facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

Pemilik WhatsApp group boleh dipenjara!

Pemilik WhatsApp group boleh dipenjara! | Agak viral juga berita mengenai admin whatsapp group boleh dipenjara ni. Semuanya selepas 1 penulisan di berita harian yang menyatakan bahawa mana-mana admin whatsapp group yang gagal membendung penyebaran maklumat palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dipenjara atas kesalahan tersebut. Maka dengan itu, ramailah yang tidak mahu menjadi admin lagi. Mungkin kerana mereka takut dengan perkara itu.

Persoalan sekarang, kenapa nak takut?

Biasanya orang yang bersalah sahaja yang takut, betul tak? Kalau rasa diri tu tak bersalah, jangan takut. Lagi satu yang bermain dalam fikiran aku, macam mana pula kalau dalam group tu ada 256 admin? Maknanya semua jadi admin? Wah, lagi susah nak control kan? hahahha.

Apa pun, setiap ciptaan manusia ni mesti ada baik dan buruknya. Sama macam whatsapp ni. Baiknya adalah setiap berita atau perkara penting itu mudah diketahui. Ada banyak perkara positif yang aku nampak. Dan buruknya pula adalah, macam ini lah. Penyebaran berita palsu. Sudah tentu ianya sukar di kawal kerana perkongsian daripada 1 group kepada group yang lain tidak di kawal.

Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri dan menggunakan kelebihan whatsapp ini. Benda free dan mudah, semua pun senang kan?

Tapi kan, pasti akan ada sesuatu yang “menyeronokkan” bila sesuatu isu itu timbul. Contohnya macam admin whatsapp boleh dipenjara ini lah. Rasanya semua pun dah dapat dan tahu kan? Cerita mengenai perbualan di penjara tu.

Ada 3 orang di penjara sedang berbual. Seorang bercerita yang dia dipenjara kerana membunuh. Seorang lagi pula bercerita dia dipenjara kerana merompak. Tiba-tiba seorang lagi senyap tidak mahu berkata-kata. 2 orang ini sudah tentu mahu tahu kenapa dia di penjara. Dan pastinya kes dia lagi berat. Tapi selepas di tanya, orang itu pun memberitahu yang dia di penjara kerana menjadi admin whatsapp. Hahahaha.

Apa pun, itu hanya lawak kosong je. Orang kita kan memang kreatif, ada sahaja perkongsian mereka bila ada sesuatu isu tu. Sekali lagi, jika rasa diri itu benar, janganlah takut ya. Dan jika korang memang ada group whatsapp sendiri, jagalah group korang itu. Jika ada rakan group yang kongsikan cerita palsu, cepat-cepat beritahu mereka dan lakukan perkara yang patut. Ok?


Bagaimana menjadikan produk anda sangat laris di pasaran

Bagaimana menjadikan produk anda sangat laris di pasaran! | Setiap jutawan tahu dan sedar bahawa, untuk membina kekayaan, mereka perlu membina nilai terlebih dahulu. Steve jobs contohnya, memiliki 2 syarikat yang bernilai berbilion dolar. Ketika mengasaskan Apple dan Pixar, dia meningkatkan nilai produknya terlebih dahulu sebelum menawarkannya di pasaran. Apple mengambil 1 langkah baru dengan merekabentuk computer ke tahap yang lebih baik dengan mengabungkan sistem operasi elegan dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Sebaik sahaja kita telah menambahkan “nilai” di dalam produk kita, barulah kita memasarkan produk kita.

Leverage.

Orang-orang kaya sangat faham bahawa untuk menjadi sangat kaya, mereka perlu belajar untuk menggunakan sumber daripada orang lain untuk mendapatkan pulangan yang besar!

Bill gates contohnya, memanfaatkan pelesenan perisian Windows dan sehingga kini mendapat keuntungan darinya! Dan dia terus-terusan menjadi manusia terkaya!

Thomas Edison pula tampil menyelesaikan masalah “kegelapan” dengan mencipta mentol dan walaupun sudah terlalu lama dia menciptanya, hingga ke hari ini, kita masih menggunakan mentol!

Dan mulai sekarang, gabungkan leverage positif dalam hidup kita supaya kita boleh mendapat pulangan yang lebih besar dalam masa, tenaga, dan wang - sama seperti orang kaya!

Apa yang perlu dilakukan sekarang?

Apa pun rahsia yang mampu membuatkan kita kaya, ada lagi cara untuk mempercepatkan keputusan tersebut iaitu dengan mengabungkan kesemua langkah-langkah yang dikongsikan.

Belajar untuk menambah nilai dengan menyelesaikan masalah orang lain dan kemudian menggunakan Formula Ultimate Business mengikut skala tawaran kita. Kita boleh menambahkan lagi hasil kita dengan menggunakan leverage melalui masa atau kepakaran orang lain dan menjana beberapa bentuk pendapatan.

Kita juga boleh menggunakan pendapatan kita untuk membuat pelaburan di mana kita boleh memanfaatkan wang orang lain untuk meningkatkan lagi pulangan kita!

Apa yang lebih penting ialah kita perlu pandai mencari peluang dengan menggunakan prinsip ini. Melatih minda kita untuk melihat lebih awal dan mendapat pengalaman dengan menggunakan kaedah ini.

Lelaki terkaya di dunia memahami perkara ini dan mereka amalkan dengan meletakkan prinsip-prinsip mereka ke dalam tindakan.

Jangan berlengah lagi! Lakukan sekarang jika anda mempunyai impian untuk menjadi manusia terkaya!
Siapa yang mengarahkan Raja Bomoh Malaysia

Katanya ada pihak yang suruh | Rasanya semua dah tahu cerita mengenai Raja Bomoh malaysia yang sudahpun mengaku, segala macam perbuatan dia selama ini, samada menggunakan teropong buluh ataupun buah kelapa itu hanyalah lakonan semata-mata. Yang sebenarnya terlalu banyak persoalan yang timbul selepas pengakuan ikhlas itu. Ianya selepas Ibrahim Mat Zin (Raja Bomoh Malaysia) mengaku segala perbuatannya selama ini adalah atas arahan orang lain.

Siapa yang mengarahkan Raja Bomoh Malaysia?


Persoalan yang kini menjadi tanda tanya pada semua orang ketika ini adalah, siapa yang mengarahkan beliau? Bukan mudah sebenarnya tau, nak buat macam tu, kemudian di tonton oleh bukan sahaja penduduk malaysia malahan luar negara! Itu belum tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dan keluarga.

Mrejoy sendiri tertanya-tanya, kenapa baru sekarang dia nak mengaku? Selepas beberapa episode drama yang dihasilkan? Mungkin disebabkan oleh tuduhan terhadap Ibrahim Mat Zin (Raja Bomoh Malaysia) yang dikatakan telah menghina islam dan menyebabkan islam di pandang hina punca dia mengaku yang segala yang dilakukan beliau hanyanya rekaan semata-mata?

