keyakinan tetapi dedikasi!

Ada banyak cara untuk menunjukan keyakinan. Namun dedikasi anda kepada kumpulan akan membuatkan ianya berjaya. Dedikasi kepada kumpulan adalah sangat penting dan apabila berlaku perkara yang salah, ianya perlulah diselesaikan dengan segera.

#7. Ambil masa untuk menyendiri untuk memikirkan sesuatu.

Tidak semua orang mampu membuat semua keputusan di dalam 1 masa. Sebagai contoh, anda pastinya mempunyai keluarga. Ketika berada bersama keluarga anda, fikiran anda pastinya bersama mereka. Dan apabila perlu membuat keputusan melibatkan pasukan, cuba ambil masa untuk menyendiri dan memikirkan apa yang berlaku di dalam pasukan anda. Ini adalah untuk mengelakkan anda celaru dan membuat keputusan yang salah.

#8. Gembira untuk membantu orang lain.

Membantu orang lain adalah sebahagian daripada diri seorang ketua yang berjaya. Anda membantu mereka melalui bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu yang rumit dan bukannya menyelesaikan terus masalah mereka. Tunjukkan kepada mereka, apa yang perlu mereka lakukan.

#9. Sentiasa berpegang kepada matlamat.

Dan akhir sekali dalam 9 tabiat seorang ketua yang berjaya, anda perlulah sentiasa memastikan seluruh ahli kumpulan anda berpegang kepada matlamat kejayaan. Sudah pasti, akan ada masanya, anda dan kumpulan anda terkeluar daripada landasan menuju kejayaan. Cuba untuk menarik kembali mereka agar matlamat itu tidak lari terlalu jauh.

Tiada ulasan