Apakah yang dimaksudkan dengan lifestyle blogger
Apakah yang
dimaksudkan dengan lifestyle blogger | ahha! Petang-petang macam ni, MrEjoy
nak menulis pasal kategori blogger pulak. Biasa tak orang tanya kita atau
mungkin kita sendiri confuse, kita ni blogger dalam kategori yang mana? Ada banyak
sebenarnya kategori blogger ni antaranya travel blogger, food blogger, tech
blogger, personal blogger dan juga lifestyle blogger. Dan kali ini, aku nak
ceritakan serba sedikitlah apa maksudnya blogger kategori ini.
Baik. lifestyle blogger. Sebenarnya ada beberapa blogger
yang dia sendiri tak tahu dia kategori yang mana dan bila tiba-tiba orang tanya
dia, dia akan jawab, saya lifestyle blogger. hehehe. Ok. Sekarang, siapa sebenarnya
lifestyle blogger? Dan macamana nak tentukan niche blogger ni. ahha! Sumber ini
aku dapat daripada beberapa penulisan blogger lain berkenaan siapa sebenarnya
lifestyle blogger ni.
Lifestyle atau blogger gaya hidup ni lebih banyak menulis
tentang aktiviti seharian, minat ataupun pandangan penulis itu sendiri
berkenaan apa yang berlaku dan pengalaman hidup dia. Lifestyle blogger juga
dikaitkan dengan mereka yang aktif di dalam laman sosial. Ini menyebabkan imej
mereka mudah terlihat di mata orang lain.
Senang cakap, lifestyle blogger ni adalah mereka yang banyak
menulis tentang gaya hidup, sosial kehidupan, hiburan dan cara mereka
berpakaian. Sebab itu mereka yang bergelar lifestyle blogger ni akan cuba
membentuk budaya dan identiti khas untuk diri mereka sendiri.
Dan sekarang, aku berharap korang akan fahamlah dengan
maksud lifestyle blogger ni. Cumanya, aku masih confuse di antara lifestyle
blogger dengan personal blogger. Sebab lebih kurang sama je kan cara penulisan
mereka ni? hmmm.
Tags:
Cerita MrEjoy
2 comments
Lifestyle dengan personal tu saya rasa sama ja haha. Sebab kalau tgk explanation tu macam blogger personal pun ada tulis mcmtu juga.
ReplyDeleteRasanya lebih kurang je, hahaha mai pun konpius sebenarnya.
ReplyDeleteMai rasa mai lebih sesuai dgn merepeks & random blogger, haha