4 Sebab Kenapa diberikan nama Masjidil haram.

4 Sebab Kenapa diberikan nama Masjidil haram | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk aku menulis di blog Mrejoy ini, alhamdulilah. Ok, baik! Hari ini aku nak kongsikan dengan semua, mengenai masjid yang sangat terkenal di seluruh dunia, Masjidil Haram. Pasti ada di antara kita yang tertanya-tanya, kenapa diberikan nama Masjidil haram? Haram atas sebab apa? Atau mungkin ada yang fikir, takda nama lain ke? Ok, hari ini aku kongsikan kenapa ianya diberikan nama sebagai Masjidil Haram.
Aku masih ingat lagi waktu aku sekolah dulu. Aku pernah
tanya pada kawan-kawan aku, kenapa ek nama dia Masjidil haram? Banyak sebenarnya
jawapan yang aku terima, tapi ada 1 jawapan yang aku masih ingat sampai
sekarang. Jawapannya adalah:
Masjidil haram ni haram dimasuki oleh orang kafir. Kalau mereka masuk jugak, mesti jadi perkara yang bukan-bukan contohnya pengsan atau muntah darah! Katanya lagi, pernah ada orang kafir yang nak cuba masuk, secara senyap-senyap. Tiba-tiba dia jadi tak tentu arah dan muntah darah. Bila di tanya, rupanya dia kafir.
Itu cerita dulu-dulu. Yang memang aku ingat sampai sekarang.
Tapi, tak pastilah sama ada betul atau tidak. Dan hari ini aku terjumpa 1 artikel
mengenai hal ini, kenapa ianya di
namakan sebagai Masjidil haram dan aku kongsikan dalam blog Mrejoy. Harapnya
selepas ini semua akan faham kenapa ianya di namakan seperti itu ya. J
4 Sebab Kenapa diberikan nama Masjidil haram
1. Haram Dimasuki Orang Kafir
Dasar larangan bagi orang non muslim untuk memasuki wilayah
al-haram di Makkah Al-Mukarramah adalah sebuah firman Allah SWT di dalam surat
At-Taubah.
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang
musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun
ini,” (QS. At-Taubah: 28)
Kenajisan orang musyrik ini memang bukan najis ‘aini,
sehingga jasad orang musyrik pada dasarnya tetap suci, bahkan bekas minum
mereka pun tidak najis. Namun kenajisan mereka adalah najis secara maknawi.
2. Batas Tanah Haram
Sedangkan batas tanah haram yang berlaku semua ketentuan
mengenai tanah haram itu adalah batas miqat makani sebagaimana yang berlaku
buat jamaah haji. Maka para batas-batas miqat itulah seorang non muslim sudah
tidak boleh lagi masuk ke dalamnya.
Di sebelah timur ada Dzatu ‘Irqin, yaitu batas orang yang
masuk dari arah negeri Iraq. Beralih ke Selatan masih di timur ada Qarnul
Manazil. Paling selatan, iaitu dari arah negeri Yaman, ada Yalamlam. Sedangkan
dari arah utara, beberapa kilometer dari Kota Madinah, ada Bi’ru Ali, atau
disebut juga dengan Dzil Hilaifah. Di sebelah Barat ada Juhfah atau disebut
juga Rabigh. Maka kota Makkah seluruhnya tentu saja termasuk kawasan tanah
haram. Artinya, orang kafir tidak boleh masuk wilayah ini.
Baca juga : Sah atau tidak puasa jika tidak bangun sahur?
3. Syarat Berkaitan dengan Wilayah Al-Haram
Selain tidak boleh dimasuki oleh non muslim, tanah Al-Haram
di Makkah juga mempunyai ketentuan-ketentuan lainnya, antara lain:
1. Solat di wilayah Al-Haram Makkah akan dibalas dengan
pahala yang berlipat ganda, iaitu 100,000 kali. Hal itu sebagaimana yang
ditetapkan oleh Baginda Rasulullah SAW:
Dari Jabir radhiallahu’anhu sesunggunya Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda: “Solat di masjidku, lebih utama seribu kali
(berbanding) shalat di selainnya kecuali Masjidil haram. Dan sembahyang di
Masjidil Haram lebih utama seratus ribu (berbanding) shalat di selainnya. “(HR.
