Dah tak sempat nak update blog!
Dah tak sempat nak
update blog! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih
diberikan kesempatan untuk terus membuat kebaikan di bumi Allah ini. Dah baca
cerita mengenai Orang miskin pun tak terlepas dari hasad dengki manusia ? sesungguhnya,
ianya pasti adalah ujian daripada yang maha esa untuk aku. Ok. Sejak kebelakangan
ini, aku dah makin kurang nak update blog. Semuanya disebabkan kesibukan
menguruskan macam-macam benda. Dari A sampai Z, semua kena buat balik.
Sekarang ni, bila lepas update blog, aku memang harapkan
trafik daripda google je. Tak macam sebelum ni, lepas update blog, aku akan
post dalam macam-macam group dalam facebook. Rakan-rakan blogger di sana pun
aku dah tak sempat nak tegur sebab sibuk dengan perniagaan baru. Walhal buat
bisnes pun dalam facebook juga. hehehe.
Mungkin aku belum mahir lagi dalam semua benda. Jadi memang
ada kelam kabut sikit nak uruskan semua. Orang cakap baru lagi, bila dah lama
esok, dah mahir, pejam sebelah mata pun boleh buat. Kan? Yang sebenarnya, ada
banyak yang aku nak ceritakan, tapi disebabkan kesuntukan masa untuk menulis,
terpaksalah aku diamkan dulu cerita aku tu.
Terasa nak Join SBB
2017.
Yang sebenarnya, aku dari dulu nak join SBB ni. Tapi rasa malu
tu masih menebal. Nak jumpa dengan top-top blogger ni, kita siapa kan? Orang
pun tak kenal. Menulis pun tah kemana. Tapi bila fikir-fikir balik, sampai bila
kan? Dengan join aktiviti macam ini la, kita sebenarnya boleh belajar banyak
benda baru.
Niat nak join SBB 2017 tu memang ada. Kena pula rakan
blogger Wayne Harraz ajak-ajak lagi, hehehe. Tapi nak juga tengok rakan-rakan
lain, ada tak yang join. Kalau ada, haruslah aku join juga kan. Apa pun, niat
tu kena betul. Bukan datang semata-mata nak cari job baru ya. hehehe.
Oklah. Rasanya cukuplah cerita aku setakat ini. Kalau aku
berkesempatan, aku sambung tulisan aku sekejap lagi. Itu pun kalau aku ada masa
nak ceritakan semua yang terpendam dalam hati aku. Macam mana aku dihina dengan
keadaan aku sekarang. Itu aku akan kongsikan mungkin sekejap lagi. Ok.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
0 Comments