Anak MrEjoy tiba-tiba takut tengok iklan Misteri Wan Peah.
Anak MrEjoy tiba-tiba
takut tengok iklan Misteri Wan Peah | Entah kenapa, sejak 2-3 hari ni, anak
kedua aku (yang kini berusia 2 tahun) akan menangis semahu-mahunya, dalam keadaan
takut terjerit-jerit bila iklan Misteri Wan Peah keluar dekat TV3. Sebelum ni,
dia dengan abang dia lah (yang kini berusia 4 tahun) orang yang tak
sabar-sabar, tunggu depan TV sebab nak tengok drama hebat ni! ish! Dah kenapa
kan?
Yang sebenarnya, aku macam pelik juga, kenapa dia tiba-tiba
takut tengok iklan tu, walhal, setiap malam dia beritahu aku (dalam bahasa dia
la) pasal drama Misteri Wan Peah ni. Puas jugak aku beritahu yang drama ni dah
habis, dah takda. Tapi, budak-budak kan, bukan dia tahu pun. Tapi nampak tak
punyalah hebat drama ni sampai anak-anak kecik pun tertunggu-tunggu tayangannya
dekat TV.
Itu tak kisahlah, yang menjadi persoalan sekarang, kenapa
baru sekarang dia takut? Dalam pada dia berbaring depan TV tu, kalau iklan ni
keluar, menjerit-jerit cari orang. Menangis-nangis. Eh! Dah kenapa ni? Apa yang
seram sangat? Gambar je pun, time tengok drama tu, siap muncul-muncul segala,
tak pulak dia menjerit? Itu aku pelik.
Apa pun, tahniah pada Drama Misteri wan peah kerana berjaya
menghantui 10 juta penonton! Banyak tu! 10 juta penonton tu termasuklah wife
dan anak-anak aku. Aku? kadang tengok, kadang tak. hahaha. Dan khabarnya,
selepas mendapat sambutan yang hebat, akan ada sekuel kepada drama ini. Dan
pastinya, ramai yang tak sabar nak tengok kan? Harapnya misteri akan terbongkar
atau menjadi lebih misteri dari sebelumnya! Hehehe.
0 Comments