Selepas tanam, kastam gali semula kepak ayam dan pindahkan ke tempat lain
Selepas tanam, kastam gali semula kepak ayam dan pindahkan
ke tempat lain | Selepas berita mengenai pesta mencari kepak ayam yang ditanam
menjadi viral, kastam Sarawak membuat keputusan untuk mengali semula kepak ayam
yang telah di tanam dan memindahkan ke lokasi yang baru. Sebelum ini, kecoh
apabila penduduk setempat mengali semula kepak ayam yang ditanam kastam dan
membersihkan semula samada untuk dimakan atau dijual dengan harga yang lebih
rendah.
Pihak kastam mengali semula baki kepak ayam yang masih ada
dan menyembur calcium hyperchloride dan sodium hyperchloride untuk menghalang bacteria
sebelum dipindahkan ke lokasi 30 kilometer dari lokasi asal kepak ayam tersebut
di tanam.
Kepak ayam yang dianggarkan bernilai setengah juta ringgit
itu sebenarnya telah dirampas oleh penguatkuasa kerana tiada permit import. Dan
disebabkan isu kepak ayam ini jugalah, katanya penjualan kepak ayam di sibu Sarawak
merosot.
0 Comments