Ahmad dan Ibnu Majah, no. 1406. Hadits dishahihkan oleh Al-Mundziri dan
Al-Bushoiry. Al-Albany berkata:” Sanadnya shahih sesuai syarat Bukhari dan
Muslim, Irwaul Ghalil, 4/146).
2. Tidak ada larangan untuk melakukan solat pada bila-bila
pun, bahkan termasuk pada waktu-waktu yang sebenarnya haram untuk melakukan
solat. Seperti pada saat matahari terbit, terbenam atau pas di atas kepala. Nabi
Muhammad SAW telah bersabda:
Daripada Jubair bin Muth’im bahawa Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam bersabda: “Wahai Bani Abdi Manaf [1], janganlah kalian melarang
seoranpun yang akan thawaf (mengelilingi tujuh kali) sekitar Ka’bah, dan
seorang yang akan menunaikan solat pada waktu malam atau siang.” (HR Abu Daud
dan Nasa’i, dan Tirmidzi dan Ibnu Majah dan di shahihkan al-Albani)
3. Haram Membawa Senjata
Di tanah Haram Makkah, haram hukumnya membawa senjata. Sebagaimana
sabda Rasulullah SAW:
Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahuanhu, ia berkata: saya
mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Tidak dibenarkan
bagi kalian membawa senjata [2] di Makkah,” (HR Muslim)
4. Haram Menumpahkan Darah (Pembunuhan) dan Mematahkan
Tumbuhan
“… .maka Sejak itu (negeri Makkah) haram dengan keharaman
Allah hingga hari kiamat, duri-durinya tidak boleh dipatahkan, binatang
buruannya tidak boleh di usir (diganggu), barang yang jatuh di Makkah tidak
boleh diambil, kecuali untuk mencari (pemiliknya) , tumbuh-tumbuhannya tidak
boleh ditebang … .., “(HR Bukhari dan Muslim)
Seluruh umat islam diperintah untuk memalingkan wajahnya dan
hatinya kearah masjidil haram di mana-mana berada, hal ini di perkuat dengan
surah al-Baqarah ayat 149 dan 150. Perintah ini hampir sama darjatnya dengan
perintah Allah yang lain seperti hal melakukan solat, zakat, puasa, haji
sebagai wujud hati yang terikat dan ingat kepada Allah dalam segala hal duniawi
ini.
Sebagaimana dalam firman Allah SWT berikut ini:
“Dan dari mana saja kamu keluar (datang), maka palingkanlah
wajahmu ke arah Masjidil Haram, sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu
yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan,
“(QS.al-Baqarah: 149)
“Dan dari mana saja kamu (keluar), maka palingkanlah wajahmu
ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu (sekalian) berada, maka
palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujjah bagi manusia atas kamu,
kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka janganlah kamu takut
kepada mereka dan takutlah kepada-Ku (saja). Dan agar Ku-sempurnakan nikmat-Ku
atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk, “(QS.al-Baqarah: 150) [3]
Keterangan:
[1] Rasulullah mengkhususkan sabdanya ini kepada Bani Abdi
Manaf kerana beliau mengetahui bahawa pemerintahan dan kekuasaan di Makkah
kembali pada mereka, kerana mereka adalah pemimpin-pemimpin Makkah, dan
urusan-urusan dalam haji (menjamu jemaah haji dengan memberikan minum, makanan,
keselamatan) mereka yang melakukannya. (Kitab Tuhfatul Ahwadzi bi Syarh Jami
Tirmizi, cetakan Daarul Fikr th 1995 M – 1415 H, hal 531 juz 3, pen).
[3] Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa turunnya ayat ini
(S. 2: 150) sehubungan dengan peristiwa berikut: Ketika Nabi SAW memindahkan
arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah, kaum Musyrikin Mekah berkata:
“Muhammad dibingungkan oleh agamanya. Ia memindahkan arah qiblatnya ke arah
qiblat kita. Ia mengetahui bahawa jalan kita lebih benar daripada jalannya. Dan
ia sudah hamir masuk agama kita. “(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber
dari as-Suddi melalui sanad-sanadnya.
0 Comments