Rezeki tidak datang hanya melalui duit - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Mar 29, 2017

Rezeki tidak datang hanya melalui duit

Rezeki tidak datang hanya melalui duit

Rezeki tidak datang hanya melalui duit | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk terus menulis. Semalam aku berkesempatan berbual dengan seorang rakan baru. Masih muda namun pemikiran dia jauh kedepan. Seorang yang pada aku sudah berjaya di dalam perniagaan. Namun masih banyak yang perlu beliau usahakan lagi. Semoga beliau terus berjaya dan membantu lebih ramai lagi orang untuk juga berjaya di dalam perniagaan. insyaAllah. amin. Baik, dalam pada kesempatan berbual semalam, 1 yang aku belajar, rezeki itu tidak datang hanya melalui duit.

Ramai daripada kita termasuklah aku, bila bercerita mengenai rezeki, dalam minda kita mesti nampak duit, betul tak? Namun dalam kita sedar atau tidak, kesihatan yang diberi oleh Allah itu juga adalah rezeki. Anak-anak, isteri, makan minum juga adalah rezeki. Rezeki itu bukan datang hanya melalui duit. Kawan-kawan yang baik, yang sentiasa mengajak kita kearah kebaikan, itu juga rezeki. Apa lagi? Banyak sebenarnya lagi rezeki yang Allah beri pada kita tanpa kita sedar.

Dalam pada aku berbual tu, sempat juga dia berpesan, ayat dia lebih kurang macam ni lah:

Jangan pernah tinggal solat. Kemudian rajin buat dhuha dengan solat malam. Dalam doa kita tu, kena bersungguh. Allah ni nak kita merayu dengan dia. Dia nak kita menangis, meraung, bergolek atas sejadah tu, mohon pada dia, baru dia akan kabulkan. Percayalah!

Aku mulanya ok bila dengar tu, tapi part bergolek tu, aku terdiam. Aku tanya dia balik, betul ke ko bergolek-golek? Jawapan dia ya! ha? Ayat dia:

Sungguh aku bergolek. Sebab waktu tu aku jatuh sangat-sangat dalam bisnes. Rasa lost! Tak tahu nak mengadu dekat sesiapa. Jadi, aku mengadu pada yang maha esa.

Kalau di fikirkan, kita ni semua hamba. Pernah tengok macamana hamba abdi dengan tuan dia? Itu yang kita nampak. Samalah dengan kehidupan kita sekarang. Kita ni hamba pada yang maha esa. 

Namun, sayangnya dia pada kita, diberikan kehidupan kita semua sama adil. Mereka yang kaya dengan yang miskin menghirup udara yang sama. Kehidupan mereka yang kaya dengan yang miskin juga sama. Allah beri sama adil 24jam.  Banyak lagi sebenarnya dalam kita sedar dan tak sedar.

1 lagi yang aku masih ingat adalah, ketika berdoa, kita perlu detail. Contohnya:

Ya Allah, kau berikanlah aku pelangan seramai 10 orang setiap hari bermula 29 March 2017 ini dengan pendapatan sebanyak RM3000 sebulan ya Allah. *Contoh*.

Aku tanya dia balik, bukankah Allah itu maha mengetahui. Kenapa kita nak kena beritahu detail macam tu? Jawapan dia mudah je.

Sebab Allah nak tahu sendiri apa yang kau nak. Jadi beritahu dia. Dan apa yang penting, minta dengan sesungguh hati. Tunjukkan yang kita betul-betul mahukan benda tu.

Jadi, harapnya, dengan perkongsian ini, kita semua akan fahamlah ye. Mulanya aku sedikit tidak percaya, namun, dalam setiap kata-katanya, ada kebenaran. Harapnya dapatlah kita ingat mengingati sesama kita. insyaAllah. terima kasih semua.

3 comments:

  1. Alhamdulillah dapat kenal sahabat blogger baru..
    Suka baca entry saudara, perkongsian yg baik untuk manfaat bersama.. 👍

    ReplyDelete
  2. Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk: sihat tubuh badan dan masih berkudrat juga salah satu bentuk nikmat rezeki. Bukan hanya duit.

    ReplyDelete

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here