Syarat untuk memohon rumah impian johor (Yayasan Sultan Ibrahim)
Objektif utama pembinaan rumah mampu milik ini adalah kerana
kesedaran mengenai harga rumah yang semakin meningkat yang mana mengakibatkan
ramai orang tidak mampu memiliki rumah sendiri. Atas keprihatinan sultan johor,
beliau mahukan bangsa johor yang kurang berkemampuan menjadi 1 komuniti yang
berjaya memiliki rumah sendiri.
Permohonan rumah impian johor ini hanya terbuka kepada rakyat johor sahaja.
Syarat-syarat untuk memohon rumah impian johor.
Sebelum mula memohon rumah impian johor ini, mari kita lihat
dahulu apakah syarat atau kriteria asas kelayakkan pembeli rumah ini.
- Warganegara malaysia dan menetap di johor selama 5 tahun dan mestilah berumur 18 tahun ke atas. (Namun keutamaan permohonan diberikan kepada rakyat johor)
- Pembelian rumah pertama sahaja.
- Bujang atau sudah berkahwin
- Hanya 1 pemohonan sahaja yang dibenarkan bagi pasangan yang sudah berkahwin.
- Tidak dibenarkan Jika salah seorang pasangan sudah memiliki rumah.
- Pendapatan isi rumah adalah berdasarkan jenis/kategori rumah.
Jenis / harga rumah bagi rumah impian johor (Yayasan Sultan Ibrahim).
Jenis / Kategori
|
Harga
|
Pendapatan
|
Rumah impian Sultan Ibrahim
|
RM80,000-RM100,000
|
Tidak lebih RM5,000 sebulan
|
Rumah impian Sultan Ibrahim (A)
|
RM100,000-RM150,000
|
Tidak lebih RM8,000 sebulan
|
Rumah impian Sultan Ibrahim (B)
|
RM150,000 dan ke atas
|
Terbuka dan tertakluk kepada pemohon
|
Dan bagi maklumat lanjut boleh rujuk gambar di bawah:
Berikut adalah Model Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan
Sultan Ibrahim.
0 Comments