Gali semula kepak ayam yang telah ditanam untuk dimakan atau dijualkan semula!
Gali semula kepak
ayam yang telah ditanam untuk dimakan atau dijualkan semula! |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih lagi diberikan
kesempatan untuk MrEjoy menulis. Semalam MrEjoy menonton 1 berita , dan sehingga ke saat ini, ada
sedikit rasa pelik. Berita mengenai orang ramai berpesta mengali semula tanah
untuk mendapatkan kepak ayam! Ha? Kepak ayam? Yang telah ditanam? Dalam minda MrEjoy ketika itu adalah, untuk apa mereka mengali semula kepak ayam tu?
Situasi ini berlaku di sibu Sarawak. Ceritanya, pihak kastam
sibu Sarawak didakwa telah merampas kepak ayam yang dikatakan telah dijangkiti
wabak H1N1 dan telah di tanam ke dalam tanah sedalam 3 kaki dalamnya! Namun selepas
itu, penduduk kampung berdekatan telah datang beramai-ramai untuk mengali
semula dan mengambil semua kepak ayam yang telah di tanam. Ha?
Macam 1 pesta, mereka mengumpulkan semula kepak ayam
tersebut dan membersihkannya samada untuk dimakan atau dijual dengan harga yang
lebih murah! Mengikut bacaan MrEjoy dari 1 blog ke 1 blog, ada yang cakap,
pihak kastam rampas kepak ayam tu disebabkan tiada permit import yang sah dan
bukannya dijangkiti oleh penyakit H1N1.
Namun apa yang lebih menarik hati MrEjoy adalah, kepak ayam
tu dah pun ditanam. Maksudnya telah bercampur dengan tanah. Mereka ambil dan
bersihkan. Dan kemudiannya ada yang menjual ataupun makan. Hmm. Mungkin mereka
ada alasan mereka sendiri kan? Dan jika di tanya pada MrEjoy, sudah pasti MrEjoy
tak akan buat macam itu. Masing-masing punya jawapan tersendiri kan? Macamana
pula dengan korang?
1 Comments
Orang susah kot Ejoy... Kasihan....
ReplyDelete