Jangan sombong dengan kuasa yang ada.

Jangan sombong dengan kuasa yang ada

Jangan sombong dengan kuasa yang ada | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk terus menulis. Ok, hari baik, penghulu segala hari ni, aku nak luahkan sedikit rasa hati, yang mungkin sama dengan cerita atau pengalaman korang. Rasanya korang pun dah boleh agak cerita apa yang aku nak kongsikan dengan korang ni. Baca tajuk pun dah boleh tahu kan, jangan sombong dengan kuasa yang ada.

Tak perlu tengok pada yang besar lah, orang kecil pun, kalau ada kuasa, sombongnya tahap melangit. Aku kini berada dalam suasana kerja baru, dengan rakan sekerja baru, Cuma gaji masih lama. 1 keburukan kalau korang kerja dekat Kilang Di Alor Gajah ni. Tentang itu, nanti aku ceritakan. Yang aku nak cerita hari ni, ha, ni pasal gila kuasa ni.

Ada beberapa orang yang aku nampak dekat tempat baru ni. Bukan manager pun, bukan assistant manager pun, bawah lagi pangkatnya. Tapi atas technician la. Sikit punya sombong lagi. Rasa dah cukup besar. Kalau boleh, setiap apa yang keluar daripada mulut dia, orang kena ikut. Biasanya, biasa yang aku jumpa dekat tempat kerja aku ni la, orang yang macam tu, baru habis belajar. Kiranya fresh lagi, kemudian masuk kerja dengan jawatan yang besar sedikit. Terus jadi macam tu.

Aku tak cakap semua. Sebabnya ada sorang dua dekat sini, ok je. Baru habis belajar jugak. Jawatan yang sama jugak, tak pulak mereka menyombong. Boleh je bercampur dengan orang bawah. Tapi seorang dua je, yang lain semua sama macam yang aku cakap dekat atas. Kadang aku jadi pelik juga, kenapa nak sombong sangat?

Apa mereka ingat, orang yang kat bawah ni tiada ilmu ke? Mungkin benar mereka ni tiada sijil, dip, ijazah semua tu, tapi kena ingat, mereka ni penuh dengan pengalaman. Rezeki Allah tu luas. Tengok sahajalah, berapa ramai jutawan-jutawan besar dunia, mereka bukan ada sijil pun. Jadi kenapa nak kena ada rasa sombong dalam diri tu?

Aku lebih respect dengan mereka yang bermula dari kecil hingga menjadi besar. Atau mungkin mereka yang baru, tapi tahu hormat orang. Tak perlu tunduk, tapi hormat menghormati. Jangan rasa bangga sangat dengan apa yang kita ada. Bila-bila masa Allah boleh ambil. Jadi tak perlu menyombong sangat. Cukup kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Kalau betul kita ni ada sijil semua, kena ingat, orang lain ada lebih banyak pengalaman yang tentunya, lebih mahal daripada sijil yang kita ada tu. Jadi jangan rasa menyombong dengan apa yang kita ada. Cukuplah kita hormat menghormati antara satu sama lain. Ok?

MrEjoy.

Tiada ulasan