Petua elak lipan masuk bilik air.
Petua elak lipan masuk bilik air.
Awal pagi tadi, aku dah tergelak dengan 1 artikel ni. Memang
dia gunakan keyword cara bunuh lipan, tapi petua dia buat aku tergelak tak
henti-henti. Memang kadang-kadang tu, petua ni macam tak masuk akal je, kita
yang nak buat pun rasa yakin tak yakin. Hahahha. Ok, apa petua tu? Petuanya
adalah:
Kita kalau nak bunuh lipan dekat rumah, waktu nak kejar dia tu, jangan jerit lipan. Tapi sebut tulang ikan. Nanti dia akan berhenti bergerak. Bila dah berhenti tu, apa lagi bunuh la.
Aku sebenarnya, masih macam tak boleh terima. Tapi kalau aku
terjumpa lagi dalam bilik air rumah aku, aku nak cuba petua bunuh lipan masuk
rumah ni. hehe.
Tak banyak sebenarnya orang kongsikan petua elak lipan masuk
bilik air ni. Cuma ada beberapa cara sahaja yang kebanyakkan orang guna,
antaranya:
- Tuangkan air panas dalam lubang bilik air kerana lipan gemarkan ruang dan tempat yang lembab.
- Sembur ridsect atau apa sahaja yang mampu membunuh haiwan berbisa.
- Tutup lubang air atau gunakan jaring bagi mengelakkan lipan masuk ke dalam ruang bilik air.
- Ada juga yang letak Clorox dalam lubang bilik air. Katanya dapat elakkan lipan dari berada dalam lubang tu.
Kesemua ini adalah beberapa cara atau petua elak lipan masuk
bilik air yang dikongsikan ramai orang. Aku masih belum jumpa petua yang
betul-betul pada aku boleh elakkan lipan dari masuk ke dalam bilik air. Kalau ada
rakan-rakan pembaca yang ada petua yang aku cari ni, bolehlah kongsikan dalam
ruangkan komen ya.
7 Comments
salam.. macam mana nak contact owner blog ni ya?
ReplyDeletesalam.. boleh email di powersofman@gmail.com.
DeleteTerima kasih.. :)
Hahhahaaa... memang lawak petua tu tapi nanti Mrs. A pun nak cuba jugak, bila nampak lipan nak jerit tulang...ikan...!!!
ReplyDeletekann.. hehehe. mulanya pun, tergelak juga bila dapat info tu, tapi memang ada terasa nak cuba buat. nak tengok menjadi tak. hehehe
DeleteRumah hamba mcm ada sarang di bawah mozek ni...setiap kali mandi guna shower kompom lipan naik..kalau x anak dia abng dia..kalau x abang dia bapak dia..ada besar jari telunjuk..seram ler..anak kecik2 lagi..kot dia gigit...xnaya...sekarang ni guna petua air panas je lah..memang siap2 dlm termos..nmpk je kua lari mek termos simbah ke lipan...tp apa petua lain utk hapus kan rumah dia eak... kalau ada apa2 email kan ke hamba...firdaus6785@gmail.com..
ReplyDeleteBetul betul.. Betul. Nenek Asyraf ada bagitahu petua nii kalau anak beranak dia masuk rumah tu so ada petanda tak baik like sihir so cakap pada lipan tu : Wahai hamba Allah.. Tulang Ikan jangan ganggu kami, kalau tidak binasa kamu!
ReplyDeleteSambil tu baca Bismillah dan sebut Allahu Akbar banyak kali dan bunuh la guna objek keras sampai mati.
InsyaAllah semua akan ok. Yang penting, nenek kata kita dah paksi pada Allah sebagai saksi..
Baru bunuh sekor tadi yg besar dlm bilik air. Biasa jumpa yg kecik, yg besar pun setakat ni rasanya dah bunuh lebih 10 ekor sejak 5 tahun dulu.. spesis badan hitam, kaki merah. Badan merah pun ada. Kalau di tempat kering mcm ruang tamu, cikpan berjalan laju, yg besar tu cepat je dia menghilang.
ReplyDeleteBiasa bunuh yg kecik pijak dgn seliper, yg besar guna botol yg ada dlm bilik air.
Guna penyebur lipas sembur dlm saluran air dlm & luar rumah mgkn cara terbaik halang cikpan dtg. Puncanya dr luar rumah, jadi saluran sebelah luar rumah kena pantau.