Apa pun, perkara dah jadi dan kini umum telah mengetahui yang segala yang dibuat itu hanyalah gimik semata-mata. Sejujurnya, ini bukanlah ajaran islam yang sebenar dan harapan ramai orang adalah, berhenti berfikiran yang perbuatan itu adalah ajaran islam. Ia hanyalah hiburan semata-mata yang diwujudkan oleh pihak tersebut. Ok?

minyak naik lagi

Naik turun minyak kini fenomena biasa! | Kalau sebelum ni, kita akan terkesan selama sebulan samada minyak naik atau minyak turun, tapi sekarang ni kita akan terkesan selama seminggu! Kalau sebelum ni, katakan minyak turun 20sen, jadi selama sebulanlah kita rasa minyak turun tu. Tapi sekarang, lebih banyak nampak minyak naik daripada turun.

Harga minyak malaysia sekarang ni, turun naik seminggu. Minggu ni turun, minggu depan naik, minggu lagi satu naik, minggu lepas tu naik, eh! Banyak naik daripada turun. Sebenarnya apa yang ramai orang risau adalah, kenaikan harga barang. Jadi macam pelik pulak, harga minyak naik, harga barang pun nak naik.

Bertambah pelik bila harga minyak turun, harga barang tetap maintain. Sama je. Hebatnya, kalau tida-tiba minyak naik, mereka pun nak sama naik. Itu yang buat ramai orang rasa tak selesa tu. Benda masih tetap sama, tapi harga makin hari makin berbeza.

Yang sebenarnya, tak banyak yang boleh kita buat selain hadap sahaja. Nak tak nak, kita kena juga isi minyak kereta/motor. Kalau tak isi, maka tak bergeraklah kenderaan kita. Dan kalau tak bergerak, macamana kita nak cari rezeki kan? Nak taknak, kenalah isi minyak. Nak buat macamana lagi kan? hmm.
buat duit dengan Lynk.my.

Cara mudah buat RM300 atau LEBIH dengan Lynk.my! | Alhamdulilah. Hari ini aku nak kongsikan 1 cabang buat duit dengan blog. Rasanya kalau disebut lynk.my ni ramai yang dah tahu. Tapi tak apalah, aku beritahu pada mereka yang belum tahu ya. Tapi, sebelum aku cerita lanjut, aku nak juga beritahu, lynk.my ini tidak sesuai buat mereka yang ingin menanam niat sebagai gaji bulanan. Mudah cakap, buat duit suka-suka je. Kenapa aku cakap macam ni? Nanti aku terangkan ya.

Baik. Nak register Lynk.my ni mudah je dan yang lebih penting, percuma! Untuk register, boleh klik link ni: Lynk.my/register.

Ok. Seterusnya, macamana nak hasilkan income dengan lynk ni? Yang sebenarnya, mudah je. Korang ambil cerita yang tengah hot. Cerita yang sedang mendapat tempat di hati masyarakat. Yang orang nak baca. Ianya mungkin cerita viral atau politik. Jangan cerita berunsur 18 tahun sudah la ya. Kemudian, copy URL link cerita tu.

Cerita apa? URL apa?

Macam ni, kan biasa kalau kita cari cerita viral ni, kita akan cari dekat blog. Ok. Dekat bahagian atas tu, copy sahaja dan masukkan ke dalam ruangan create lynk yang ada pada bahagian kiri. Ha, lupa nak beritahu, sewaktu register tu, korang pilih publisher ya. Dah register kalau nak tukar pun boleh.

Kemudian apa nak buat? Kongsikan cerita itu dalam laman sosial korang. Dalam facebook ke, kalau blogger, dalam blog la kan. dalam twitter ke, semua boleh.


buat duit dengan Lynk.my.
Hasil terkumpul setakat penulisan ini. :)

Dan dari setiap klik daripada pembaca, kita akan dapat duit. Yang sebenarnya bayaran klik tu murah je. Tapi kalau cerita tu viral. Dan ada terlalu ramai yang baca, banyaklah kita dapat, ok.

Sekarang aku nak cerita apa kelemahan lynk.my ni. Ok, kelemahannya adalah, pembayaran lambat! Aduh! Kalau kita tengok dekat website lynk.my, katanya pembayaran akan dibuat selepas 14 hari. Dan untuk cashout pertama aku, aku menunggu selama sebulan. Dan sekarang, untuk cashout kedua, aku masih belum dapat walaupun sudah melebihi 14 hari!

Dan atas sebab itulah aku cakap, buat duit dengan lynk.my anggap sahaja suka-suka. Jangan letak ia sebagai sumber pendapatan pula ya. Anggap sahaja macam duit tepi kita. hehehe. Oklah! Setakat itu sahaja perkongsian aku, kalau korang nak belajar dengan lebih detail, email sahaja pada aku ya!

Terima kasih semua!
Berapa nilai diri kita dalam kerjaya

Berapa nilai diri kita dalam kerjaya sekarang | Selepas beberapa keadaan yang aku lalui, sekarang aku nampak macam-macam benda terutamanya nilai diri kita di dalam sesuatu kerjaya tu. Maksud aku, kalau kita sekarang ni makan gaji, kita kena tahu, berapa nilai diri kita dalam syarikat tu. Aku dalam kebelakangan ini, memang banyak terasa nak kongsikan mengenai syarikat yang aku kerja sekarang. sebenarnya dah lama aku bekerja dekat sini, hampir 11 tahun! Dah macam-macam benda aku hadap, Cuma sekarang ni aku rasa makin teruk.

Ok. Berbalik semula pada cerita nilai diri kita dalam syarikat. Melalui mata dan telinga dan juga pengalaman diri sendiri, sangat penting untuk kita tahu siapa kita dalam sesebuah organisasi ataupun syarikat. Percaya atau tidak, berapa lama pun kita sudah berkhidmat, belum tentu kita ada nilai. Berapa teruk pun kerja kita, belum tentu kita ada nilai.

Nilai yang macamana aku maksudkan ni?

Katakan, korang dah bekerja selama 15 tahun (bukan satu tempoh yang singkat kan?). Dah macam-macam korang buat dan membantu di dalam menaikkan syarikat. Tapi, ada 1 masa, ada sikit masalah. Korang nyatakan masalah tu pada orang atasan. Korang bandingkan pula dengan beberapa masalah lain. Dan majikan korang dengan mudahnya cakap:

“kalau kau rasa kerja itu lebih bagus, berhenti jelah. Pergi kerja sana. Tak payah kerja sini”

Mungkin benda ini biasa pada korang tapi tidak pada aku. Sebabnya dekat sini dah boleh nampak yang diri kita ni langsung tiada nilai dalam syarikat. Kiranya kalau kita takda pun, takda masalah langsung. Orang lain pun boleh buat.

Secara positifnya, kita perlu ada kekuatan atau nilai diri yang tersendiri. Maknanya, ilmu kita berkaitan sesuatu bidang itu sangat diperlukan orang. Pendapat kita sangat dihargai orang. Dan kita sangat diperlukan dalam sesebuah syarikat. Itu sangat penting. Kalau kita ada masalah, orang atasan boleh dengar dan sama-sama mencari jalan penyelesaian.

Secara negatifnya, orang atasan terlalu sombong pada aku. Terlalu angkuh dan tidak tahu menjaga hati pekerja bawahan. Sepatutnya, bila pekerja meluahkan masalah, mereka sama-sama membantu menyelesaikan dan bukannya dengan angkuh minta orang berhenti kerja. Tindakan itu pada aku langsung tidak professional.

