13 Tips melatih minda untuk sentiasa berfikiran positif.
Ok. Kenapa aku cakap ianya ada kaitan dengan diri aku? Ceritanya
macam ni, aku baru sahaja bertukar kerja. Selama lebih kurang 10 tahun aku
dalam kerja yang sama, aku kini perlu berhadapan dengan cabaran baru. Sesuatu yang
sukar sebenarnya pada diri aku namun jika melihat daripada sudut yang positif,
ianya mampu memberikan ilmu dan pengalaman baru pada aku.
13 Tips melatih minda
untuk sentiasa berfikiran positif.
Ok. Cukup mukadimah setakat itu, jom kita tengok 13 tips
bagaimana untuk melatih minda kita untuk sentiasa berfikiran positif.
- Sentiasa menunjukkan emosi dan mental yang positif terhadap diri sendiri, orang lain dan dalam pelbagai situasi.
- Sentiasa buang pemikiran atau dialog negative dalam minda kita. Ianya hanya satu pembaziran masa dan tenaga.
- Jangan biarkan kekecewaan, kesukaran dan halangan menjejaskan mood dan pemikiran kita.
- Sentiasa libatkan diri kita dengan beberapa aktiviti yang akan mengalihkan perhatian kita daripada pemikiran negative.
- Jangan sesekali benarkan orang lain mempengaruhi minda kita dengan pemikiran yang negative.
- Bergaul dengan orang yang mampu membawa sesuatu yang bernilai dalam hidup kita. Sentiasa elakan dari bercampur dengan mereka yang sentiasa berfikiran negative.
- Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif untuk diri sendiri dan orang lain.
- Sentiasa berikan pujian pada orang lain jika anda rasakan mereka layak untuk menerimanya.
- Cuba lakukan perkara-perkara dengan cara yang baru atau dengan cara yang berbeza. Dengan cara ini, ianya akan membantu kita menjadi lebih kreatif dan tentulah lebih positif. Kita mungkin boleh makan di restoran yang berbeza, makan makanan yang berbeza, ubah cara kita berpakaian, mula membaca buku baru ataupun, mulakan hobi baru.
- Kita juga boleh membaca kisah-kisah mereka yang berhadapan dengan kesukaran dan berjaya di dalam kehidupan. Ini akan membantu kita untuk berfikiran positif.
- Tetapkan matlamat tidak kira bagaimana mustahil pun matlamat kita tu. Dan mula menyibukkan diri untuk mencapai matlamat tersebut.
- Dengan setiap matlamat yang dicapai, tidak kira sekecil mana pun ia, ia akan membawa kita menjadi lebih berkeyakinan, “self-esteem” dan berfikiran positif.
- Sekurang-kurangnya sekali sehari, berfikir dan cuba untuk datang dengan lebih banyak idea mengenai bagaimana untuk berfikir secara positif dalam pelbagai situasi.
Apabila kita mula belajar bagaimana untuk sentiasa
berfikiran positif, kita akan mendapat kunci untuk berubah dan memperbaiki
kehidupan kita. Adalah sangat mudah untuk merangka minda yang positif apabila
semua perkara berjalan dengan baik. Namun akan menjadi sukar apabila kita
berhadapan dengan masalah.
Walaubagaimanapun, jika kita belajar untuk sentiasa
berfikiran positif ketika berada di dalam keadaan-keadaan yang menyukarkan,
kita akan melihat yang ianya adalah sesuatu yang sangat mudah untuk
diselesaikan. Dan apa yang perlu kita tahu “positive thinking requires practice”.
2 Comments
Minda positif adalah minda yang sihat.. kalau asyik negatif je susah nanti.. semua benda jadi serabut sbb tak tau mana kepala mana hujung.. jadi kena la positif selalu..
ReplyDeletebagus kalau dapat berfikiran positif sentiasa.. tp kengkadang tu bila dtg negatifnye, hadoiiii tak dapek den nak nolong ehh..
ReplyDeleteLea follow sini.. :)