Jarak perjalanan dari malaysia ke pulau ko samui ini tidaklah jauh mana. Jika menggunakan kapal terbang, masa yang di ambil Cuma 1 jam 40 minit. Berbeza pula bagi mereka yang ingin merasai nikmat perjalanan jauh. Masa yang di ambil untuk sampai ke pulau ini menggunakan kenderaan darat adalah 12 jam 38 minit! Itu melalui peta. Belum campur tolak masa kesesakan ya! Ala, balik kampung time raya pun kadang-kadang ambil masa macam ni kan? Hehehe.
Baiklah! Moonshadow villa, Ko Samui dilengkapi dengan 4 bilik tidur, kolam renang bersaiz infiniti *wow!!*, 3 “pavilions” yang menghadap ke laut Kristal, taman-taman tropika dan pelbagai lagi pemandangan di luar pemikiran kita! wow! Villa ini juga menyediakan ruang berjemur gergasi! Yang memberikan 180 darjah pemandangan laut! Uiii! Memang betul-betul rasa mewah ni!
Orait! Berminat? Tak jauh pun dari malaysia ni. Kalau berminat, sila lah ke laman web moonshadow villa dan tempah sekarang! Kalau pun ianya menjadi lokasi percutian mewah yang pertama dan terakhir buat anda, ianya pasti salah satu kenangan paling mahal dalam hidup anda. yeah! Aku ni, berdoa juga. Kalau-kalau dapat peluang bercuti di sini. Hehehe.
0 Comments