Tidak ada yang di atas jika tidak dibantu oleh orang yang dibawah. Kejayaan sesebuah syarikat itu bukannya datang daripada seseorang sahaja. Dia datang daripada macam-macam pihak. Oleh yang demikian, jangan pernah sombong dengan apa yang kita ada. Kena tengok pada diri sendiri juga.
Kerja yang susah boleh jadi mudah jika semua saling faham memahami. Dan yang lebih penting, jaga hati sesama kita. Jangan nanti hanya menyalahkan kerja yang susah penyebab kepada pekerja berhenti. Tidak pula tengok pada diri yang dah ramai benci. Harapnya faham la.

Terima kasih.

tak sempat nak update blog

Dah tak sempat nak update blog! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk terus membuat kebaikan di bumi Allah ini. Dah baca cerita mengenai Orang miskin pun tak terlepas dari hasad dengki manusia ?  sesungguhnya, ianya pasti adalah ujian daripada yang maha esa untuk aku. Ok. Sejak kebelakangan ini, aku dah makin kurang nak update blog. Semuanya disebabkan kesibukan menguruskan macam-macam benda. Dari A sampai Z, semua kena buat balik.

Sekarang ni, bila lepas update blog, aku memang harapkan trafik daripda google je. Tak macam sebelum ni, lepas update blog, aku akan post dalam macam-macam group dalam facebook. Rakan-rakan blogger di sana pun aku dah tak sempat nak tegur sebab sibuk dengan perniagaan baru. Walhal buat bisnes pun dalam facebook juga. hehehe.

Mungkin aku belum mahir lagi dalam semua benda. Jadi memang ada kelam kabut sikit nak uruskan semua. Orang cakap baru lagi, bila dah lama esok, dah mahir, pejam sebelah mata pun boleh buat. Kan? Yang sebenarnya, ada banyak yang aku nak ceritakan, tapi disebabkan kesuntukan masa untuk menulis, terpaksalah aku diamkan dulu cerita aku tu.

Terasa nak Join SBB 2017.

Yang sebenarnya, aku dari dulu nak join SBB ni. Tapi rasa malu tu masih menebal. Nak jumpa dengan top-top blogger ni, kita siapa kan? Orang pun tak kenal. Menulis pun tah kemana. Tapi bila fikir-fikir balik, sampai bila kan? Dengan join aktiviti macam ini la, kita sebenarnya boleh belajar banyak benda baru.

Niat nak join SBB 2017 tu memang ada. Kena pula rakan blogger Wayne Harraz ajak-ajak lagi, hehehe. Tapi nak juga tengok rakan-rakan lain, ada tak yang join. Kalau ada, haruslah aku join juga kan. Apa pun, niat tu kena betul. Bukan datang semata-mata nak cari job baru ya. hehehe.

Oklah. Rasanya cukuplah cerita aku setakat ini. Kalau aku berkesempatan, aku sambung tulisan aku sekejap lagi. Itu pun kalau aku ada masa nak ceritakan semua yang terpendam dalam hati aku. Macam mana aku dihina dengan keadaan aku sekarang. Itu aku akan kongsikan mungkin sekejap lagi. Ok.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Doa menghancurkan & memusnahkan sihir pemisah suami isteri

Doa menghancurkan & memusnahkan sihir pemisah suami isteri (rumahtangga) | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan cara perubatan islam iaitu dengan cara berdoa kepada Allah. Ianya bertujuan untuk memusnahkan sihir yang dihantar bagi tujuan memusnahkan atau memisahkan hubungan suami isteri. Mungkin ada yang belum baca cerita yang aku kongsikan semalam mengenai Orang miskin pun tidak terlepas dari hasad dengki manusia. Mereka yang buat benda kotor ini sudah pastinya hitam hatinya.

Kadang tu, kita tak punya apa-apa selain kebahagian bersama isteri dan anak-anak. Dan biasanya, itulah yang disakiti orang. Mereka tak suka! Jika kehidupan mereka tidak bahagia, mereka juga tidak mahu melihat orang lain bahagia. Manusia seperti ini layaknya hidup jauh daripada kelompok manusia. Jangan campur orang. Sebab hati mereka dah terlalu hitam. Busuk!

Doa menghancurkan & memusnahkan sihir pemisah suami isteri (rumahtangga).


Apa pun perbuatan syirik ini dah lama bertapak di muka bumi Allah ini. Allah maha berkuasa. Tidak ada yang lebih berkuasa daripada nya. Diberinya kita jalan penyelesaian kepada masalah yang berpunca daripada manusia ini. Aku kongsikan agar menjadi manfaat kepada orang lain juga, insyaAllah.
Doa mengelak sihir Tafriq.

Sihir tafriq ni adalah sihir yang orang gunakan untuk pisahkan hubungan suami isteri samada yang baru berkahwin ataupun dah lama. Puncanya adalah orang sakit hati tengok pasangan tu bahagia. InsyaAllah, jika di amalkan doa ini, selain dapat mengelak sihir tafriq ini, ianya juga dapat mengekalkan kebahagian rumahtangga hingga ke akhir hayat kecuali kematian, insyaAllah, dengan izin Allah.

Cara amalannya adalah dengan baca ketiga-tiga ayat di bawah selepas solat wajib. Mohon pada Allah supaya dijaga dan dipelihara serta dilindungi daripada manusia berhati busuk ini.

Ayat pertama:


Doa menghancurkan & memusnahkan sihir pemisah suami isteriAyat Kedua : 

Doa menghancurkan & memusnahkan sihir pemisah suami isteri

Ayat ketiga : 

Doa menghancurkan & memusnahkan sihir pemisah suami isteri

Sumber perkongsian daripada blog airmien.wordpress.com

hasad dengki manusia

Orang miskin pun tak terlepas dari hasad dengki manusia! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama juga aku tidak menulis di atas kesibukan kerja baru ni. Terlalu banyak yang melanda kehidupan aku dalam tahun 2017 ni. Dan ianya seperti tidak menampakkan akan berhenti. Bertalu-talu masalah yang menimpa aku. Pasti ada hikmah dan sesuatu yang lebih baik untuk aku pada masa mendatang. insyaAllah.

Baik. Hari ini aku nak kongsikan cerita terbaru. Baru lagi cerita ni sebab masih rasa panas lagi ni. Betul lah cakap orang kan, hati manusia ni kalau dah busuk, apa pun dia dah takda fikir lagi. Orang tu miskin ke, kaya ke, dia tak peduli. Yang di tahu, hati dia puas.

Ceritanya seorang jiran aku ni, yelah, mungkin ada yang dia tak puas hati dengan keluarga aku, sudah main sihir. Tujuannya nak memporak perandakan keluarga aku. Sebenarnya, benda ni dah lama dah, Cuma sekarang ni baru nampak.

Memang aku perasan, aku cepat marah. Kesian pula pada anak-anak sebab kena marah dan kena pukul. Bergaduh dengan wife tu tak usah cakap lah, banyak kali. Wife aku pulak, macam tak suka nak duduk rumah yang kami beli tu. Puncanya sebab manusia busuk hati inilah.

