facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

Rezeki tidak datang hanya melalui duit

Rezeki tidak datang hanya melalui duit | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk terus menulis. Semalam aku berkesempatan berbual dengan seorang rakan baru. Masih muda namun pemikiran dia jauh kedepan. Seorang yang pada aku sudah berjaya di dalam perniagaan. Namun masih banyak yang perlu beliau usahakan lagi. Semoga beliau terus berjaya dan membantu lebih ramai lagi orang untuk juga berjaya di dalam perniagaan. insyaAllah. amin. Baik, dalam pada kesempatan berbual semalam, 1 yang aku belajar, rezeki itu tidak datang hanya melalui duit.

Ramai daripada kita termasuklah aku, bila bercerita mengenai rezeki, dalam minda kita mesti nampak duit, betul tak? Namun dalam kita sedar atau tidak, kesihatan yang diberi oleh Allah itu juga adalah rezeki. Anak-anak, isteri, makan minum juga adalah rezeki. Rezeki itu bukan datang hanya melalui duit. Kawan-kawan yang baik, yang sentiasa mengajak kita kearah kebaikan, itu juga rezeki. Apa lagi? Banyak sebenarnya lagi rezeki yang Allah beri pada kita tanpa kita sedar.

Dalam pada aku berbual tu, sempat juga dia berpesan, ayat dia lebih kurang macam ni lah:

Jangan pernah tinggal solat. Kemudian rajin buat dhuha dengan solat malam. Dalam doa kita tu, kena bersungguh. Allah ni nak kita merayu dengan dia. Dia nak kita menangis, meraung, bergolek atas sejadah tu, mohon pada dia, baru dia akan kabulkan. Percayalah!

Aku mulanya ok bila dengar tu, tapi part bergolek tu, aku terdiam. Aku tanya dia balik, betul ke ko bergolek-golek? Jawapan dia ya! ha? Ayat dia:

Sungguh aku bergolek. Sebab waktu tu aku jatuh sangat-sangat dalam bisnes. Rasa lost! Tak tahu nak mengadu dekat sesiapa. Jadi, aku mengadu pada yang maha esa.

Kalau di fikirkan, kita ni semua hamba. Pernah tengok macamana hamba abdi dengan tuan dia? Itu yang kita nampak. Samalah dengan kehidupan kita sekarang. Kita ni hamba pada yang maha esa. 

Namun, sayangnya dia pada kita, diberikan kehidupan kita semua sama adil. Mereka yang kaya dengan yang miskin menghirup udara yang sama. Kehidupan mereka yang kaya dengan yang miskin juga sama. Allah beri sama adil 24jam.  Banyak lagi sebenarnya dalam kita sedar dan tak sedar.

1 lagi yang aku masih ingat adalah, ketika berdoa, kita perlu detail. Contohnya:

Ya Allah, kau berikanlah aku pelangan seramai 10 orang setiap hari bermula 29 March 2017 ini dengan pendapatan sebanyak RM3000 sebulan ya Allah. *Contoh*.

Aku tanya dia balik, bukankah Allah itu maha mengetahui. Kenapa kita nak kena beritahu detail macam tu? Jawapan dia mudah je.

Sebab Allah nak tahu sendiri apa yang kau nak. Jadi beritahu dia. Dan apa yang penting, minta dengan sesungguh hati. Tunjukkan yang kita betul-betul mahukan benda tu.

Jadi, harapnya, dengan perkongsian ini, kita semua akan fahamlah ye. Mulanya aku sedikit tidak percaya, namun, dalam setiap kata-katanya, ada kebenaran. Harapnya dapatlah kita ingat mengingati sesama kita. insyaAllah. terima kasih semua.

Boleh atau tidak cium anak waktu mereka tidur

Boleh atau tidak cium anak waktu mereka tidur? | Yang sebenarnya, isu ini dah lama, sengaja aku tulis kerana aku pasti hingga ke hari ini, terdapat segelintir daripada kita takut nak cium anak mereka atas kepercayaan mereka yang tersendiri. Persoalan sekarang, apakah benar tak boleh cium anak waktu mereka tidur?

