New KFC Wrap Hot & zesty review - MrEjoy

Header Ads

New KFC Wrap Hot & zesty review

New KFC Wrap Hot & zesty review
Sumber : KFC Malaysia


New KFC Wrap Hot & zesty review | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan rezeki dan kesihatan untuk terus menulis. Agak perlahan juga aku dalam penulisan blog sejak 2 menjak ni disebabkan beberapa perkara “baru” yang muncul dalam hidup aku. Apa pun, pasti ada hikmah sesuatu perkara itu. Bukan saja-saja je Allah nak buat. Ok. Kalau tak ok jugak, aku kasi redah je semua tu. Ok, baiklah, menu terbaru KFC *Yang sebenarnya dah lama ada* New KFC Wrap Hot & zesty. Aku baru sahaja berkesempatan mencuba dan ini adalah review ikhlas daripada aku.


New KFC Wrap Hot & zesty review

Aku memang suka apa sahaja menu yang melibatkan gabungan roti dan ayam.

Aku dah cuba New KFC Wrap Cheezy. Dan apa yang aku boleh cakap, menu ni memang terbaik! Dan menu mesti ulang makan! Rasa dia pada aku aku cukup sempurna! Rasa Cheezy tu tak perlu cakap la, tapi dia macam ada rasa masam sikit. Rasanya rasa lemon kut. Rasa yang cukup sempurna hinggakan tak terasa pun dah habis makan. Hehehe.


New KFC Wrap Hot & zesty review
*Nampak tak keterujaan dia? Sampai koyak kertas tu*

Berbeza dengan New KFC Wrap Hot & zesty, pada aku rasa dia biasa je. Sungguh! Bila aku makan semalam, tanggapan pertama aku adalah, pasti rasa dia akan lebih hebat daripada Wrap Cheezy, tapi rupanya tidak. Rasanya dia pada aku sangat biasa. Macam tiada yang hebat pada tekak aku ni berbanding keghairahan aku ketika makan wrap cheezy. Mungkin tekak takda rasa kut! Hahaha.

Tiada kata-kata istimewa yang boleh aku berikan kepada New KFC Wrap Hot & zesty ni.

Lain orang, lain rasanya kan. Dan pada aku, jika diberikan pilihan di antara keduanya, aku lebih memilih New KFC Wrap cheezy. Kalau boleh, hari-hari nak makan! Sedap! Sempurna! Maaf kepada peminat Hot & zesty kerana abang lebih memihak kepada cheezy. Hehehehe.

2 ulasan:

  1. Tak pernah makan meal yang berbentuk wrap ni sebab kurang gemar sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya. apa sahaja yang berbentuk wrap, memang favorite saya lah. hehehhe

      Padam