Aku sendiri tak tahu kat mana yang dia tak puas hati tu. Mungkin, mungkin ya. Aku kerja sorang, operator kilang pulak tu. Tapi mampu sara semua. Beli rumah sama pulak dengan dia. Ada banyak masa dengan keluarga. Bawa keluarga jalan-jalan. Gelak ketawa sana sini. Dan, terus terang aku cakap dekat sini, mungkin dia takda semua ni dan sebab itulah dia sakit hati.

Eh! Kalau dah sampai tahap sihir orang, ini bukan benda kecik-kecik. Kalau setakat bertekak, bercakar, itu kira standard lagi, ini sampai tahap menyihir! Nak pecah belahkan keluarga orang. Ini bukan benda biasa ni, ini benda luar biasa.

Aku ni tak mahu menuduh. Tapi itulah yang disampaikan oleh mereka yang berkebolehan dalam ilmu perubatan islam ni. Dari apa yang disampaikan memang ada yang tidak senang dengan keluarga aku dan ingin melihat keluarga aku porak peranda.

Apa pun, Allah tetap berkuasa. Aku percaya dengan kuasa Allah. Aku berdoa agar mereka yang berniat jahat tu dan menyihir keluarga aku tu akan termakan dengan apa yang mereka buat dan menyesal dengan tindakan mereka tu. Rezeki dah ditetapkan. Tak perlu kita sakit hati dengan orang. Siapa usaha lebih, dia mesti dapat lebih.

Semoga Allah memusnahkan apa yang buruk ini atau pulangkan semula pada yang menghantarnya. Amin.
maksud lifestyle blogger

Apakah yang dimaksudkan dengan lifestyle blogger | ahha! Petang-petang macam ni, MrEjoy nak menulis pasal kategori blogger pulak. Biasa tak orang tanya kita atau mungkin kita sendiri confuse, kita ni blogger dalam kategori yang mana? Ada banyak sebenarnya kategori blogger ni antaranya travel blogger, food blogger, tech blogger, personal blogger dan juga lifestyle blogger. Dan kali ini, aku nak ceritakan serba sedikitlah apa maksudnya blogger kategori ini.

Baik. lifestyle blogger. Sebenarnya ada beberapa blogger yang dia sendiri tak tahu dia kategori yang mana dan bila tiba-tiba orang tanya dia, dia akan jawab, saya lifestyle blogger. hehehe. Ok. Sekarang, siapa sebenarnya lifestyle blogger? Dan macamana nak tentukan niche blogger ni. ahha! Sumber ini aku dapat daripada beberapa penulisan blogger lain berkenaan siapa sebenarnya lifestyle blogger ni.

Lifestyle atau blogger gaya hidup ni lebih banyak menulis tentang aktiviti seharian, minat ataupun pandangan penulis itu sendiri berkenaan apa yang berlaku dan pengalaman hidup dia. Lifestyle blogger juga dikaitkan dengan mereka yang aktif di dalam laman sosial. Ini menyebabkan imej mereka mudah terlihat di mata orang lain.

Senang cakap, lifestyle blogger ni adalah mereka yang banyak menulis tentang gaya hidup, sosial kehidupan, hiburan dan cara mereka berpakaian. Sebab itu mereka yang bergelar lifestyle blogger ni akan cuba membentuk budaya dan identiti khas untuk diri mereka sendiri.

Dan sekarang, aku berharap korang akan fahamlah dengan maksud lifestyle blogger ni. Cumanya, aku masih confuse di antara lifestyle blogger dengan personal blogger. Sebab lebih kurang sama je kan cara penulisan mereka ni? hmmm. 

Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls

Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls memang sedap! | Ceritanya semalam nak belanja anak-anak aku makan aiskrim. Biasanya aku akan belikan mereka aiskrim dalam cup tu. Supaya baju mereka tak kotor kalau makan. Kemudian mesti perisa vanilla. Sebab vanilla kan bagus untuk sejukkan tekak. Eh? Yeker? Hahaha. Tak kisahlah apa pun, tapi semalam aiskrim tu habis. Yang ada Cuma aiskrim ni : Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls. Hmm, dari segi packaging nampak cantik, tapi tak tahulah rasanya macamana. Jadi, haruslah kita cuba!

Betul lah kata orang kan, kalau kita menang dekat mata customer, kita jual apa pun, mesti laku. Sama lah halnya dengan aiskrim Sandwich Vanilla & Chocolate ni, dia menang dari segi packaging yang buatkan orang tengok je mesti nak beli. Hehehe. Jadi kalau korang nak mulakan perniagaan produk, korang boleh cuba cara ini ya! hehehe.


Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls

Orait. Berbalik pada cerita aiskrim ni. Rasa dia, sedap! Hehehe. Sebab dia ada 2 rasa kan. Jadi kalau kita makan tu, rasa dia bersatu dalam mulut kita. eh! Hehe. Biskut dia pulak unik. Ada lukisan atas tu. Jadi, memang tarik minat budak-budaklah kan. Ala, yang dewasa pun, kalau tengok mesti rasa suka. Ada bagusnya dia buat macam tu daripada biar je permukaan biskut tu kosong.

Lagi satu, size Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls ni besar dan padat. Kemudian lambat cair, jadi memang sedap makan. Ada aiskrim biasa, kita keluarkan daripada peti sejuk je, dah mula cair kan, tapi aiskrim ni lambat. Jadi kita boleh layan je makan. Gigit sikit-sikit sebab nak rasa biskut dengan aiskrim dia tu.

Oklah. Korang dah tahu kewujudan aiskrim ni kan? Jadi apa lagi, kepada peminat aiskrim semua, jom pakat-pakat beli Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls ni. Beli banyak-banyak, simpan dekat rumah. Sambil menonton televisyen tu, bolehlah makan aiskrim daripada walls ni. hehehe.

Jangan sombong dengan kuasa yang ada

Jangan sombong dengan kuasa yang ada | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk terus menulis. Ok, hari baik, penghulu segala hari ni, aku nak luahkan sedikit rasa hati, yang mungkin sama dengan cerita atau pengalaman korang. Rasanya korang pun dah boleh agak cerita apa yang aku nak kongsikan dengan korang ni. Baca tajuk pun dah boleh tahu kan, jangan sombong dengan kuasa yang ada.

Tak perlu tengok pada yang besar lah, orang kecil pun, kalau ada kuasa, sombongnya tahap melangit. Aku kini berada dalam suasana kerja baru, dengan rakan sekerja baru, Cuma gaji masih lama. 1 keburukan kalau korang kerja dekat Kilang Di Alor Gajah ni. Tentang itu, nanti aku ceritakan. Yang aku nak cerita hari ni, ha, ni pasal gila kuasa ni.

Ada beberapa orang yang aku nampak dekat tempat baru ni. Bukan manager pun, bukan assistant manager pun, bawah lagi pangkatnya. Tapi atas technician la. Sikit punya sombong lagi. Rasa dah cukup besar. Kalau boleh, setiap apa yang keluar daripada mulut dia, orang kena ikut. Biasanya, biasa yang aku jumpa dekat tempat kerja aku ni la, orang yang macam tu, baru habis belajar. Kiranya fresh lagi, kemudian masuk kerja dengan jawatan yang besar sedikit. Terus jadi macam tu.

