Berapa nilai diri kita dalam kerjaya sekarang
Berapa nilai diri
kita dalam kerjaya sekarang | Selepas beberapa keadaan yang aku lalui,
sekarang aku nampak macam-macam benda terutamanya nilai diri kita di dalam
sesuatu kerjaya tu. Maksud aku, kalau kita sekarang ni makan gaji, kita kena
tahu, berapa nilai diri kita dalam syarikat tu. Aku dalam kebelakangan ini,
memang banyak terasa nak kongsikan mengenai syarikat yang aku kerja sekarang.
sebenarnya dah lama aku bekerja dekat sini, hampir 11 tahun! Dah macam-macam
benda aku hadap, Cuma sekarang ni aku rasa makin teruk.
Ok. Berbalik semula pada cerita nilai diri kita dalam
syarikat. Melalui mata dan telinga dan juga pengalaman diri sendiri, sangat
penting untuk kita tahu siapa kita dalam sesebuah organisasi ataupun syarikat. Percaya
atau tidak, berapa lama pun kita sudah berkhidmat, belum tentu kita ada nilai. Berapa
teruk pun kerja kita, belum tentu kita ada nilai.
Nilai yang macamana
aku maksudkan ni?
Katakan, korang dah bekerja selama 15 tahun (bukan satu
tempoh yang singkat kan?). Dah macam-macam korang buat dan membantu di dalam
menaikkan syarikat. Tapi, ada 1 masa, ada sikit masalah. Korang nyatakan
masalah tu pada orang atasan. Korang bandingkan pula dengan beberapa masalah
lain. Dan majikan korang dengan mudahnya cakap:
“kalau kau rasa kerja itu lebih bagus, berhenti jelah. Pergi kerja sana. Tak payah kerja sini”
Mungkin benda ini biasa pada korang tapi tidak pada aku.
Sebabnya dekat sini dah boleh nampak yang diri kita ni langsung tiada nilai
dalam syarikat. Kiranya kalau kita takda pun, takda masalah langsung. Orang lain
pun boleh buat.
Secara positifnya, kita perlu ada kekuatan atau nilai diri
yang tersendiri. Maknanya, ilmu kita berkaitan sesuatu bidang itu sangat
diperlukan orang. Pendapat kita sangat dihargai orang. Dan kita sangat
diperlukan dalam sesebuah syarikat. Itu sangat penting. Kalau kita ada masalah,
orang atasan boleh dengar dan sama-sama mencari jalan penyelesaian.
Secara negatifnya, orang atasan terlalu sombong pada aku.
Terlalu angkuh dan tidak tahu menjaga hati pekerja bawahan. Sepatutnya, bila
pekerja meluahkan masalah, mereka sama-sama membantu menyelesaikan dan bukannya
dengan angkuh minta orang berhenti kerja. Tindakan itu pada aku langsung tidak professional.
Tidak ada yang di atas jika tidak dibantu oleh orang yang
dibawah. Kejayaan sesebuah syarikat itu bukannya datang daripada seseorang
sahaja. Dia datang daripada macam-macam pihak. Oleh yang demikian, jangan
pernah sombong dengan apa yang kita ada. Kena tengok pada diri sendiri juga.
Kerja yang susah boleh jadi mudah jika semua saling faham
memahami. Dan yang lebih penting, jaga hati sesama kita. Jangan nanti hanya
menyalahkan kerja yang susah penyebab kepada pekerja berhenti. Tidak pula
tengok pada diri yang dah ramai benci. Harapnya faham la.
Terima kasih.
0 Comments