Cara paling mudah buat sambal Belacan dan Sedap!
Ahha! Pastinya mereka yang suka makan sambal belacan akan mencari-cari resepi dan Cara paling mudah buat sambal Belacan dan Sedap ni kan?
Orait. Yang sebenarnya, tak susah pun nak sediakan sambal belacan ni. Sapa-sapa pun boleh buat. Jom kita tengok apa yang korang perlukan untuk hasilkan Sambal Belacan Mudah Dan Sedap ni.
RESEPI SAMBAL BELACAN MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 25 hingga 30 Cili Burung atau cili Thai (campuran merah dan hijau)
- Belacan (sebesar ibu jari)
- 1/2 sudu kecil Gula
- Sedikit garam, jika perlu
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam batu lesung dan tumbukkan hingga sebati. Bila rasa dan ok, boleh lah di hidangkan. Ahha! Mudahkan? Mudahlah sangat kan? Hahahaha.
Jika mahu lebih sedap *macam iklan kicap kipas udang pulak* korang boleh tambahkan 1 sudu jus kalamansi dan 1 sudu kulit limau nipis yang dihiris halus. Waktu nak tumbuk tu, korang masukkan. Ha.
Dah siap Sambal Belacan Mudah Dan Sedap. Amacam mudah tak? Mudah kan? Kalau korang yang duduk nun jauh di perantauan, bolehlah buat sendiri ya. Tapi itulah, air tangan ibu juga yang sedap. Kan? Orait. Dah siap kongsikan resepi mudah sambal belacan.
Lepas ni memang hari-harilah ada menu sambal belacan sedap ni. Di tambah pula dengan nasi panas, ikan masin dan ulam-ulaman. uhh! Aku dah lapar! Nak makan sambal belacan! Oklah. selamat mencuba ya!
0 Comments