Aku tak cakap semua. Sebabnya ada sorang dua dekat sini, ok je. Baru habis belajar jugak. Jawatan yang sama jugak, tak pulak mereka menyombong. Boleh je bercampur dengan orang bawah. Tapi seorang dua je, yang lain semua sama macam yang aku cakap dekat atas. Kadang aku jadi pelik juga, kenapa nak sombong sangat?

Apa mereka ingat, orang yang kat bawah ni tiada ilmu ke? Mungkin benar mereka ni tiada sijil, dip, ijazah semua tu, tapi kena ingat, mereka ni penuh dengan pengalaman. Rezeki Allah tu luas. Tengok sahajalah, berapa ramai jutawan-jutawan besar dunia, mereka bukan ada sijil pun. Jadi kenapa nak kena ada rasa sombong dalam diri tu?

Aku lebih respect dengan mereka yang bermula dari kecil hingga menjadi besar. Atau mungkin mereka yang baru, tapi tahu hormat orang. Tak perlu tunduk, tapi hormat menghormati. Jangan rasa bangga sangat dengan apa yang kita ada. Bila-bila masa Allah boleh ambil. Jadi tak perlu menyombong sangat. Cukup kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Kalau betul kita ni ada sijil semua, kena ingat, orang lain ada lebih banyak pengalaman yang tentunya, lebih mahal daripada sijil yang kita ada tu. Jadi jangan rasa menyombong dengan apa yang kita ada. Cukuplah kita hormat menghormati antara satu sama lain. Ok?

MrEjoy.

Cara mudah buat sitemap blogspot

Cara mudah buat sitemap blogspot | Ok. Tengahari ni, rasa macam nak kongsikan cara mudah buat sitemap dekat blogspot. Penting ke sitemap dekat blog ni? Kalau tak ada, tak boleh ke? Yang sebenarnya, sitemap ni berikan kelebihan pada sesebuah blog. Di sinilah, pembaca boleh tengok semua hasil penulisan kita. Dari start kita buat blog sampailah sekarang. Ok. Jom kita tengok tutorial paling mudah cara buat sitemap di blogspot!

Langkah pertama adalah dengan log in masuk blog korang dan klik pada page dekat bahagian kiri tu.

Cara mudah buat sitemap blogspot


Seterusnya adalah klik pada New Page.

Cara mudah buat sitemap blogspot

Kemudian klik pada HTML (sebelah compose)

Cara mudah buat sitemap blogspot

Langkah seterusnya adalah, copy ayat di bawah ini dan tukar tulisan yang dihitamkan tu dengan URL blog korang. Kemudian pastekan pada ruang kosong dekat blog korang tu (macam nak update entry baru). 

<script src="https://sites.google.com/site/script4shared/sitemap.js"></script><script src="http://blogbaru.blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>
Bila dah siap semua, preview dulu dan save. Dah siap! Hehehhe. Mudah kan nak buat sitemap dekat blog ni. Selamat mencuba! J
Misteri Wan Peah 2

Anak MrEjoy tiba-tiba takut tengok iklan Misteri Wan Peah | Entah kenapa, sejak 2-3 hari ni, anak kedua aku (yang kini berusia 2 tahun) akan menangis semahu-mahunya, dalam keadaan takut terjerit-jerit bila iklan Misteri Wan Peah keluar dekat TV3. Sebelum ni, dia dengan abang dia lah (yang kini berusia 4 tahun) orang yang tak sabar-sabar, tunggu depan TV sebab nak tengok drama hebat ni! ish! Dah kenapa kan?

Yang sebenarnya, aku macam pelik juga, kenapa dia tiba-tiba takut tengok iklan tu, walhal, setiap malam dia beritahu aku (dalam bahasa dia la) pasal drama Misteri Wan Peah ni. Puas jugak aku beritahu yang drama ni dah habis, dah takda. Tapi, budak-budak kan, bukan dia tahu pun. Tapi nampak tak punyalah hebat drama ni sampai anak-anak kecik pun tertunggu-tunggu tayangannya dekat TV.

Itu tak kisahlah, yang menjadi persoalan sekarang, kenapa baru sekarang dia takut? Dalam pada dia berbaring depan TV tu, kalau iklan ni keluar, menjerit-jerit cari orang. Menangis-nangis. Eh! Dah kenapa ni? Apa yang seram sangat? Gambar je pun, time tengok drama tu, siap muncul-muncul segala, tak pulak dia menjerit? Itu aku pelik.

Apa pun, tahniah pada Drama Misteri wan peah kerana berjaya menghantui 10 juta penonton! Banyak tu! 10 juta penonton tu termasuklah wife dan anak-anak aku. Aku? kadang tengok, kadang tak. hahaha. Dan khabarnya, selepas mendapat sambutan yang hebat, akan ada sekuel kepada drama ini. Dan pastinya, ramai yang tak sabar nak tengok kan? Harapnya misteri akan terbongkar atau menjadi lebih misteri dari sebelumnya! Hehehe.

tips dan cara berhenti kerja makan gaji

#7 perkara yang anda perlu buat sebelum berhenti kerja makan gaji. #3 paling penting! | Hari ini MrEjoy nak bercerita pula pasal berhenti kerja. Macam biasalah, ayat ini banyak digunakan oleh mereka yang makan gaji. Samada mereka sudah lama memendam rasa, terkilan dengan bahasa-bahasa “kesat” bos, ataupun mencari peluang yang lebih baik. Tak kisahlah apa pun alasan korang, yang penting korang kena tahu banyak perkara sebelum buat keputusan berhenti kerja. Ini, apa yang anda perlu tahu dan sediakan sebelum buat keputusan berhenti kerja!

Kerja makan gaji ni boleh dikatakan comfort zone bagi semua orang. Hujung bulan gaji masuk. Tak perlu fikir apa-apa. Dan ada yang suka hidup dalam keadaan ini dan ada yang tidak suka, biasalah benda tu kan? Tapi percaya atau tidak, jika korang berjaya memecahkan “keselesaan” korang tu, korang akan nampak dunia ini lebih luas daripada apa yang pernah korang nampak sebelum ni.

Tapi dalam keadaan ekono`mi yang tidak menentu ni, siapa yang berani keluar daripada comfort zone mereka dengan buat keputusan berhenti kerja makan gaji dan buat bisnes? Aku sangat pasti tidak ramai yang berani. Pasti banyak yang bermain dalam fikiran mereka samada hutang yang perlu dibayar, pendapatan bulanan, anak-anak, dan macam-macam lagi.

Ok lah. Apa pun keputusan anda, penulisan kali ini lebih fokus kepada mereka yang ada rancangan untuk berhenti kerja dan mulakan perniagaan sendiri ataupun mencari peluang kerja dengan gaji yang lebih baik.

Apa yang perlu anda tahu dan sediakan sebelum buat keputusan untuk berhenti kerja!

#1. Selesaikan semua hutang-hutang yang ada.

