Bercadang untuk travel ke Canada? Baca Info ini. - MrEjoy

Header Ads

Bercadang untuk travel ke Canada? Baca Info ini.

Bercadang untuk travel ke Canada

Bercadang untuk travel ke Canada? Baca Info ini. | Semua orang pastinya ingin mengembara. Sama halnya dengan aku. Dan bila di tanya di manakah lokasi pengembaraan idaman, rata-rata orang akan memilih jepun. Ada juga yang memilih untuk travel ke Switzerland. Semuanya dengan alasan bentuk muka bumi negara tersebut. Namun aku tertarik dengan penulisan seorang rakan blogger yang telah mengembara ke Canada. Apa yang menariknya di sana? Disebabkan aku sendiri masih belum berkesempatan ke sana, apa kata kita tengok-tengok dulu apa yang ada di sana. Jom! Travel to Canada!

Sebelum kita kenal pasti, apakah lokasi menarik di sana, jom kita tengok dulu muka bumi Canada.


peta canada

Hahaha. Kalau tak tengok canada map ni, memang sampai bila-bila pun aku tak tahu Canada ni berjiran dengan United States dan di sebelah dengan Greenland. Jangan terpedaya dengan nama Greenland ni ya! Nama sahaja tanah hijau, tetapi ini adalah negara salji! Maksudnya penuh dengan salji! Jangan tak tahu ya. hehehe.

Orait. Ini fakta ya! Bila sebut mengenai negara ni, perkara yang paling banyak diperkatakan adalah mengenai Prime Minister of Canada, Justin Trudeau! Apa yang istimewanya beliau? Ahha! Beliau dikatakan sebagai perdana menteri paling handsome di dunia. Ye ker? Hmm, yelah kot. Ada rupa. Ada jawatan. Kan pakej tu? Hahahaha


Jarak perjalanan dari Malaysia ke canada

Ok. Sebelum travel to Canada, jom ambil tahu serba sedikit mengenai negara ini. Jarak perjalanan dari Malaysia ke canada adalah 20jam! Sekali lagi, 20 jam! Itu kalau tengok dalam google maps la. Tapi melalui bacaan di blog rakan-rakan yang pernah sampai ke sana. Ada yang kata jarak perjalanan dari malaysia ke Canada adalah 24jam! Ha?? Lamanya! Naik flight 2jam dari malaysia ke Bangkok pun dah rasa cukup lama. Berdoa supaya cepat sampai, ini sampai 24jam? Wow!

Ini soalan biasa orang akan tanya, apa yang menariknya di Canada ni? Pernah dengar Niagara Fall? Bangunan pencakar langit yang bakal mengantikan burj khalifa. Eh! Bukan-bukan. hehehe. Niagara Fall adalah nama kolektif untuk tiga air terjun yang terletak di sempadan antarabangsa antara Kanada dan Amerika Syarikat. Atau lebih khususnya, antara wilayah Ontario dan the state of New York. Selain itu, di Ottawa, terdapat banyak bangunan dengan senibina yang menarik!


tips mudah untuk travel to Canada

Selain itu, bagi mereka yang menggemari pemandangan semulajadi, korang boleh ke Banff yang terletak di Alberta. Ia adalah taman negara pertama Kanada. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya, hiking, ski, berdiri bebas di atas tiang batu kapur yang dikenali sebagai hoodoos, berbasikal di sepanjang Healy Creek dan macam-macam lagi aktiviti lain.

Macamana pula dengan makanan halal? *halal food in Canada*


Ini di antara masalah paling utama bagi orang muslim ketika travel ke luar negara. Mencari makanan halal. Jangan risau kalau travel to Canada. Kerana banyak terdapat makanan halal di sana. Ini adalah kerana, ramai orang islam yang datang berhijrah ke sini. Apa yang penting kita perlu rajin mencari di manakah lokasi-lokasi restoran halal ini. Atau boleh juga periksa di sini : canadianhalalfoods.


Beberapa tips mudah untuk travel to Canada.


Ok. Kita sama-sama belajar la ye. Sebagai ilmu jika kita berpeluang melancong ke sana. Perkara paling utama adalah kena tahu kadar tukaran wang. Canada menggunakan matawang Canadian dolar *CAD*. Kadar tukaran wang saat entry ini di tulis adalah bersamaan 1 CAD= MYR3.12. Canada juga merupakan salah sebuah negara dengan cukai yang tinggi.


Selain itu, Canada merupakan negara 4 musim. Bila sebut 4 musim ni, kenalah tahu, bila waktu yang sesuai untuk melancong. Jangan nanti, sampai di sana musim salji tapi tak bawa baju sejuk. Untuk elakkan perkara seperti ini berlaku, ini adalah panduan buat anda jika ingin travel to Canada.


Musim luruh : September.

Musim sejuk : Disember
Musim bunga : Mei.
Musim panas : Julai

Jadinya, sekarang ni di Canada adalah dalam proses ke musim bunga ya! Bila musim bunga membawa ke musim panas, jadinya, sangat sesuai untuk korang menjelajah ke semua tempat di canada! ok? hehehe.

Tiada ulasan