Semuanya bermula dengan bacaan aku di blog Viva merah. Bila baca tajuk je, terus aku bukak blog ni dan teruskan bacaan. Kenapa tak boleh cium anak waktu mereka tidur kan? Apa sebabnya? Lepas habis bacaan, apa yang aku dapat adalah "Jangan cium anak masa tidur kerana itu adalah penyebab anak menjadi semakin nakal". Ha?? Biar kebenaran? Betul ke?

Aku sangat kerap cium anak aku waktu mereka tidur *pada waktu malam*. Ini kerana masa aku bersama anak-anak adalah sangat kurang. Aku lebih dengan kerjaya aku. Ada masanya mereka langsung tidak melihat aku. Kerana aku ke tempat kerja, mereka masih tidur, aku pulang bekerja, mereka sudahpun tertidur. Jadi, ciuman aku itu menunjukkan rasa rindu yang sangat-sangat kepada anak aku. Jadinya bila terbaca Jangan cium anak masa tidur aku jadi pelik. Kenapa? Kenapa tak boleh?

Aku teruskan bacaan dari 1 blog ke 1 blog untuk cari kepastian. Apa benar ada hukum yang mengatakan Jangan cium anak masa tidur ni. Setelah hampir puas hati, apa yang dapat aku simpulkan adalah, ianya adalah 1 kepercayaan orang tua-tua dahulu. Ini yang hampir kebanyakkan blogger malaysia cakap. 

Kalau kita rujuk semula hadis ini:


"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mencium Al-Hasan bin 'Ali, dan di sisi Nabi ada Al-Aqro' bin Haabis At-Tamimiy yang sedang duduk. Maka Al-Aqro' berkata, "Aku punya 10 orang anak, tidak seorangpun dari mereka yang pernah kucium". Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallampun melihat kepada Al-'Aqro' lalu beliau berkata, "Barangsiapa yang tidak merahmati/menyayangi maka ia tidak akan dirahmati" (HR Al-Bukhari no 5997 dan Muslim no 2318)

Dari apa yang aku faham, kalau kita tidak mengasihani anak kita *melalui cara ciuman* kita juga tidak akan dikasihi. Tapi bila aku cuba cari apa-apa hadis berkaitan larangan atau Jangan cium anak masa tidur ni, tak juga aku jumpa. Jadinya, dari bacaan dan andaian aku, ada benarnya ia adalah kata-kata orang tua dahulu yang mungkin ada maksud yang lain. Antaranya mungkin tidak mahu tidur sang anak terganggu.

Apapun, ini semua kuasa yang maha esa. Kita sebagai hamba dan ibubapa, perlulah selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak kita. Usahlah berkata apa-apa yang tidak elok kepada anak-anak. Amarah itu pasti ada di dalam proses didikan, tapi ingatlah, mereka adalah kurniaan yang tidak terhingga. Hargailah mereka seadanya. Jangan cium anak masa tidur!

Siapa nama pengacara trivago

Dahlia shazwan, Pengacara cantik Trivago | Sewaktu pertama kali tengok iklan trivago, perkara pertama yang muncul dalam minda aku adalah, Siapa Pengacara Trivago ni? semuanya kerana, aku terpaku bila melihat pakej yang ada pada pengacara ni. Pada aku, dia ni ada aura dia yang tersendiri. Selain mempunyai wajah yang cantik, gaya pengacaraan dia juga mampu menarik minat sesiapa sahaja untuk menonton iklan trivago. Oklah, Jom, kita kenal dengan lebih lanjut dengan pengacara Trivago ini, Dahlia shazwan!

Pengacara Trivago Malaysia.


Nama Dahlia shazwan, pengacara trivago ni sememangnya menjadi terkenal di malaysia dan juga Indonesia. Selepas menjadi viral dengan iklan trivago, pengacara ini kini tampil dengan gaya baru “pengacara trivago berambut pendek”.

