7 Perkara yang perlu dielakkan ketika Mengunjungi kenduri - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Mar 21, 2017

7 Perkara yang perlu dielakkan ketika Mengunjungi kenduri

7 Perkara yang perlu dielakkan ketika Mengunjungi kenduri

7 Perkara yang perlu dielakkan ketika Mengunjungi kenduri | Korang pastinya banyak mendapat jemputan kenduri kendara pada musim cuti persekolahan ini kan? Namun, tahukah korang, ada beberapa perkara yang sering kali kita terlepas pandang atau mungkin sudah menjadi “habit” kita apabila mengunjungi mana-mana kenduri. Kali ini aku ingin kongsikan 7 Perkara yang perlu dielakkan ketika Mengunjungi kenduri supaya ianya tidak berulang lagi pada masa mendatang ya! J

7 Perkara yang perlu dielakkan ketika Mengunjungi kenduri.


#1. Mengumpat pengantin.

Aduh! Kalau mengumpat belakang-belakang ok lagi, tapi kalau depan pengantin dia ngumpat? Tak ke terasa pengantin tu, kan? Kita mungkin dalam sedar dan tak sedar terlepas cakap yang pengantin lelaki tak sesuai dengan pengantin perempuan lah. Yang perempuan tak sesuai dengan lelaki lah. Laki dia gemuklah, hitamlah, pendek kata macam-macam. Samada kita sedar atau tidak, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini termasuklah diri kita. Atau mungkin, waktu kita ingin bercakap tu, cuba pandang diri kita dulu, sempurnakah kita. ok?

#2. Memperlekehkan makanan yang disediakan pihak pengantin.

Ini je lauk yang ada? Budget gila tuan rumah! Aduh! Kalaulah tuan rumah dengar, dah tentu kecil hati mereka, kan? Di jemput untuk datang kenduri sudah 1 rahmat yang besar Allah bagi pada kita kan? Sepatutnya kita bersyukur dengan rezeki yang ada didepan mata kita. Cuba bayangkan rakan-rakan kita yang tak cukup makan tu, apa perasaan mereka apabila dihidangkan makanan seperti itu? Sudah pasti mulut mereka tak berhenti-henti mengucapkan syukur. Jadi, bersyukurlah. Ok?

#3. Hina bilik pengantin.

Eh! Jangan tak tahu, salah satu syarat kalau datang kenduri, mesti kena tengok bilik pengantin. Kalau tak tengok, rasa macam tak sempurna. Rasa tak lengkap kunjungan korang tu. Bila dah dapat tengok, macam-macam yang dikomennya. Cat tak matching dengan tilam lah, pakai langsir lama lah, macam-macam. Yang sebenarnya, siapa yang nak tidur dalam bilik tu? Korang ke pengantin? Eh??

#4. Goodies bag.

Tuan rumah bagi gula-gula je? Eh? Air mineral je? Si polan tu dulu siap letak jus oren lagi dalam goodies bag. Adeh! Kira baguslah dia bagi semua tu. Kalau dia letak Yassin semata dalam tu kemudian tulis, Bacalah Yassin ini ketika mengunjungi mana-mana kematian atau mungkin lebih “keras”, berilah Yassin ini pada mana-mana orang supaya menjadi manfaat pada kita kelak macam mana? Ahah! Keras kan? hehehe.

#5. Takda karaoke atau DJ. Kenduri suram!

Eh! Kenduri apa ni? DJ pun takda. Karaoke pun takda! Suramlah kenduri macam ni. Aduhai kawan-kawan semua, orang-orang mukmin lebih suka dengan kenduri macam ni, tak perlukan hiburan macam tu. Lagipun, itu bukan penting pun kan? Yang penting kita hadiri majlis rakan-rakan kita dan mengucapkan tahniah pada mereka, kan?

#6. Tak datang kenduri.

Adeh! Rakan siap datang berjemput ke rumah kita. Sekali waktu kenduri dia kita tak datang. Apa rasanya? Sudah pastilah kecewa kan? Cuba kalau kawan tu buat balik pada kita, kita buat kenduri, orang taknak datang, apa rasa kita? ahha! Tepuk dada, tanya perasaan masing-masing ya.

#7. Nak bungkus bawak balik.

Eh! Dekat rumah ada sedara mara datang ni, boleh bungkus tak semua lauk yang ada ni. Buat dalam 10 bungkusan, takut tak cukup pulak. Eh! Kamu datang awal, ramai lagi tetamu tak datang lagi ni, kena pulak kawan ni guna catering, dah tak cukup lauk yang ada. Adoi. Kesian dekat member ni. Jadi kalau lauk di rumah tidak cukup, bungkus sahaja di kedai atau bawa sedara mara kamu tu makan luar, lagi meriah, kan? J

Kita perlulah sentiasa ingat, kemampuan setiap manusia itu sudah pastinya berbeza. Jika itu sahaja yang tuan rumah mampu sediakan, janganlah kita mengata ya. Kita yang hadir sebagai tetamu ni, kenalah jaga adab kita sebagai tetamu ya. Dan jika selepas ini, kita mendapat jemputan kenduri, kena ingat 7 Perkara yang perlu dielakkan ketika Mengunjungi kenduri. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ya. J

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here