Teknik Rahsia yang digunakan manusia terkaya dunia untuk terus kaya!
Teknik Rahsia yang
digunakan manusia terkaya dunia untuk terus kaya! | Bagi kebanyakan orang,
membina kekayaan adalah suatu perkara yang sangat susah! Ramai daripada kita
yang hidup dalam angan-angan. Mengimpikan banyak perkara namun tiada usaha
untuk menjadi manusia terkaya. Tapi korang nak tahu tak, yang sebenarnya, untuk
menjadi kaya itu tidak susah? Sebabnya adalah, rahsia kewangan lelaki paling
kaya di dunia kini terbongkar!
Aku cuba untuk kongsikan beberapa perkara yang dilakukan
oleh mereka, yang boleh kita gunakan dalam usaha kita menjadi antara manusia
paling kaya. Tapi percaya atau tidak, yang sebenarnya, ramai dah tahu pasal
benda ni, tapi macam biasalah, samada malas atau tak mahu usaha, tapi nak jalan
mudah untuk berjaya. Kalau korang nak ada usaha, jadi teruskan bacaan korang.
ok?
Teknik Rahsia yang digunakan manusia terkaya dunia untuk terus kaya!
Pelbagaikan sumber
pendapatan.
Untuk menjadi seseorang yang benar-benar kaya, jangan bergantung harap hanya pada 1 sumber pendapatan sebaliknya pelbagaikan.
Percaya atau tidak, rata-rata daripada kita hanya bergantung
harap pada 1 sumber pendapatan sahaja. Dan hampir kesemua, jutawan-jutawan dunia,
mereka ada lebih kurang 7 saluran pendapatan lain! Orang-orang kaya ni percaya,
dengan cara mempelbagaikan sumber pendapatan, kalau terjadi apa-apa, mereka
tidak akan terkesan.
Baik, sekarang aku nak tanya, siapa yang ada simpanan
kewangan untuk 6 bulan atau lebih? Aku pernah baca buku kewangan, katanya:
Simpanan kewangan yang terbaik adalah simpanan kewangan setahun atau 6 bulan. Tak tahu apa itu simpanan kewangan setahun? Katakan, belanja kita sebulan adalah RM3000. Jadi simpanan kewangan kita mesti ada RM36,000. Jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, kita mampu untuk bertahan selama setahun walaupun tidak bekerja!
Ada 7 jenis pendapatan yang boleh dijadikan sumber
pendapatan tambahan, iaitu:
- Earning income
- Profit income
- Interest income
- Dividend income
- Rental income
- Capital gains
- Royalty income
Ini sekadar contoh yang boleh aku beri. Mungkin korang ada
cara lain bagaimana untuk pelbagaikan sumber pendapatan korang. Apa yang aku
nak cakap adalah, mulakan hari ini! Cari sumber pendapatan tambahan dan
berhenti berharap pada 1 sumber pendapatan sahaja! Setiap jenis pendapatan
tambahan ini adalah lapisan perlindungan pada kita dan orang tersayang. Dan apa
yang penting adalah, ia adalah cara untuk kita menjadi jutawan!
Keajaiban Faedah
Kompaun!
Apa ke bendanya faedah kompaun ni? hahahaha. Aku yang
mula-mula baca pasal benda ni pun tertanya-tanya juga, apa tu faedah kompaun. Dia
sebenarnya macam ni, faedah kompaun ni bermula bila kita dapat faedah atas
minat kita.
Sebagai contoh, kalau kita labur RM10,000 selama 10 tahun. Dan
setiap tahun kita dapat keuntungan 10% atau RM1000. Dan bila akhirnya kita
keluarkan duit tu, kita akan dapat RM10,000! Keuntungan pulangan 100%!
Apa yang menariknya mengenai faedah kompaun ni adalah, semua
orang boleh buat, tak kira miskin atau kaya. Dan prinsip ni boleh juga
digunakan dalam perniagaan kalau kita tahu caranya.
Antara cara-caranya adalah:
Ultimate Revenue Formula.
Hampir kesemua pemilik perniagaan menggunakan teknik Ultimate Revenue Formula ni dalam
bisnes diarang. Cara ni akan buatkan mereka dapat pendapatan yang besar dalam
masa yang paling singkat. Apa yang lebih menariknya adalah, kita boleh setkan
bila kita nak dapat pulangan tu.
Ok. Ada 3 cara untuk hasilkan pendapatan ni :
- Jual lebih banyak produk pada customer kita.
- Jual lebih banyak kepada customer produk kita.
- Jual produk dengan lebih kerap pada customer kita.
Contohnya macam ni. Seorang penjual burger buat keputusan
untuk jual combo meal (jual lebih banyak
produk pada customer) kemudian dia tawarkan pada anak-anak customer tu,
menu baru kanak-kanak (jual lebih banyak
kepada pelanggan) lepas mereka habis
makan, dia tawarkan pulak ais krim sebagai pencuci mulut (jual produk dengan lebih kerap).
Bila kita mula berfikir tentang part time business, kita
akan mula bina Ultimate Revenue Formula! Bila kita buat cara ini dengan betul,
silap-silap kita akan dapat pendapatan lebih daripada gaji bulanan tetap kita.
Atau mungkin lebih daripada itu!
Tapi sebelum kita nak aplikasikan Ultimate Revenue Formula ni, kita kena tahu 1 benda ni. Apakah
benda tu? Korang kena rajin-rajinlah singgah ke blog MrEjoy ya! Kerana aku akan
kongsikan dalam entry akan datang. Hehehehe. Semoga memberi manfaat pada semua.
J
2 Comments
good info
ReplyDeletewah bagus info ni
ReplyDelete