Dahlia shazwan kini berumur 28 tahun dan sudahpun berumah tangga! Aku pasti ramai yang kecewa mendengar perkhabaran ini. Apa pun, jom kita layan gambar-gambar cantik Pengacara Trivago Malaysia, Dahlia Shazwan!


Siapa nama pengacara trivago

Siapa nama pengacara trivago

Siapa nama pengacara trivago

Siapa nama pengacara trivago

Siapa nama pengacara trivago

Siapa nama pengacara trivago

New KFC Wrap Hot & zesty review
Sumber : KFC Malaysia


New KFC Wrap Hot & zesty review | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan rezeki dan kesihatan untuk terus menulis. Agak perlahan juga aku dalam penulisan blog sejak 2 menjak ni disebabkan beberapa perkara “baru” yang muncul dalam hidup aku. Apa pun, pasti ada hikmah sesuatu perkara itu. Bukan saja-saja je Allah nak buat. Ok. Kalau tak ok jugak, aku kasi redah je semua tu. Ok, baiklah, menu terbaru KFC *Yang sebenarnya dah lama ada* New KFC Wrap Hot & zesty. Aku baru sahaja berkesempatan mencuba dan ini adalah review ikhlas daripada aku.


New KFC Wrap Hot & zesty review

Aku memang suka apa sahaja menu yang melibatkan gabungan roti dan ayam.

Aku dah cuba New KFC Wrap Cheezy. Dan apa yang aku boleh cakap, menu ni memang terbaik! Dan menu mesti ulang makan! Rasa dia pada aku aku cukup sempurna! Rasa Cheezy tu tak perlu cakap la, tapi dia macam ada rasa masam sikit. Rasanya rasa lemon kut. Rasa yang cukup sempurna hinggakan tak terasa pun dah habis makan. Hehehe.


New KFC Wrap Hot & zesty review
*Nampak tak keterujaan dia? Sampai koyak kertas tu*

Berbeza dengan New KFC Wrap Hot & zesty, pada aku rasa dia biasa je. Sungguh! Bila aku makan semalam, tanggapan pertama aku adalah, pasti rasa dia akan lebih hebat daripada Wrap Cheezy, tapi rupanya tidak. Rasanya dia pada aku sangat biasa. Macam tiada yang hebat pada tekak aku ni berbanding keghairahan aku ketika makan wrap cheezy. Mungkin tekak takda rasa kut! Hahaha.

Tiada kata-kata istimewa yang boleh aku berikan kepada New KFC Wrap Hot & zesty ni.

Lain orang, lain rasanya kan. Dan pada aku, jika diberikan pilihan di antara keduanya, aku lebih memilih New KFC Wrap cheezy. Kalau boleh, hari-hari nak makan! Sedap! Sempurna! Maaf kepada peminat Hot & zesty kerana abang lebih memihak kepada cheezy. Hehehehe.

Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

6 hotel terbaik di Bali,Indonesia | Bali Indonesia merupakan antara 5 lokasi paling popular bagi pelancong dari Malaysia malahan antara lokasi paling terkenal bagi pelancong seluruh Negara. Bercuti Ke Bali Indonesia menjadi impian bagi setiap orang. Ini adalah kerana pantainya yang cantik dan budayanya yang unik. Bila bercerita mengenai percutian, pilihan hotel sering menjadi topik bualan utama. Soalan yang sering di tanya adalah apakah Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon dan apakah Hotel Terbaik Di Bali Untuk Keluarga.

Hari ini aku ingin kongsikan dengan semua di antara hotel-hotel terbaik yang boleh dipertimbangkan oleh korang jika merancang untuk bercuti di sini. Nak juga aku ingatkan, hotel-hotel yang tersenarai di bawah mungkin memerlukan poket anda tebal dengan wang kertas. Tetapi jika ianya adalah untuk yang tersayang, apalah salahnya kan? Sedia? Baiklah, jom kita tengok 6 hotel terbaik di Bali, Indonesia.

