Katanya ada pihak yang suruh.
Katanya ada pihak
yang suruh | Rasanya semua dah tahu cerita mengenai Raja Bomoh malaysia
yang sudahpun mengaku, segala macam perbuatan dia selama ini, samada
menggunakan teropong buluh ataupun buah kelapa itu hanyalah lakonan
semata-mata. Yang sebenarnya terlalu banyak persoalan yang timbul selepas
pengakuan ikhlas itu. Ianya selepas Ibrahim
Mat Zin (Raja Bomoh Malaysia) mengaku segala perbuatannya selama ini adalah
atas arahan orang lain.
Siapa yang mengarahkan Raja Bomoh Malaysia?
Persoalan yang kini menjadi tanda tanya pada semua orang
ketika ini adalah, siapa yang mengarahkan beliau? Bukan mudah sebenarnya tau,
nak buat macam tu, kemudian di tonton oleh bukan sahaja penduduk malaysia
malahan luar negara! Itu belum tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dan
keluarga.
Mrejoy sendiri tertanya-tanya, kenapa baru sekarang dia nak
mengaku? Selepas beberapa episode drama yang dihasilkan? Mungkin disebabkan
oleh tuduhan terhadap Ibrahim Mat Zin
(Raja Bomoh Malaysia) yang dikatakan telah menghina islam dan menyebabkan
islam di pandang hina punca dia mengaku yang segala yang dilakukan beliau
hanyanya rekaan semata-mata?
Apa pun, perkara dah jadi dan kini umum telah mengetahui
yang segala yang dibuat itu hanyalah gimik semata-mata. Sejujurnya, ini
bukanlah ajaran islam yang sebenar dan harapan ramai orang adalah, berhenti
berfikiran yang perbuatan itu adalah ajaran islam. Ia hanyalah hiburan
semata-mata yang diwujudkan oleh pihak tersebut. Ok?
0 Comments