Sesuatu yang menarik mengenai bali Indonesia adalah konsep rekaannya, tidak kiralah daripada rumah, resort mahupun hotel, semuanya pada mata aku tersangat indah. Termasuklah lokasi percutian ini, yang sangat aku impikan! Melihat pada perkongsian gambarnya sahaja dah buat kita nak bercuti ke sana kan? hehe.
HANGING GARDENS OF BALI REVIEW.
Di bina menghadap sungai ayung, Hanging Gardens of Bali menawarkan percutian villa dengan kolam renang bersaiz infiniti! Boleh berenang dengan puas dekat situ! Aku memang sangat suka dengan mana-mana percutian yang menawarkan kolam renang yang besar ni. Bak kata kawan aku, ini baru percutian! Eh! Hahaha.Ok! Apa lagi info mengenai Hanging Gardens of Bali ni? Dekat sini ada disediakan perkhidmatan spa. Bestnya dapat urutan sambil muzik bali kedengaran. Boleh terus tidur dekat situ! Hahaha. Kemudian, restoran di sana ada menyediakan pilihan hidangan Asia, Mediterranean dan Perancis! Ok, ini sangat menarik! Terletak 30 minit dari pusat bandar Ubud dan 90 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.
PAKEJ HONEYMOON KE BALI.
Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan mencari pakej honeymoon ke bali tu apa kata pilih Hanging Gardens of Bali ni sebagai lokasi honeymoon korang. Eh! Apa salahnya abadikan percutian indah tu dekat tempat secantik ni. Aku yang dah bersusun anak ni pun kadang-kadang tu terasa nak ambil percutian honeymoon ni. eh? Boleh ke? Hahahaha.
Hanging Gardens Of Bali
Desa Buahan, Payangan, Bali 80571, Indonesia
Telephone : +62 361 982700
Reception Mobile : +628113800975
Reservation Mobile : +628113800988
Fax :+62 361 982800
Email: reservations@hanginggardensofbali.com
0 Comments