Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls memang sedap!

Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls

Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls memang sedap! | Ceritanya semalam nak belanja anak-anak aku makan aiskrim. Biasanya aku akan belikan mereka aiskrim dalam cup tu. Supaya baju mereka tak kotor kalau makan. Kemudian mesti perisa vanilla. Sebab vanilla kan bagus untuk sejukkan tekak. Eh? Yeker? Hahaha. Tak kisahlah apa pun, tapi semalam aiskrim tu habis. Yang ada Cuma aiskrim ni : Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls. Hmm, dari segi packaging nampak cantik, tapi tak tahulah rasanya macamana. Jadi, haruslah kita cuba!

Betul lah kata orang kan, kalau kita menang dekat mata customer, kita jual apa pun, mesti laku. Sama lah halnya dengan aiskrim Sandwich Vanilla & Chocolate ni, dia menang dari segi packaging yang buatkan orang tengok je mesti nak beli. Hehehe. Jadi kalau korang nak mulakan perniagaan produk, korang boleh cuba cara ini ya! hehehe.

Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls

Orait. Berbalik pada cerita aiskrim ni. Rasa dia, sedap! Hehehe. Sebab dia ada 2 rasa kan. Jadi kalau kita makan tu, rasa dia bersatu dalam mulut kita. eh! Hehe. Biskut dia pulak unik. Ada lukisan atas tu. Jadi, memang tarik minat budak-budaklah kan. Ala, yang dewasa pun, kalau tengok mesti rasa suka. Ada bagusnya dia buat macam tu daripada biar je permukaan biskut tu kosong.

Lagi satu, size Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls ni besar dan padat. Kemudian lambat cair, jadi memang sedap makan. Ada aiskrim biasa, kita keluarkan daripada peti sejuk je, dah mula cair kan, tapi aiskrim ni lambat. Jadi kita boleh layan je makan. Gigit sikit-sikit sebab nak rasa biskut dengan aiskrim dia tu.

Oklah. Korang dah tahu kewujudan aiskrim ni kan? Jadi apa lagi, kepada peminat aiskrim semua, jom pakat-pakat beli Ice cream Sandwich Vanilla & Chocolate walls ni. Beli banyak-banyak, simpan dekat rumah. Sambil menonton televisyen tu, bolehlah makan aiskrim daripada walls ni. hehehe.

2 ulasan:

  1. Berkotak2 abang ipar borong haritu. Hahaha, memang sedap, anak buah dulu layan icecream butterfly, sekarang dia minta ni je. Fuhhh okay la dari minta magnum,haha

    BalasPadam
  2. hi pernah tengok kat iklan tv ni,nampak sedap.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    BalasPadam