Alila Villas UluwatuHotel And Spa Bali


Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Dengan kolam renang infiniti dan kawasan terbuka, hotel ini adalah lokasi percutian terhebat untuk menghilangkan penat lelah anda bekerja dan menikmati keindahan alam semula jadi. Jangan tak tahu ya, jika anda bercuti ke sini, anda juga disediakan dengan “butler” peribadi. Aku suka dengan rekaan bilik berhadapan dengan kolam mandi. Indah!


Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Viceroy Bali Resort& Spa.


Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Terletak di "Valley of the Kings", percutian anda ibarat percutian diraja dengan rekaan kolam yang serba mewah. Dengan pemandangan lereng bukit serba hijau sememangnya mendamaikan!


Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Luxurious Ubud Hanging Gardens.


Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Apa yang membuatkan lokasi percutian ini menonjol daripada yang lain adalah “landskap”nya yang indah! Resort ini dikelilingi dengan pemandangan sawah padi yang ditanam secara bertingkat di lereng bukit. Apa yang benar-benar menarik perhatian aku adalah, binaan kolam renangnya yang serba mewah. Ini menjadikan percutian anda di bali menjadi percutian paling bermakna!


Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Villa Pererepan(villa Awang Awang)


Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Resort mesra alam ini terletak jauh ke dalam hutan hujan di Bali. Percutian “tropical” ini menawarkan pengalaman yang lain daripada yang lain. Jangan terkejut jika malam anda di temani oleh “gecko” ataupun katak hutan yang mesra pelancong. Hehehe.


Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Pandan Tree VillaResort.


Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Tersembunyi jauh di Canggu , anda boleh menikmati keindahan matahari terbenam Bali tanpa “kesesakan” orang ramai di Kuta.


Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

The Kirana Hotel Resto And Spa.


Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Terletak beberapa minit dari Pantai Batu Bolon yang menjadi lokasi luncur air di bali Indonesia. Disini juga anda boleh menikmati keindahan matahari terbenam setiap hari.


Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Hotel Terbaik Di Bali Untuk Honeymoon

Baiklah. Ini adalah sebahagian daripada hotel terbaik di Bali,Indonesia. Apa pun, Percutian Ke Bali pasti lebih bermakna jika ianya disertakan dengan hotel-hotel ini. Semoga percutian korang akan menjadi percutian yang paling bermakna. Ok! Selamat bercuti ya! :)

15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india | Aku suka singgah ke page backpackers malaysia. Dari situ, aku dapat tahu pelbagai lokasi menarik di dunia perkongsian daripada mereka yang pernah sampai ke negara-negara tersebut. Tetapi ada 1 perkongsian yang benar-benar menarik perhatian aku. India! Agak sukar untuk kita mendengar atau membaca orang suka travel to india ni. Kerana katanya tidak ada apa-apa disana! Ini membuatkan aku terpaksa mencari, apakah keistimewaan negara tersebut. Dan selepas beberapa ketika, ianya sangat memeranjatkan! Ini 15 beautiful place in India to visit!

Sebelum itu, India merupakan sebuah negara yang berada di Asia selatan. Bila sebut mengenai negara ini, perkara yang hebat di mata ramai orang adalah Taj mahal. Selain daripada filem-filem nya yang penuh emosi, tarian dan air mata! Ini serius! Jangan gelak ya! Ala, aku pun kadang-kadang tu suka tengok filem Hindustan. Hehe.

Ok, ibu negara bagi india adalah New Delhi. Dan matawang bagi negara tersebut pula adalah Indian Rupee. Manakala bahasa rasmi bagi negara india adalah hindi dan English. Ha! Jadi tak susahlah kalau kita nak ke sana, cukup sekadar tahu English basic dah kira ok dah. Tak seperti negara-negara tertentu yang tidak fasih berbahasa English, agak sukar juga bagi kita, kan?

