Drama Menanti februari. - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Apr 4, 2017

Drama Menanti februari.

Sinopsis menanti februari

Drama Menanti februari | Drama menanti februari adalah drama yang mengantikan drama Misteri Wan Peah, Sebuah drama yang boleh dikatakan di antara drama yang paling berjaya di TV3. Ini adalah kerana, hampir semua orang meminati drama ini hinggakan sanggup menunggu ke episod terakhir bagi mengetahui apakah misteri sebenar Wan Peah. Terbaru, drama arahan Ayie Mustafa ini bakal menemani malam-malam kita.

Menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz. Drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd ini sudah pun bersiaran malam semalam. Ianya akan bersiaran bermula hari isnin hingga hari rabu bermula jam 2200.

Barisan pelakon drama Menanti februari.


  • Fathia Latiff sebagai Fiza
  • Zul Ariffin sebagai Arie / Daniel Azrie
  • Afiq Muiz sebagai Edi
  • Riz Amin sebagai Sham
  • Juedian Omar sebagai Lia


Sinopsis menanti februari.

Menanti Februari mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. 

Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza. 

Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bulan Februari. 

Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. 

Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. 

Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. 

Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here