Cara register blog pada google webmaster tools.
Cara register blog pada google webmaster tools | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis. Hari ini aku ingin kongsikan cara untuk register blog kita pada google webmaster tools. Apakah kepentingan untuk register blog kita? Banyak sebenarnya kelebihan yang bakal kita dapat. Dan apa yang lebih pentingnya adalah, cara ini akan membuatkan blog kita lebih cepat terindex oleh mesin pencari google (Google search engine).
Tutorial ini sebenarnya adalah tutorial khas untuk mereka
yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia blog. Juga khas untuk mereka yang
baru buat blog baru dan dah lupa cara macamana nak register blog dalam google
webmaster tools. Apa yang anda perlu tahu adalah, sebaik selesai siapkan
sesebuah blog, langkah seterusnya adalah register blog anda. ok?
Cara register blog pada google webmaster tools.
Baiklah. Langkah pertama adalah log in masuk ke blog anda.
Kemudian, bukak tab baru dan masuk ke laman ini : Google webmaster tools *taip dan klik
masuk*
Kemudian selepas masuk, cari kotak ADD A SITE dan masukkan
URL blog anda.
Langkah seterusnya adalah, setting SITEMAPS. Caranya adalah
dengan klik pada CRAWL *ada pada bahagian kiri* dan kemudian klik pada
SITEMAPS.
Ok. Sekarang nampak tak ADD/TEST SITEMAP dekat bahagian atas
sebelah kanan. Kotak warna merah? Ok, klik situ. Kemudian akan keluar 1 kotak. Copy
tulisan bawah ni dan paste dalam kotak tu.
feeds/posts/default?max-results=400
Ok. Dah paste? Klik submit.
Langkah seterusnya adalah verifikasi blog. Tujuannya adalah,
untuk beritahu google yang URL blog yang didaftarkan itu adalah benar
sebenarnya. Caranya adalah dengan klik “Gear” yang ada dekat bahagian atas
sebelah kanan dan klik Verification
details.
Kemudian click pada bahagian Verify using a different method.
Orait. Langkah seterusnya adalah klik pada bahagian HTML
tag. Copy dan pastekan pada bahagian bawah code <head> pada template blog
anda. Ini contoh code aku, tapi jangan copy yang ini ya!
<meta name="google-site-verification" content="0AxtipxH-LsG-GZcgam3TkEaDS1xNRo0X-rMVk73s" />
Ok. Dah selesai paste pada HTML blog korang, korang kembali
semula pada Search Console tu tadi dan klik pada bahagian VERIFY dekat bawah
tu. Kotak warna merah.
Ok. Bila dah selesai, maka akan keluarlah ayat seperti ini:
Congratulations, you have successfully verified your ownership of “URL blog korang”.
Baiklah. Selesailah sudah Cara register blog pada google webmaster tools ini. Senang je kan?
Semoga blog korang akan lebih cepat terindex oleh google dan menjadi seorang
blogger yang berjaya 1 hari nanti. insyaAllah. J
1 Comments
tutorial yang sangat membantu...terima kasih yaa!!
ReplyDelete