Di antara cabaran seseorang itu untuk berhenti kerja adalah memikirkan hutang yang ada. Bila berhenti kerja, gaji tak menentu, macamana nak bayar hutang, betul tak? Jadi sebelum korang buat keputusan untuk berhenti kerja, adalah dengan baiknya korang selesaikan dulu hutang-hutang yang ada. Kalau hutang kereta, habiskan dulu, kalau hutang motor? Juga habiskan dulu. Kalau hutang rumah? Ha, part ini yang susah ni, bayar rumah bukan setahun dua, puluh tahun! Ahha! Teruskan bacaan korang, nanti aku kongsikan cara nak selesaikan benda ni.

#2. Hidup bawah kemampuan.

Kalau gaji eksekutif, apa salahnya hidup dengan gaji kerani. Maksudnya, besar mana pun gaji kita tidak ada salahnya hidup bawah kemampuan. Jangan nanti, bila tengok orang bisnes pakai kereta BMW, kita pun nak pakai BMW. Tiada salahnya kalau guna kereta saga. Janji kehidupan kita selesa. Yang sebenarnya, bila kita hidup bawah kemampuan, kepala kita tak stress. Nak fikir itu ini. Yang penting duit berkepok, tak gitu? Hehehe.

#3. Cukupkan simpanan setahun.

Dalam banyak-banyak perkara, ini adalah yang paling penting. Dan ini juga jawapan kepada persoalan no #1 tadi. Pastikan kita ada simpanan selama setahun. Kira berapa belanja sebulan korang. Katakan hutang+belanja anak2+bil-bil+makan2 semua adalah RM3500 sebulan. Jadi simpanan setahun yang korang perlu ada adalah RM42,000. Jadi korang boleh hidup tanpa gaji selama setahun. Dan korang juga ada masa selama setahun untuk hasilkan income baru, faham kan apa yang aku cuba sampaikan ni?

Kalau rasa jumlah tu terlalu besar, boleh je turunkan pada simpanan 6 bulan. Tapi korang boleh bertahan selama 6 bulan sahajalah, ok?

#4. Pendapatan perniagaan sama dengan pendapatan bulanan atau lebih.

Ini sangat penting. Kalau korang berhenti kerja dan memilih untuk berniaga, pastikan pendapatan bisnes korang sama dengan pendapatan sekarang atau lebih. Kalau lebih kecil, cuba untuk naikkan terlebih dahulu. Kalau gaji bisnes lebih tinggi dari pendapatan kerja makan gaji, apa lagi, cabutlah! Hahaha.

#5. Nampak dengan jelas perjalanan kehidupan selepas berhenti kerja.

Kena tahu, bila kita buat keputusan untuk berhenti kerja, dah takda bos yang nak tanya kerja kita dah siap ke belum. Dah tak perlu nak bangun awal-awal dan bersesak ke tempat kerja. Di sinilah pentingnya displin diri. Dan di sini jugalah ramai yang termasuk dalam perangkap kehidupan. Mulanya jalan kejayaan tu dah nampak dengan jelas, tapi bila nak bangun tidur pagi pun susah, nak siapkan kerja pun malas, kesudahannya, jatuh teruk.

Jadi kalau nak buat keputusan berhenti kerja makan gaji, pastikan diri kita ada displin diri yang tinggi!

#6. Sediakan backup plan!

Jangan hanya fokus pada 1 benda je. Penat MrEjoy tulis pasal Bagaimana yang kaya terus kaya. Cuba cari peluang jana pendapatan yang lain. Kalau berlaku apa-apa dalam bisnes, kita dah boleh usaha cara lain. Kena tahu, bisnes ni ada turun naiknya. Ada masa kita kat atas, kita lupa nak hasilkan pendapatan lain, bila dah terjatuh, baru nak sedar, dah tak berguna lagi.

#7. Sentiasa bersedekah dan berserah pada yang maha esa.

Dan akhir sekali, jangan pernah kedekut untuk bersedekah. Kalau kita faham konsep sedekah ni, lagi banyak yang kita keluarkan, lebih banyak yang kita akan dapat. Dan waktu yang terbaik untuk kita bersedekah adalah di waktu kita tiada apa-apa. Waktu dalam kocek kita ada RM10 je. Sebab dia mungkin sedang menguji kita.

Kita hamba. Sebaik-baik perancangan adalah yang maha esa. Jadi, usaha yang berterusan dan sentiasa dekatkan diri dengan dia, insyaAllah, kejayaan pasti datang dan kekal sampai bila-bila, insyaAllah, amin.
Teknik Rahsia yang digunakan manusia terkaya dunia untuk terus kaya

Teknik Rahsia yang digunakan manusia terkaya dunia untuk terus kaya! | Bagi kebanyakan orang, membina kekayaan adalah suatu perkara yang sangat susah! Ramai daripada kita yang hidup dalam angan-angan. Mengimpikan banyak perkara namun tiada usaha untuk menjadi manusia terkaya. Tapi korang nak tahu tak, yang sebenarnya, untuk menjadi kaya itu tidak susah? Sebabnya adalah, rahsia kewangan lelaki paling kaya di dunia kini terbongkar!

Aku cuba untuk kongsikan beberapa perkara yang dilakukan oleh mereka, yang boleh kita gunakan dalam usaha kita menjadi antara manusia paling kaya. Tapi percaya atau tidak, yang sebenarnya, ramai dah tahu pasal benda ni, tapi macam biasalah, samada malas atau tak mahu usaha, tapi nak jalan mudah untuk berjaya. Kalau korang nak ada usaha, jadi teruskan bacaan korang. ok?

Teknik Rahsia yang digunakan manusia terkaya dunia untuk terus kaya!


Pelbagaikan sumber pendapatan.

Untuk menjadi seseorang yang benar-benar kaya, jangan bergantung harap hanya pada 1 sumber pendapatan sebaliknya pelbagaikan.

Percaya atau tidak, rata-rata daripada kita hanya bergantung harap pada 1 sumber pendapatan sahaja. Dan hampir kesemua, jutawan-jutawan dunia, mereka ada lebih kurang 7 saluran pendapatan lain! Orang-orang kaya ni percaya, dengan cara mempelbagaikan sumber pendapatan, kalau terjadi apa-apa, mereka tidak akan terkesan.

Baik, sekarang aku nak tanya, siapa yang ada simpanan kewangan untuk 6 bulan atau lebih? Aku pernah baca buku kewangan, katanya:

Simpanan kewangan yang terbaik adalah simpanan kewangan setahun atau 6 bulan. Tak tahu apa itu simpanan kewangan setahun? Katakan, belanja kita sebulan adalah RM3000. Jadi simpanan kewangan kita mesti ada RM36,000. Jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, kita mampu untuk bertahan selama setahun walaupun tidak bekerja!

Ada 7 jenis pendapatan yang boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan, iaitu:

  • Earning income
  • Profit income
  • Interest income
  • Dividend income
  • Rental income
  • Capital gains
  • Royalty income

Ini sekadar contoh yang boleh aku beri. Mungkin korang ada cara lain bagaimana untuk pelbagaikan sumber pendapatan korang. Apa yang aku nak cakap adalah, mulakan hari ini! Cari sumber pendapatan tambahan dan berhenti berharap pada 1 sumber pendapatan sahaja! Setiap jenis pendapatan tambahan ini adalah lapisan perlindungan pada kita dan orang tersayang. Dan apa yang penting adalah, ia adalah cara untuk kita menjadi jutawan!

