Cara paling mudah buat Hot chocolate dan sedap

Cara paling mudah buat Hot chocolate dan sedap

Sumber : google.

Cara paling mudah buat Hot chocolate dan sedap! | Siapa suka minum Hot Chocolate? Aku kali ni, bukanlah nak kongsikan Resepi Hot Chocolate Starbucks tu, tapi eh! Lebih kurang je sebenarnya rasa dia kan? Mana-mana restoran yang menyediakan hot chocolate ni, rasa dia pasti sama, dah nama pun menu yang sama. Hehe. Orait, kali ini, sajalah nak kongsikan Resepi Hot chocolate paling mudah dan sedap memandangkan aku suka coklat ni.

Bestnya dapat minum Hot chocolate ni waktu petang. Kena pula makan dengan churros. Pergh. Bergabung meletup! Atau mungkin makan dengan kuih keria antarabangsa yang viral tu? Tapi kenalah beratur dulu sebelum dapat makan kan. Rasanya hot chocolate pun dah sejuk. Hehe.

Oklah. Cukup mukadimah setakat itu. Jom kita tengok Cara paling mudah buat Hot chocolate dan tentunya sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan:


  • 2 cawan susu segar
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar gula
  • Chocolate syrup


Cara nak sediakan hot chocolate ni pulak:

Panaskan susu segar dan masukkan serbuk koko dan gula. Gaul hingga sebati dan tunggu hingga mendidih.

Kemudian tuang dalam gelas dan sedia untuk di minum! Eh! Dah siap? Mudahkan? Ada orang letakkan Marshmallow dalam hot chocolate ni, ada yang tambahkan wipping cream. Siap buat bentuk love segala. Ikutlah kesesuaian dan kesedapan tekak masing-masing ya! hehe.

Orait! Dah siap dan sedia untuk diminum secara bujang ataupun sesama pasangan anda! hehe. Resepi Hot chocolate paling mudah dan sedap!

Tiada ulasan