Baiklah! Cukup mukadimah aku setakat itu. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai negara ini, bolehla rujuk dengan Wikipedia ya! Ok, jom tengok 15 beautiful place in India to visit!


15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

1. Ladakh.

Ladakh ialah sebuah kawasan di Jammu dan Kashmir. Ia adalah salah satu kawasan yang paling ramai penduduk. Ladakh terkenal dengan keindahan gunung dan budayanya. Ladakh suatu masa dahulu menjadi laluan perdagangan yang penting. Bandar terbesar di Ladakh adalah Leh, diikuti oleh Kargil. 


15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

2. Manali

Manali terletak di pergunungan bahagian Himachal Pradesh berhampiran hujung utara Lembah Kullu, pada ketinggian 2,050m (6726 ft). Ia terletak di daerah Kullu, kira-kira 270 km (168 batu) utara ibu negeri, Shimla. Ia adalah destinasi pelancongan yang popular dan berfungsi sebagai pintu masuk ke Lahaul & daerah Spiti serta Leh.


15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

3. Uttarakhand.

Uttarakhand yang sebelum ini dikenali sebagai Uttaranchal adalah sebuah negeri di bahagian utara India. Ia sering dirujuk sebagai Devbhumi kerana banyak kuil-kuil Hindu di negeri ini. Uttarakhand dikenali dengan keindahan alam semula jadinya. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian, Garhwal dan Kumaon, dengan 13 daerah.


15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

4. Delhi.

Delhi merupakan sebuah bandar yang paling luas di India-kira-kira 1,484 kilometer persegi (573 batu persegi). Jumlah penduduk disini kira-kira 25 juta orang dan menjadikannya sebagai bandar kedua paling ramai penduduk selepas Mumbai dan aglomerasi bandar paling ramai penduduk di India dan kawasan bandar ke-3 terbesar di dunia!


15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

5. Spiti Valley.

Spiti Valley ialah lembah gunung padang pasir terletak tinggi di pergunungan Himalaya di bahagian utara-timur negara bahagian Himachal Pradesh. Spiti membawa maksud tanah di tengah-tengah iaitu tanah di antara Tibet dan India. Disini adalah lokasi di mana kurangnya penduduk. Lembah ini juga terputus hubungan dengan kawasan sekitar sehingga lapan bulan lamanya apabila salji tebal mula meliputi kawasan sekitar.


15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

6. Auli.

Auli terletak di pergunungan Himalaya, Uttarakhand, India dan berada pada ketinggian 2500-3050 meter di atas paras laut. Auli adalah sebuah destinasi pelancongan dan ski adalah tarikan utama di sini. Auli dikelilingi oleh hutan konifer dan hutan oak, dengan pemandangan panorama puncak banjaran gunung yang paling besar di dunia, Himalaya.


15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

7. Jaipur.

Jaipur adalah ibu negara dan bandar terbesar di Rajasthan di Utara India. Bandar ini mempunyai penduduk seramai 3.1 juta, menjadikannya bandar paling ramai penduduk kesepuluh di negara ini. Jaipur juga dikenali sebagai Pink City of India. Jaipur adalah destinasi pelancongan popular di India dan berfungsi sebagai pintu masuk ke destinasi pelancongan lain di Rajasthan seperti Jodhpur ,Jaisalmer dan Udaipur.


15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

8. Shimla.

Shimla adalah ibu negeri dan bandar terbesar di Himachal Pradesh. Ia adalah pusat perdagangan, kebudayaan dan pendidikan utama kawasan berbukit di negeri ini. Bandar ini mempunyai seramai 171.817 penduduk dan sebahagian daripada Empayar Sikh. Seni bina kolonial dan gereja-gereja, kuil-kuil dan keindahan alam semula jadi di bandar ini menarik sejumlah besar pelancong untuk datang ke sini. Shimla juga mempunyai gelanggang luncur ais semula jadi terbesar di Asia selatan.


