Orang miskin pun tak terlepas dari hasad dengki manusia!
Orang miskin pun tak terlepas dari hasad dengki manusia! |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama juga aku tidak menulis di atas
kesibukan kerja baru ni. Terlalu banyak yang melanda kehidupan aku dalam tahun
2017 ni. Dan ianya seperti tidak menampakkan akan berhenti. Bertalu-talu
masalah yang menimpa aku. Pasti ada hikmah dan sesuatu yang lebih baik untuk
aku pada masa mendatang. insyaAllah.
Baik. Hari ini aku nak kongsikan cerita terbaru. Baru lagi
cerita ni sebab masih rasa panas lagi ni. Betul lah cakap orang kan, hati
manusia ni kalau dah busuk, apa pun dia dah takda fikir lagi. Orang tu miskin
ke, kaya ke, dia tak peduli. Yang di tahu, hati dia puas.
Ceritanya seorang jiran aku ni, yelah, mungkin ada yang dia
tak puas hati dengan keluarga aku, sudah main sihir. Tujuannya nak memporak perandakan
keluarga aku. Sebenarnya, benda ni dah lama dah, Cuma sekarang ni baru nampak.
Memang aku perasan, aku cepat marah. Kesian pula pada
anak-anak sebab kena marah dan kena pukul. Bergaduh dengan wife tu tak usah
cakap lah, banyak kali. Wife aku pulak, macam tak suka nak duduk rumah yang
kami beli tu. Puncanya sebab manusia busuk hati inilah.
Aku sendiri tak tahu kat mana yang dia tak puas hati tu. Mungkin,
mungkin ya. Aku kerja sorang, operator kilang pulak tu. Tapi mampu sara semua. Beli
rumah sama pulak dengan dia. Ada banyak masa dengan keluarga. Bawa keluarga
jalan-jalan. Gelak ketawa sana sini. Dan, terus terang aku cakap dekat sini,
mungkin dia takda semua ni dan sebab itulah dia sakit hati.
Eh! Kalau dah sampai tahap sihir orang, ini bukan benda
kecik-kecik. Kalau setakat bertekak, bercakar, itu kira standard lagi, ini
sampai tahap menyihir! Nak pecah belahkan keluarga orang. Ini bukan benda biasa
ni, ini benda luar biasa.
Aku ni tak mahu menuduh. Tapi itulah yang disampaikan oleh
mereka yang berkebolehan dalam ilmu perubatan islam ni. Dari apa yang
disampaikan memang ada yang tidak senang dengan keluarga aku dan ingin melihat
keluarga aku porak peranda.
Apa pun, Allah tetap berkuasa. Aku percaya dengan kuasa
Allah. Aku berdoa agar mereka yang berniat jahat tu dan menyihir keluarga aku
tu akan termakan dengan apa yang mereka buat dan menyesal dengan tindakan
mereka tu. Rezeki dah ditetapkan. Tak perlu kita sakit hati dengan orang. Siapa
usaha lebih, dia mesti dapat lebih.
Semoga Allah memusnahkan apa yang buruk ini atau pulangkan
semula pada yang menghantarnya. Amin.
0 Comments