“Susah ke tulis blog?”
“Susah ke tulis blog?” | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih lagi diberi kesempatan untuk menulis hari ini. syukur.
Baiklah, pernah tak dapat soalan macam ni, susah atau tidak tulis blog ni? MrEjoy pernah
ditanya dengan soalan ini. Dan Jawapan MrEjoy mudah je, susah kalau kita buat
dia jadi susah. Hehehe. Apa-apa pun dalam dunia ni, kalau kita buat dia jadi
susah, maka dia akan jadi susah la, kalau kita fikir senang, senang lah
jadinya.
Sama la dengan hal tulis blog ni. Ramai yang rasa susah
menulis blog sebab mereka tak tahu untuk apa blog mereka tu. Mungkin mereka
buat blog sebab mereka tengok ramai orang ada blog. Atau juga mungkin sebab
mereka nak buat duit dengan blog. Ha. Kena faham konsep buat duit dengan blog
ni yer.
Di awal kemunculan MrEjoy dalam dunia blog ni, terus terang
MrEjoy cakap, niat buat blog waktu tu adalah kerana duit. Biasalah, nak cari
duit tepi. Tapi terasa payah sangat nak dapat. Usaha sana, usaha sini pun payah
nak berhasil. Bila MrEjoy blogwalking dari 1 blog ke 1 blog, barulah faham konsep
sebenar kehidupan ni.
Kalau niat kita nak cari duit, memang susahlah kita nak dapat duit. Kalau niat kita nak cari ilmu/berkongsikan ilmu bermanfaat dengan orang lain, duit tu akan datang dengan sendirinya.
Sama juga dengan blog ni, susah atau tidak tulis blog ni,
kena tengok pada kita. Kalau kita terikut-ikut orang, memang akan rasa susah
tulis blog ni. Tapi kalau kita ada matlamat yang betul dan suka dengan
penulisan , kita akan rasa seronok. Kita akan sentiasa menulis dan menulis
tanpa rasa jemu.
Lagi satu, jangan buat blog bukan daripada kita punya
kemahiran. Melainkan kita ada usaha yang tinggi kearah itu. Ok, Katakan korang
suka memasak. Dan korang buat blog tentang masakan atau resepi. Dah tentu korang
akan sentiasa update blog sebab korang buat apa yang korang suka. Betul tak?
ha. Itulah rahsianya.
Jadinya, apa yang MrEjoy boleh cakap, buat apa yang kita
suka. Jangan ikut orang. Tulis blog tentang topik yang kita mahir/tahu. Barulah,
kita boleh dapat jawapan susah atau tidak tulis blog tu. Ok? Terima kasih
kerana sudi singgah ke blog MrEjoy. J
0 Comments