15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

9. Kasol.

Kasol merupakan sebuah perkampungan di Himachal Pradesh, utara India. Ia terletak di Parvati dalam perjalanan di antara Bhuntar ke Manikaran. Ia terletak 42 km timur Kullu pada ketinggian 1640 meter. Ia sangat popular di kalangan pelancong yang kebanyakannya datang untuk melawat kampung berdekatan Tosh.

15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

10. Goa.

Goa adalah sebuah negeri di barat daya India, disempadani oleh Maharashtra ke utara dan Karnataka di timur dan selatan. Ia merupakan negeri paling kecil India dan keempat terkecil dari segi penduduk. Namun Goa menjadi salah satu daripada negeri-negeri terkaya di India. Goa menjadi tumpuan ramai pelancong antarabangsa dan domestik setiap tahun kerana pantai-pantainya, tempat-tempat ibadat dan warisan seni bina dunia.

15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

11. Mumbai

Mumbai adalah ibu kota negeri Maharashtra. Ia adalah bandar yang paling ramai penduduk di India dan kesembilan paling ramai penduduk di dunia, dengan penduduk bandar dianggarkan kira-kira 18.4 juta orang! Ia juga merupakan bandar yang terkaya di India. Kabarnya juga, Mumbai menjadi lokasi pilihan bagi ramai bintang Bollywood.

15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

12. Rajmachi.

Rajmachi adalah sebuah perkampungan kecil di pergunungan Sahyadri di India. Rajmachi Fort merupakan destinasi trekking paling popular dikalangan pengemar aktiviti ini. Rajmachi boleh dicapai dengan 2 cara:

1. Menggunakan laluan yang sukar dari kampung Kondivade Atau Salpe-Kharmare berhampiran Karjat dan ia memerlukan anda untuk memanjat kira-kira 2000 kaki!

2. Laluan yang lain pula adalah dari Lonavala, yang memerlukan anda untuk berjalan kaki sejauh kira-kira 15 km!

Pada musim hujan, kawasan ini menjadi lebih cantik dengan air terjun, sungai dan hutan hijau yang subur dan padang rumput.

15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

13. Meghalaya.

Meghalaya adalah sebuah negeri di utara-timur India. Meghalaya membawa maksud "tempat tinggal di atas awan" dalam bahasa Sanskrit. Terdapat banyak sungai di sini dan beberapa air terjun yang indah!

15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

14. Alleppey

Alleppey adalah bandar ke-7 terbesar di Kerala dengan jumlah penduduk seramai 174.164 orang dan ketiga antara daerah yang mempunyai kadar celik huruf tertinggi di Kerala. Alleppey dianggap sebagai bandar terancang tertua di rantau ini. Lokasi ini menjadi salah satu daripada destinasi pelancongan penting di India.

15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda ke india

15. Hampi.

Hampi merupakan sebuah kampung dan bandar kuil yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di utara Karnataka, India. Ia terletak dalam runtuhan bandar Vijayanagara, bekas ibu negara Empayar Vijayanagara. Pada sekitar tahun 1500, Vijaynagar mempunyai kira-kira 500,000 penduduk dan menjadikannya sebagai bandar kedua terbesar di dunia selepas Beijing dan hampir tiga kali saiz Paris.

Oklah! Yang sebenarnya masih banyak lagi lokasi-lokasi menarik di india. Rasanya kalau aku nak senaraikan semua, boleh jadi sebuah buku travel nanti. Hehehe. Rasanya, cukuplah 15 beautiful place in India to visit ni. Yang sebenarnya, aku sendiri masih kurang percaya, india memiliki lokasi-lokasi yang cantik dan menarik seperti ini. Lepas ni, kalau ada orang cakap, nak Travel to india, janganlah kita terperanjat pulak ye. Hehehe.
Cara paling mudah buat Hot chocolate dan sedap

Sumber : google.

