Cara mudah membuat redirect blog ke blog yang lain. - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Mar 21, 2017

Cara mudah membuat redirect blog ke blog yang lain.

Cara mudah membuat redirect blog ke blog yang lain.

Cara mudah membuat redirect blog ke blog yang lain | Aku pasti, ada daripada kita yang sayang pada blog mereka namun atas sebab-sebab tertentu, mereka perlu buat blog yang baru. Bukan mudah sebenarnya membangunkan blog ini dan maintain trafik yang masuk setiap hari. Jadi kali ini, aku nak kongsikan dengan korang Cara mudah membuat redirect blog ke blog yang lain. Apa kelebihan redirect blog ni? Kelebihannya adalah trafik yang masuk ke dalam blog lama kita tu akan dibawa pada blog baru kita. Jadi, blog baru akan sentiasa dapat trafik daripada blog lama la. Faham kan? hehehe.

Cara mudah membuat redirect blog ke blog yang lain.

Yang sebenarnya, terlalu banyak cara untuk redirect blog lama kepada blog yang baru. Apa yang aku ingin kongsikan hari ini, adalah cara paling mudah! Korang juga boleh “setting timer” untuk pengalihan tu. Amacam? Menarik tak? J

Orait! Tanpa berlengah lagi, jom kita tengok step by step Cara mudah membuat redirect blog ke blog yang lain.

1) Langkah pertama adalah pergi pada bahagian Dashboard Blogger > Design > Edit HTML.

2) Kemudian cari code <head> dan copy code dibawah dan letakkan betul-betul bawah code <head>.

<meta content='5;url=http://blogsaya.blogspot.com/' http-equiv='refresh'/>

Angka 5 tu adalah waktu yang ditetapkan untuk pengalihan dari satu blog kepada blog yang lain. Boleh ubah setting itu mengikut kesesuaian ya.

3) Ubah url http://blogsaya.blogspot.com/ kepada url blog yang korang inginkan.

4) Terakhir, save!

Macam mana? Mudahkan tutorial Cara mudah membuat redirect blog ke blog yang lain ni? Lepas ni, kalau terjadinya kes blog korang yang tak dapat diselamatkan dan korang sayangkan trafik blog tu, korang boleh guna ini. ok? Selamat mencuba. J

1 comment:

  1. Menarik info ni tapi blog lama pun traffic takda haha. Salam perkenalan btw bro. Thanks singgah blog saya.

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here