Keajaiban Faedah Kompaun!

Apa ke bendanya faedah kompaun ni? hahahaha. Aku yang mula-mula baca pasal benda ni pun tertanya-tanya juga, apa tu faedah kompaun. Dia sebenarnya macam ni, faedah kompaun ni bermula bila kita dapat faedah atas minat kita.

Sebagai contoh, kalau kita labur RM10,000 selama 10 tahun. Dan setiap tahun kita dapat keuntungan 10% atau RM1000. Dan bila akhirnya kita keluarkan duit tu, kita akan dapat RM10,000! Keuntungan pulangan 100%!

Apa yang menariknya mengenai faedah kompaun ni adalah, semua orang boleh buat, tak kira miskin atau kaya. Dan prinsip ni boleh juga digunakan dalam perniagaan kalau kita tahu caranya.

Antara cara-caranya adalah:

Ultimate Revenue Formula.


Hampir kesemua pemilik perniagaan menggunakan teknik Ultimate Revenue Formula ni dalam bisnes diarang. Cara ni akan buatkan mereka dapat pendapatan yang besar dalam masa yang paling singkat. Apa yang lebih menariknya adalah, kita boleh setkan bila kita nak dapat pulangan tu.

Ok. Ada 3 cara untuk hasilkan pendapatan ni :

  • Jual lebih banyak produk pada customer kita.
  • Jual lebih banyak kepada customer produk kita.
  • Jual produk dengan lebih kerap pada customer kita.


Contohnya macam ni. Seorang penjual burger buat keputusan untuk jual combo meal (jual lebih banyak produk pada customer) kemudian dia tawarkan pada anak-anak customer tu, menu baru kanak-kanak (jual lebih banyak kepada pelanggan)  lepas mereka habis makan, dia tawarkan pulak ais krim sebagai pencuci mulut (jual produk dengan lebih kerap).

Bila kita mula berfikir tentang part time business, kita akan mula bina Ultimate Revenue Formula! Bila kita buat cara ini dengan betul, silap-silap kita akan dapat pendapatan lebih daripada gaji bulanan tetap kita. Atau mungkin lebih daripada itu!

Tapi sebelum kita nak aplikasikan Ultimate Revenue Formula ni, kita kena tahu 1 benda ni. Apakah benda tu? Korang kena rajin-rajinlah singgah ke blog MrEjoy ya! Kerana aku akan kongsikan dalam entry akan datang. Hehehehe. Semoga memberi manfaat pada semua. J

Gambar Elvina Mohamad

Biodata Elvina Mohamad pelakon Drama SHH... I LOVE YOU | Nama Elvina Mohamad mula menyerlah selepas lakonannya dalam drama Cinta Si Wedding Planner. Nama awek cantik ni sebelum ini adalah Elvina Teylv. Tapi disebabkan nama tu macam tak berapa “melayu” sangat, jadi dia pun tukarlah nama dia ke Elvina Mohamad. Terbaru, gadis manis ini menjadi pelakon dalam drama Shh..I Love You. Drama yang baru sahaja di tayangkan dalam slot akasia April 2017.

Bagi mereka yang meminati pelakon cantik Elvina Mohamad ni, jom kita kenal dengan lebih lanjut mengenainya.

Biodata dan pelakon Elvina Mohamad.

  • Nama penuh : Norazlina Mohamad.
  • Nama komersial : Elvina Mohamad.
  • Tarikh lahir : 25 Jan 1995
  • Umur : 22 tahun.
  • Asal : Teluk intan, Perak.
  • Kerjaya : Model dan pelakon.

Koleksi gambar Elvina Mohamad yang cun melecun!


Gambar Elvina Mohamad

Gambar Elvina Mohamad

Gambar Elvina Mohamad

Gambar Elvina Mohamad

Gambar Elvina Mohamad

Gambar Elvina Mohamad

Gambar Elvina Mohamad

Gambar Elvina Mohamad

kepak ayam sibu sarawak

Selepas tanam, kastam gali semula kepak ayam dan pindahkan ke tempat lain | Selepas berita mengenai pesta mencari kepak ayam yang ditanam menjadi viral, kastam Sarawak membuat keputusan untuk mengali semula kepak ayam yang telah di tanam dan memindahkan ke lokasi yang baru. Sebelum ini, kecoh apabila penduduk setempat mengali semula kepak ayam yang ditanam kastam dan membersihkan semula samada untuk dimakan atau dijual dengan harga yang lebih rendah.

Baca juga : Gali semula kepak ayam yang telah ditanam untuk dimakan atau dijualkan semula!

Pihak kastam mengali semula baki kepak ayam yang masih ada dan menyembur calcium hyperchloride dan sodium hyperchloride untuk menghalang bacteria sebelum dipindahkan ke lokasi 30 kilometer dari lokasi asal kepak ayam tersebut di tanam.

Kepak ayam yang dianggarkan bernilai setengah juta ringgit itu sebenarnya telah dirampas oleh penguatkuasa kerana tiada permit import. Dan disebabkan isu kepak ayam ini jugalah, katanya penjualan kepak ayam di sibu Sarawak merosot.
Membina empayar perniagaan sendiri dengan mudah

Nak tahu bagaimana cara nak jadi usahawan sambilan dan membina empayar peniagaan sendiri? Baca ni | Setiap daripada kita sudah pastinya menginginkan empayar perniagaan sendiri. Namun, masa dan ketakutan untuk melangkah ke alam perniagaan sudah pastinya menjadi halangan besar kepada impian tersebut. Jika anda pernah bermimpi untuk menjadi seorang usahawan dan masih tercari-cari jalan yang sesuai untuk memulakan langkah pertama anda, anda harus baca 3 langkah mudah ini.

Membina empayar perniagaan sendiri dengan mudah.


#1. Pilih projek yang menguji kekuatan, minat dan rangkaian.

Sentiasa melihat kepada bakat yang ada di dalam diri anda. Semakin besar sesuatu perniagaan itu dengan kemahiran anda, maka semakin besarlah peluang untuk anda berjaya dengan cepat. Jika anda bermain dengan kekuatan anda, mengintegrasikan minat anda, dan memanfaatkan rangkaian anda, anda akan menjadi jauh lebih cekap dari sebelum ini. Yang akan menjadikan setiap pelaburan anda, samada wang atau masa, jauh lebih berkesan!

#2. Cari masa yang sesuai untuk perkongsian minda.


Jika anda merancang dengan teliti, 10% daripada masa anda boleh mewakili keseluruhan kehidupan anda. Cuba untuk beri tumpuan kepada perkongsian minda (apa yang minda anda fokus) dan jadikan 10% anda sebahagian daripada segala-galanya yang anda lakukan. Ambil 10% anda di mana-mana anda pergi dan cari jalan untuk mengintegrasikan ke dalam rutin anda.
Jika anda suka apa yang anda lakukan, anda akan secara semula jadi membuat lebih banyak masa!

#3. Jangan terlalu ghairah untuk membina kejayaan.