Cara paling mudah buat Hot chocolate dan sedap! | Siapa suka minum Hot Chocolate? Aku kali ni, bukanlah nak kongsikan Resepi Hot Chocolate Starbucks tu, tapi eh! Lebih kurang je sebenarnya rasa dia kan? Mana-mana restoran yang menyediakan hot chocolate ni, rasa dia pasti sama, dah nama pun menu yang sama. Hehe. Orait, kali ini, sajalah nak kongsikan Resepi Hot chocolate paling mudah dan sedap memandangkan aku suka coklat ni.

Bestnya dapat minum Hot chocolate ni waktu petang. Kena pula makan dengan churros. Pergh. Bergabung meletup! Atau mungkin makan dengan kuih keria antarabangsa yang viral tu? Tapi kenalah beratur dulu sebelum dapat makan kan. Rasanya hot chocolate pun dah sejuk. Hehe.

Oklah. Cukup mukadimah setakat itu. Jom kita tengok Cara paling mudah buat Hot chocolate dan tentunya sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan:


  • 2 cawan susu segar
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar gula
  • Chocolate syrup


Cara nak sediakan hot chocolate ni pulak:

Panaskan susu segar dan masukkan serbuk koko dan gula. Gaul hingga sebati dan tunggu hingga mendidih.

Kemudian tuang dalam gelas dan sedia untuk di minum! Eh! Dah siap? Mudahkan? Ada orang letakkan Marshmallow dalam hot chocolate ni, ada yang tambahkan wipping cream. Siap buat bentuk love segala. Ikutlah kesesuaian dan kesedapan tekak masing-masing ya! hehe.

Orait! Dah siap dan sedia untuk diminum secara bujang ataupun sesama pasangan anda! hehe. Resepi Hot chocolate paling mudah dan sedap!

Cara mudah buat daging burger sendiri.

Cara mudah buat daging burger sendiri | Mungkin ramai yang tidak tahu ada cara yang paling mudah untuk buat daging burger. Mungkin ada di antara anak-anak kita yang suka makan daging burger. Tapi kalau setiap hari nak beli, ianya mungkin beri kesan pada kewangan kan? Jadi apa kata kita buat sendiri dekat rumah. Selain sihat *sebab kita hasilkan sendiri* ianya juga mampu menjimatkan wang. Jom kita tengok Cara paling mudah buat daging burger homemade.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat daging burger homemade adalah:

  • 2 ketul dada ayam @ daging
  • 2 ketul kentang
  • 2 biji telur
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk soda
  • 3 sudu kecil tepung gandum
  • 2 sudu kecil tepung ubi


CARA-CARA NAK BUAT BURGER HOMEMADE.

  • Kisarkan kesemua bahan kecuali serbuk soda dan tepung gandum.
  • Kemudian masukkan ke dalam 1 bekas dan gaulkan dengan sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk soda.
  • Langkah seterusnya adalah bentukkan daging tersebut. Boleh buat bentuk bulat ataupun pendek atau apa sahaja mengikut kreativiti masing-masing. Pastikan ada alas diletakkan di bawah daging burger yang dibentuk tadi.
  • Lepas dah siap, kukus daging tersebut selama 15-20 minit.
  • Bila dah selesai kukus, sejukkan daging tersebut di dalam peti ais. Bila terasa nak makan, keluarkan sahaja dan panaskan seperti biasa! Dah siap! Mudah kan?

Selain sihat ianya mampu menjimatkan wang dan masa kita. selamat mencuba ya!

Cara Mudah Buat Cheesy Wedges Simple dan sedap!
Sumber : Flickr (Wendy Yap)

Cara Mudah Buat Cheesy Wedges Simple dan sedap! | Siapa suka makan Cheesy wedges? Macam tak sempurna rasanya kalau kami singgah makan kentucky fried chicken tak order Cheezy Wedges Kfc. Sedap hilang menjilat kotak! Hahaha. Hari ini kami nak kongsikan dengan pembaca semua Resepi Cheesy Wedges Simple dan sedap buat semua pencinta makanan ini! Ayuh! Teruskan bacaan anda!

