Cara Mudah Buat Cheesy Wedges Simple dan sedap.

Cara Mudah Buat Cheesy Wedges Simple dan sedap!
Sumber : Flickr (Wendy Yap)

Cara Mudah Buat Cheesy Wedges Simple dan sedap! | Siapa suka makan Cheesy wedges? Macam tak sempurna rasanya kalau kami singgah makan kentucky fried chicken tak order Cheezy Wedges Kfc. Sedap hilang menjilat kotak! Hahaha. Hari ini kami nak kongsikan dengan pembaca semua Resepi Cheesy Wedges Simple dan sedap buat semua pencinta makanan ini! Ayuh! Teruskan bacaan anda!

Sebelum itu. Cuba bayangkan kentang panas yang disalut dengan sos keju dan mayonis. Ahahha! Terliur tak?

Hehehe. Ok, jom tengok macamana nak buat cheesy wedges ni. bahan-bahan yang diperlukan untuk wedges adalah:

3 biji ubi kentang
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
Minyak

Dan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sos dia:

3 sudu besar mentega
250 ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan keju Cheddar
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam

Orait. Cara-cara nak buat Cheesy Wedges Simple dan sedap ini adalah:


  • Rebus dulu kentang tu dalam lebih kurang 5 minit. Kemudian potong. Potong lebih kurang macam Cheezy Wedges Kfc tu. Nak buat bentuk lain pun boleh. Hehe.
  • Kemudian, gaul tepung dengan garam dan lada hitam. Dah siap, gaulkan pula dengan kentang tadi.
  • Lepas tu goreng!
  • Kemudian, cara nak buat sos dia adalah, cairkan mentega, kemudian masukkan susu segar dan tepung gandum. Kacau sebati.
  • Masukkan pula keju *parutkan terlebih dahulu ya* dan gaul sekali lagi sehingga sebati.
  • Langkah seterusnya adalah masukkan garam secukup rasa dan lada hitam.
  • Lepas tu, wedges tadi jangan lupa angkat ya. Nanti hangit pula jadinya. Dah siap angkat dan toskan minyaknya, tuangkan sos tadi ke atas wedges. Letakkan juga mayonis. Dah siap! Fuh! Berselera kan?

Hidangkan dan boleh ajak yang lain-lain makan sama. Amacam? Mudah tak Resepi Cheesy Wedges Simple dan sedap ni?

Tiada ulasan