Bagaimana menjadikan produk anda sangat laris di pasaran!

Bagaimana menjadikan produk anda sangat laris di pasaran! | Setiap jutawan tahu dan sedar bahawa, untuk membina kekayaan, mereka perlu membina nilai terlebih dahulu. Steve jobs contohnya, memiliki 2 syarikat yang bernilai berbilion dolar. Ketika mengasaskan Apple dan Pixar, dia meningkatkan nilai produknya terlebih dahulu sebelum menawarkannya di pasaran. Apple mengambil 1 langkah baru dengan merekabentuk computer ke tahap yang lebih baik dengan mengabungkan sistem operasi elegan dan meningkatkan pengalaman pengguna.
Sebaik sahaja kita telah menambahkan “nilai” di dalam produk kita, barulah kita memasarkan produk kita.
Leverage.
Orang-orang kaya sangat faham bahawa untuk menjadi sangat
kaya, mereka perlu belajar untuk menggunakan sumber daripada orang lain untuk
mendapatkan pulangan yang besar!
Bill gates contohnya, memanfaatkan pelesenan perisian
Windows dan sehingga kini mendapat keuntungan darinya! Dan dia terus-terusan
menjadi manusia terkaya!
Thomas Edison pula tampil menyelesaikan masalah “kegelapan”
dengan mencipta mentol dan walaupun sudah terlalu lama dia menciptanya, hingga
ke hari ini, kita masih menggunakan mentol!
Dan mulai sekarang, gabungkan leverage positif dalam hidup
kita supaya kita boleh mendapat pulangan yang lebih besar dalam masa, tenaga,
dan wang - sama seperti orang kaya!
Apa yang perlu
dilakukan sekarang?
Apa pun rahsia yang mampu membuatkan kita kaya, ada lagi
cara untuk mempercepatkan keputusan tersebut iaitu dengan mengabungkan kesemua
langkah-langkah yang dikongsikan.
Belajar untuk menambah nilai dengan menyelesaikan masalah orang
lain dan kemudian menggunakan Formula
Ultimate Business mengikut skala tawaran kita. Kita boleh menambahkan lagi
hasil kita dengan menggunakan leverage melalui masa atau kepakaran orang lain
dan menjana beberapa bentuk pendapatan.
Kita juga boleh menggunakan pendapatan kita untuk membuat
pelaburan di mana kita boleh memanfaatkan wang orang lain untuk meningkatkan
lagi pulangan kita!
Apa yang lebih penting ialah kita perlu pandai mencari
peluang dengan menggunakan prinsip ini. Melatih minda kita untuk melihat lebih
awal dan mendapat pengalaman dengan menggunakan kaedah ini.
Lelaki terkaya di dunia memahami perkara ini dan mereka
amalkan dengan meletakkan prinsip-prinsip mereka ke dalam tindakan.
Jangan berlengah lagi! Lakukan sekarang jika anda mempunyai
impian untuk menjadi manusia terkaya!
3 Comments
Menarik entri ni ejoy..walaupon pe dek tapi mantap..
ReplyDeleteInfo yang sangat menarik
ReplyDeletesetiap bisnes ada formula.. semoga usahawa dpt resepi yg sesuai utk bisnes mereka
ReplyDelete