Sebelum itu. Cuba bayangkan kentang panas yang disalut dengan sos keju dan mayonis. Ahahha! Terliur tak?

Hehehe. Ok, jom tengok macamana nak buat cheesy wedges ni. bahan-bahan yang diperlukan untuk wedges adalah:

3 biji ubi kentang
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
Minyak

Dan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sos dia:

3 sudu besar mentega
250 ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan keju Cheddar
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam

Orait. Cara-cara nak buat Cheesy Wedges Simple dan sedap ini adalah:


  • Rebus dulu kentang tu dalam lebih kurang 5 minit. Kemudian potong. Potong lebih kurang macam Cheezy Wedges Kfc tu. Nak buat bentuk lain pun boleh. Hehe.
  • Kemudian, gaul tepung dengan garam dan lada hitam. Dah siap, gaulkan pula dengan kentang tadi.
  • Lepas tu goreng!
  • Kemudian, cara nak buat sos dia adalah, cairkan mentega, kemudian masukkan susu segar dan tepung gandum. Kacau sebati.
  • Masukkan pula keju *parutkan terlebih dahulu ya* dan gaul sekali lagi sehingga sebati.
  • Langkah seterusnya adalah masukkan garam secukup rasa dan lada hitam.
  • Lepas tu, wedges tadi jangan lupa angkat ya. Nanti hangit pula jadinya. Dah siap angkat dan toskan minyaknya, tuangkan sos tadi ke atas wedges. Letakkan juga mayonis. Dah siap! Fuh! Berselera kan?

Hidangkan dan boleh ajak yang lain-lain makan sama. Amacam? Mudah tak Resepi Cheesy Wedges Simple dan sedap ni?

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ▼  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ▼  March (24)
      • Rezeki tidak datang hanya melalui duit
      • Boleh atau tidak cium anak waktu mereka tidur?
      • Dahlia shazwan, Pengacara cantik Trivago.
      • New KFC Wrap Hot & zesty review
      • 6 hotel terbaik di Bali,Indonesia
      • 15 Lokasi Tercantik yang wajib kunjung jika anda k...
      • Cara paling mudah buat Hot chocolate dan sedap
      • Cara mudah buat daging burger sendiri.
      • Cara Mudah Buat Cheesy Wedges Simple dan sedap.
      • Petua elak lipan masuk bilik air.
      • Siapa Pelakon watak Nurin dalam drama Wan Peah.
      • Syarat untuk memohon rumah impian johor (Yayasan S...
      • Cara mudah membuat redirect blog ke blog yang lain.
      • 7 Perkara yang perlu dielakkan ketika Mengunjungi ...
      • Cara paling mudah buat sambal Belacan dan Sedap!
      • Blogspot tampil dengan template baru dan mesra mobile
      • Cara mudah untuk tahu akaun adsense dah berapa lama
      • Cara pasang iklan adsense ditengah postingan sebel...
      • Cara mudah buat iklan adsense link dengan post
      • Bercadang untuk travel ke Canada? Baca Info ini.
      • 10 Hotel Terbaik Di Bangkok, Thailand
      • Moonshadow villa, Ko Samui, Thailand Review.
      • Hanging Gardens of Bali, Indonesia Review.
      • Nandini Jungle Resort & Spa Bali, Indonesia review.
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    Raya Dengan Gaya Bersama Corvan, Ini 6 Produk Jadi Rebutan Ramai Yang Anda Wajib Ada Di Rumah
  • The Patriots
    Genting Bidor: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Guna Telefon Jana Pendapatan 4 Angka Berniaga Online
  • Bro Framestone
    Pra-pesanan Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G Dibuka Mulai 24 Mac 2023
  • Aliff Channel
    Lepas Cerai Tak Buka Aib Sesiapa, Mizz Nina Dipuji Netizen – Ada Isu Rumahtangga Pun Diam?
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Tiket tren ETS tambahan sempena raya & Hari Pekerja boleh dibeli mulai hari ini
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates