5 perkara yang kadang-kadang buat peniaga online jadi malas nak meniaga - MrEjoy

Header Ads

5 perkara yang kadang-kadang buat peniaga online jadi malas nak meniaga

5 perkara yang kadang-kadang buat peniaga online jadi malas nak meniaga

5 perkara yang kadang-kadang buat peniaga online jadi malas nak meniaga | Ramai yang merasakan bisnes online itu lebih mudah dan senang berbanding dengan bisnes offline. Bisnes yang memerlukan kita bergerak ke sana dan ke mari atau mungkin perlu bukak kedai awal pagi dan tutup lewat malam. Yang sebenarnya, bisnes online memang mudah tapi tidak semua orang tahu, 5 perkara ini yang kadang-kadang buat peniaga online rasa malas nak berniaga.

Aku masih baru lagi di dalam perniagaan online ini. Namun, terdapat beberapa perkara yang aku alami sendiri yang kadang-kadang tu buatkan aku jadi malas nak teruskan perniagaan online ini. Kadang orang tengok kita senang-senang je, main handphone dan dapat RM100. Berbeza dengan orang lain yang perlu bersusah payah bangun awal pagi untuk dapatkan keuntungan dengan nilai yang sama.

Tapi, ramai sebenarnya yang tidak tahu, ada beberapa perkara yang perlu di tempuhi peniaga online yang kadang-kadang tu buatkan mereka jadi malas nak berniaga lagi. Aku cuba senaraikan 5 perkara yang aku alami sendiri yang mungkin sama dengan perniaga online yang lain.

5 perkara yang kadang-kadang buat peniaga online jadi malas nak meniaga.


#1. Berhadapan dengan pelangan yang cerewet.

Betul. Memang benar pelangan itu ibarat raja. Tapi kadang-kadang tu kita jadi penat nak melayan mereka. Soalan mereka dari A sampai Z. Sebagai penjual, memang kita perlu ada ilmu mengenai produk yang kita jual. Jadi, kita akan berikan jawapan yang terbaik buat mereka. Setelah selesai segala sesi soal jawab, di akhirnya, pelangan Cuma cakap,

“maaf ya, saya Cuma nak tanya sahaja”

Oh! Kecewanya rasa hati. Tapi, inilah cabaran yang perlu ditempuhi peniaga online.

#2. “Esok saya ambil bos”.

Ahha! Ini ayat yang hampir kesemua peniaga online suka tapi hampa akhirnya. Kita dah terangkan kebaikan produk, cerita dari A sampai Z, dan pelangan dengan yakinnya cakap, esok confirm saya ambil bos. Hati kita pun riang. Keesokkannya, bila kita tanya, jawapan mereka ringkas dan padat, “tak jadi”. Ada tu, blue tick je. Jadi kita peniaga online ni faham-fahamlah yang mereka tak berminat.

Kena juga faham, mungkin mereka ada masalah kewangan secara tiba-tiba yang memerlukan wang segera. Jadi peniaga online semua kena sentiasa positif ya!

#3. Nak bayar guna akaun apa ya?

Aku paling suka dengan ayat ini. Dia tanya kita nak bayar guna akaun apa ya? Atau mungkin, ada cimb account tak? Fuh! Berbunga riang dalam hati ni. Kita pun beri detail lengkap pada pelangan. Tunggu punya tunggu tiada juga duit yang masuk. Esok kita tanya lagi, macamana bos? Masih berminat? Soalan tidak berbalas, yang ada cumalah blue tick.

Masuk hari ke tiga, kita tanya lagi, pun sama juga. blue tick. Jadi peniaga online semua, tahu apa yang berlaku? Ahha! Baca semula item #2 di atas. J

Aku kadang-kadang tu, beri no akaun pada 5 pelangan (atau lebih dalam 1 hari) tapi belum tentu semuanya bank’in. hehehe.

#4. Tak sabar.

Kadang kita, peniaga online jadi tak tentu arah selagi mana barang yang kita hantar tu tak sampai pada pelangan. Di tambah pulak dengan pelangan yang kejap-kejap tanya, makin tak tentu arah la kita di buatnya kan? Kita baru je pos barang mereka awal pagi, petang tu pelangan dah tanya, bos. Barang dah sampai mana ya? adeh!

Kena pula kita pos hari jumaat. Dan lokasi mereka agak jauh. Kita dah terangkan, ianya mungkin akan mengambil masa selama 3 hari. Esoknya, hari sabtu, mereka dah tanya kita, bos! Kenapa barang saya tak sampai lagi? Ahad tu tanya lagi, kenapa barang saya tak sampai lagi?

Dan kita sebagai peniaga, memang akan layan mereka sebaik mungkin. Tapi bila di asak dengan macam-macam soalan, yelah. Kita pun manusia juga kan? Ada masanya ok, ada masanya tak ok. Jadi, tiba-tiba akan stress! Rasa macam malas meniaga online pun ada! ha! Sampai tahap tu! Ni marah ni! eh? Hehehe.

#5. Kena maki!

Dan last sekali, adeh! Mana-mana orang pun tak suka kena maki kan? Samalah dengan kita peniaga online. Kadang-kadang tu, kita dah beritahu pada mereka, apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Tapi pelangan ni main sebat je buat. Bila hasilnya tak nampak, mereka akan salahkan kita. Kata produk menipu la, apa la, macam-macam.

Dia macam ni la, beli ubat kuruskan badan, tapi makan tak jaga. Kesihatan tak jaga, rasa-rasa boleh kurus ke? Tak kan? Jadi ikut arahan pengunaan yang betul supaya hasilnya memberansangkan!
Tapikan, bila kena maki dengan customer tu, memang kadang-kadang tu rasa malas nak meniaga lagi tau!

Rasanya cukuplah 5 perkara yang aku kongsikan ini. Sebenarnya, apa pun bidang yang kita ceburi, pasti akan ada kesukarannya. Tidak semuanya mudah! Samalah dengan bisnes online ni, nampak memang mudah, tapi bila kita buat, baru kita tahu betapa susahnya nak cari pelangan. Ok?


Tiada ulasan