#7 perkara yang anda perlu buat sebelum berhenti kerja makan gaji. #3 paling penting!
Kerja makan gaji ni boleh dikatakan comfort zone bagi semua
orang. Hujung bulan gaji masuk. Tak perlu fikir apa-apa. Dan ada yang suka
hidup dalam keadaan ini dan ada yang tidak suka, biasalah benda tu kan? Tapi
percaya atau tidak, jika korang berjaya memecahkan “keselesaan” korang tu,
korang akan nampak dunia ini lebih luas daripada apa yang pernah korang nampak
sebelum ni.
Tapi dalam keadaan ekono`mi yang tidak menentu ni, siapa yang
berani keluar daripada comfort zone mereka dengan buat keputusan berhenti kerja
makan gaji dan buat bisnes? Aku sangat pasti tidak ramai yang berani. Pasti banyak
yang bermain dalam fikiran mereka samada hutang yang perlu dibayar, pendapatan
bulanan, anak-anak, dan macam-macam lagi.
Ok lah. Apa pun keputusan anda, penulisan kali ini lebih
fokus kepada mereka yang ada rancangan untuk berhenti kerja dan mulakan
perniagaan sendiri ataupun mencari peluang kerja dengan gaji yang lebih baik.
Apa yang perlu anda
tahu dan sediakan sebelum buat keputusan untuk berhenti kerja!
#1. Selesaikan semua
hutang-hutang yang ada.
Di antara cabaran seseorang itu untuk berhenti kerja adalah
memikirkan hutang yang ada. Bila berhenti kerja, gaji tak menentu, macamana nak
bayar hutang, betul tak? Jadi sebelum korang buat keputusan untuk berhenti
kerja, adalah dengan baiknya korang selesaikan dulu hutang-hutang yang ada.
Kalau hutang kereta, habiskan dulu, kalau hutang motor? Juga habiskan dulu. Kalau
hutang rumah? Ha, part ini yang susah ni, bayar rumah bukan setahun dua, puluh
tahun! Ahha! Teruskan bacaan korang, nanti aku kongsikan cara nak selesaikan
benda ni.
#2. Hidup bawah
kemampuan.
Kalau gaji eksekutif, apa salahnya hidup dengan gaji kerani.
Maksudnya, besar mana pun gaji kita tidak ada salahnya hidup bawah kemampuan. Jangan
nanti, bila tengok orang bisnes pakai kereta BMW, kita pun nak pakai BMW. Tiada
salahnya kalau guna kereta saga. Janji kehidupan kita selesa. Yang sebenarnya,
bila kita hidup bawah kemampuan, kepala kita tak stress. Nak fikir itu ini.
Yang penting duit berkepok, tak gitu? Hehehe.
#3. Cukupkan simpanan
setahun.
Dalam banyak-banyak perkara, ini adalah yang paling penting.
Dan ini juga jawapan kepada persoalan no #1 tadi. Pastikan kita ada simpanan
selama setahun. Kira berapa belanja sebulan korang. Katakan hutang+belanja
anak2+bil-bil+makan2 semua adalah RM3500 sebulan. Jadi simpanan setahun yang
korang perlu ada adalah RM42,000. Jadi korang boleh hidup tanpa gaji selama
setahun. Dan korang juga ada masa selama setahun untuk hasilkan income baru,
faham kan apa yang aku cuba sampaikan ni?
Kalau rasa jumlah tu terlalu besar, boleh je turunkan pada
simpanan 6 bulan. Tapi korang boleh bertahan selama 6 bulan sahajalah, ok?
#4. Pendapatan perniagaan
sama dengan pendapatan bulanan atau lebih.
Ini sangat penting. Kalau korang berhenti kerja dan memilih
untuk berniaga, pastikan pendapatan bisnes korang sama dengan pendapatan
sekarang atau lebih. Kalau lebih kecil, cuba untuk naikkan terlebih dahulu. Kalau
gaji bisnes lebih tinggi dari pendapatan kerja makan gaji, apa lagi, cabutlah! Hahaha.
#5. Nampak dengan
jelas perjalanan kehidupan selepas berhenti kerja.
Kena tahu, bila kita buat keputusan untuk berhenti kerja,
dah takda bos yang nak tanya kerja kita dah siap ke belum. Dah tak perlu nak
bangun awal-awal dan bersesak ke tempat kerja. Di sinilah pentingnya displin
diri. Dan di sini jugalah ramai yang termasuk dalam perangkap kehidupan. Mulanya
jalan kejayaan tu dah nampak dengan jelas, tapi bila nak bangun tidur pagi pun
susah, nak siapkan kerja pun malas, kesudahannya, jatuh teruk.
Jadi kalau nak buat keputusan berhenti kerja makan gaji,
pastikan diri kita ada displin diri yang tinggi!
#6. Sediakan backup
plan!
Jangan hanya fokus pada 1 benda je. Penat MrEjoy tulis pasal
Bagaimana yang kaya terus kaya. Cuba cari peluang jana
pendapatan yang lain. Kalau berlaku apa-apa dalam bisnes, kita dah boleh usaha
cara lain. Kena tahu, bisnes ni ada turun naiknya. Ada masa kita kat atas, kita
lupa nak hasilkan pendapatan lain, bila dah terjatuh, baru nak sedar, dah tak
berguna lagi.
#7. Sentiasa bersedekah
dan berserah pada yang maha esa.
Dan akhir sekali, jangan pernah kedekut untuk bersedekah. Kalau
kita faham konsep sedekah ni, lagi banyak yang kita keluarkan, lebih banyak
yang kita akan dapat. Dan waktu yang terbaik untuk kita bersedekah adalah di
waktu kita tiada apa-apa. Waktu dalam kocek kita ada RM10 je. Sebab dia mungkin
sedang menguji kita.
Kita hamba. Sebaik-baik perancangan adalah yang maha esa.
Jadi, usaha yang berterusan dan sentiasa dekatkan diri dengan dia, insyaAllah,
kejayaan pasti datang dan kekal sampai bila-bila, insyaAllah, amin.
0 Comments