Sudah pastinya semua orang mahu melihat kejayaan datang dengan cepat dan terlupa akan risiko yang sentiasa menanti. Jangan terlalu ghairah untuk mencipta kejayaan. Bina empayar perniagaan anda sekukuh yang mungkin. Dan apabila masalah datang, anda pastinya mampu bertahan dengannya!

susah atau tidak tulis blog

“Susah ke tulis blog?” | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih lagi diberi kesempatan untuk menulis hari ini. syukur. Baiklah, pernah tak dapat soalan macam ni,  susah atau tidak tulis blog ni? MrEjoy pernah ditanya dengan soalan ini. Dan Jawapan MrEjoy mudah je, susah kalau kita buat dia jadi susah. Hehehe. Apa-apa pun dalam dunia ni, kalau kita buat dia jadi susah, maka dia akan jadi susah la, kalau kita fikir senang, senang lah jadinya.

Sama la dengan hal tulis blog ni. Ramai yang rasa susah menulis blog sebab mereka tak tahu untuk apa blog mereka tu. Mungkin mereka buat blog sebab mereka tengok ramai orang ada blog. Atau juga mungkin sebab mereka nak buat duit dengan blog. Ha. Kena faham konsep buat duit dengan blog ni yer.

Di awal kemunculan MrEjoy dalam dunia blog ni, terus terang MrEjoy cakap, niat buat blog waktu tu adalah kerana duit. Biasalah, nak cari duit tepi. Tapi terasa payah sangat nak dapat. Usaha sana, usaha sini pun payah nak berhasil. Bila MrEjoy blogwalking dari 1 blog ke 1 blog, barulah faham konsep sebenar kehidupan ni.

Kalau niat kita nak cari duit, memang susahlah kita nak dapat duit. Kalau niat kita nak cari ilmu/berkongsikan ilmu bermanfaat dengan orang lain, duit tu akan datang dengan sendirinya.

Sama juga dengan blog ni, susah atau tidak tulis blog ni, kena tengok pada kita. Kalau kita terikut-ikut orang, memang akan rasa susah tulis blog ni. Tapi kalau kita ada matlamat yang betul dan suka dengan penulisan , kita akan rasa seronok. Kita akan sentiasa menulis dan menulis tanpa rasa jemu.

Lagi satu, jangan buat blog bukan daripada kita punya kemahiran. Melainkan kita ada usaha yang tinggi kearah itu. Ok, Katakan korang suka memasak. Dan korang buat blog tentang masakan atau resepi. Dah tentu korang akan sentiasa update blog sebab korang buat apa yang korang suka. Betul tak? ha. Itulah rahsianya.

Jadinya, apa yang MrEjoy boleh cakap, buat apa yang kita suka. Jangan ikut orang. Tulis blog tentang topik yang kita mahir/tahu. Barulah, kita boleh dapat jawapan susah atau tidak tulis blog tu. Ok? Terima kasih kerana sudi singgah ke blog MrEjoy. J

Gali semula kepak ayam yang telah ditanam

Gali semula kepak ayam yang telah ditanam untuk dimakan atau dijualkan semula! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih lagi diberikan kesempatan untuk MrEjoy menulis. Semalam MrEjoy menonton 1 berita , dan sehingga ke saat ini, ada sedikit rasa pelik. Berita mengenai orang ramai berpesta mengali semula tanah untuk mendapatkan kepak ayam! Ha? Kepak ayam? Yang telah ditanam? Dalam minda MrEjoy ketika itu adalah, untuk apa mereka mengali semula kepak ayam tu?

Situasi ini berlaku di sibu Sarawak. Ceritanya, pihak kastam sibu Sarawak didakwa telah merampas kepak ayam yang dikatakan telah dijangkiti wabak H1N1 dan telah di tanam ke dalam tanah sedalam 3 kaki dalamnya! Namun selepas itu, penduduk kampung berdekatan telah datang beramai-ramai untuk mengali semula dan mengambil semua kepak ayam yang telah di tanam. Ha?

Macam 1 pesta, mereka mengumpulkan semula kepak ayam tersebut dan membersihkannya samada untuk dimakan atau dijual dengan harga yang lebih murah! Mengikut bacaan MrEjoy dari 1 blog ke 1 blog, ada yang cakap, pihak kastam rampas kepak ayam tu disebabkan tiada permit import yang sah dan bukannya dijangkiti oleh penyakit H1N1.

Namun apa yang lebih menarik hati MrEjoy adalah, kepak ayam tu dah pun ditanam. Maksudnya telah bercampur dengan tanah. Mereka ambil dan bersihkan. Dan kemudiannya ada yang menjual ataupun makan. Hmm. Mungkin mereka ada alasan mereka sendiri kan? Dan jika di tanya pada MrEjoy, sudah pasti MrEjoy tak akan buat macam itu. Masing-masing punya jawapan tersendiri kan? Macamana pula dengan korang?
Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ▼  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ▼  April (28)
      • Pemilik WhatsApp group boleh dipenjara!
      • Bagaimana menjadikan produk anda sangat laris di p...
      • Katanya ada pihak yang suruh.
      • Naik turun minyak kini fenomena biasa!
      • Cara mudah buat RM300 atau LEBIH dengan Lynk.my!
      • Berapa nilai diri kita dalam kerjaya sekarang
      • Dah tak sempat nak update blog!
      • Doa menghancurkan & memusnahkan sihir pemisah suam...
      • Orang miskin pun tak terlepas dari hasad dengki ma...
      • Apakah yang dimaksudkan dengan lifestyle blogger
      • Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls meman...
      • Jangan sombong dengan kuasa yang ada.
      • Cara mudah buat sitemap blogspot.
      • Anak MrEjoy tiba-tiba takut tengok iklan Misteri W...
      • #7 perkara yang anda perlu buat sebelum berhenti k...
      • Teknik Rahsia yang digunakan manusia terkaya dunia...
      • Biodata Elvina Mohamad pelakon Drama SHH... I LOVE...
      • Selepas tanam, kastam gali semula kepak ayam dan p...
      • Nak tahu bagaimana cara nak jadi usahawan sambilan...
      • “Susah ke tulis blog?”
      • Gali semula kepak ayam yang telah ditanam untuk di...
      • Drama Menanti februari.
      • Cara paling mudah letak iklan dekat tengah-tengah ...
      • Drama slot akasia terbaru TV3 : Shh… I Love You.
      • Fadhykits : Beg ajaib yang mampu memudahkan urusan...
      • Cara register blog pada google webmaster tools.
      • Seluruh Rakyat Malaysia di beri cuti umum 24 April...
      • 13 Tips melatih minda untuk sentiasa berfikiran po...
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    Raya Dengan Gaya Bersama Corvan, Ini 6 Produk Jadi Rebutan Ramai Yang Anda Wajib Ada Di Rumah
  • The Patriots
    Genting Bidor: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Guna Telefon Jana Pendapatan 4 Angka Berniaga Online
  • Bro Framestone
    Pra-pesanan Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G Dibuka Mulai 24 Mac 2023
  • Aliff Channel
    Lepas Cerai Tak Buka Aib Sesiapa, Mizz Nina Dipuji Netizen – Ada Isu Rumahtangga Pun Diam?
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Tiket tren ETS tambahan sempena raya & Hari Pekerja boleh dibeli mulai hari ini
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates