Blogspot tampil dengan template baru dan mesra mobile
Blogspot tampil
dengan template baru dan mesra mobile! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Sewaktu awal membuka blogspot hari ini, ternampak 1 mesej yang
memberitahu terdapat template baru yang ditawarkan oleh blogspot. Dan yang
lebih pentingnya, mesra mobile. Pentingkah template yang mesra mobile ni? Sudah
tentulah ianya sangat penting. Itu kita akan huraikan sekejap lagi. Jom kita
tengok beberapa template baru yang ditawarkan oleh blogspot.
Aku pasti ramai yang perasan akan mesej ini:
Pilih dari pelbagai tema baru yang bergaya dan mencari satu yang sempurna untuk dimuatkan ke dalam blog anda!
Baik. Terdapat 4 template baru yang ditawarkan oleh
blogspot. Ianya adalah Contempo, Soho, Emporio dan Notable. Design bagi setiap
template ini sudah tentunya berbeza. Aku dah cuba satu persatu daripada
template ini namun aku masih ingin kekal dengan template blog aku sekarang
kerana ada beberapa part yang aku suka dengan template ini. hehehe.
Ok. Sekarang, jom kita bercerita mengenai penting atau tidak
template yang mesra mobile. Jawapannya sudah tentulah penting. Kerana apa? Kerana
hampir kebanyakkan pembaca sekarang melayari laman web atau blog dengan
menggunakan handphone. Hampir kebanyakkan ya! Dan oleh yang demikian, adalah
sangat penting untuk kita *blogger* mencari template yang mesra mobile.
Ha. Macam mana cara
nak tahu blog mobile friendly atau tidak? Mudah sahaja, boleh check dekat
sini: Mobile friendly test.
Sekarang, macamana nak guna template baru yang disediakan
oleh blogspot. Atau mungkin ada blogger yang tak tahu pun yang mereka boleh
ubah template blog mereka. Cara-cara nak tukar template blog adalah:
- Masuk ke blog anda dan klik pada Theme yang ada pada bahagian kiri.
- Kemudian, pilih mana-mana template yang disediakan pada bahagian bawah tu. Ada 11 template kesemuanya.
- Cara nak pilih adalah tekan pada mana-mana template yang korang suka. Kemudian akan keluar view yang tunjukkan macamana keadaan blog kita kalau guna template tu. Kalau korang rasa selesa dan sesuai dengan kehendak korang, klik pada Apply To Blog.
- Selepas itu, korang boleh susun atur blog korang atau masukkan widget-widget baru. Cara nak setting tu, klik sahaja pada Layout juga pada bahagian kiri blog.
Ok. Selesai sudah cerita mengenai Blogspot tampil dengan template baru dan mesra mobile ni. Selamat mencuba untuk semua ya! J
0 Comments