Drama slot akasia terbaru TV3 : Shh… I Love You.

Drama slot akasia terbaru TV3 : Shh… I Love You

Drama slot akasia terbaru TV3 : Shh… I Love You | Sebuah drama adaptasi dari sebuah novel sudah mula ditayangkan semalam, Shh… I Love You. Drama terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd ini telah diarahkan oleh Nizam Zakaria. Mempetaruhkan gandingan hebat Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad sebagai teraju utama drama ini. Mula ditayangkan bermula 3 April 2017 dan disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 1858 di TV3!

Barisan pelakon Drama Shh… I Love You.

Gambit Saifullah sebagai Kapten Aidan
Elvina Mohamad sebagai Nur Nadia Omar
Tash Yong sebagai Sumayyah
Hafreez Adam sebagai Naufal
Aien Zahalan sebagai Diana
Hani Nazrina sebagai Ain
Bella Nazari sebagai Sumaira.

Sinopsis drama:


Nur Nadia Omar- Keceriaan luaran tidak dapat menutup kesedihan yang membelenggu hati. Hidupnya penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam. Kesukaran hidupnya diterangi cahaya kebahagian apabila hadir si teruna idaman hati.

Ahmad Aidan Ahmad Abhar - Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara dan menumpukan kerjaya di awan biru.

Pertemuan dengan seorang gadis membawa satu perubahan buat dirinya. Mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam?



Percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya,perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga yang dibina mula di landa ujian.

"Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dan move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me the truth!"- Nadia.

Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain, meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri.

Untuk Melihat apakah kesudahan drama ini, jom kita tonton Shh... I Love You setiap hari isnin hingga khamis bermula jam 1858 hanya di TV3!

1 ulasan: