Cara mudah buat scroll bar pada arkib blog. - MrEjoy

Header Ads

Cara mudah buat scroll bar pada arkib blog.

Cara mudah buat scroll bar pada arkib blog

Cara mudah buat scroll bar pada arkib blog | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ok, hari ini aku nak kongsikan dengan korang semua, cara paling mudah nak buat scroll bar pada arkib blog korang. Arkib blog tu apa? Ha, kalau korang perasan, dekat bahagian tepi blog korang tu, akan ada yang panjang-panjang tu, cerita sejak mula korang tulis blog sampai la sekarang. Ada blogger yang tak suka guna nama arkib blog ni sebab nampak macam skema sangat, jadi ada yang tukar jadi cerita lama, ataupun tulisan lama, macam-macam, itu terpulang pada sang empunya blog tu, ok.

Orait. Berbalik semula kepada tutorial cara mudah buat scroll bar pada arkib blog ni. Langkah pertama yang korang perlu buat adalah, login blog korang.

Kemudian pergi pada bahagian Edit HTML dan gunakan fungsi carian (Ctrl+F) dan cari code ini :

<div id='ArchiveList'>

Ok. Lepas dah jumpa, korang mesti akan perasan code yang ini:

<div class='widget-content'>

Cara mudah buat scroll bar pada arkib blog

Dia betul-betul dekat atas code yang awal korang cari tu. Ok. Langkah seterusnya adalah gantikan code di atas ini dengan code yang dibawah ini:

<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>

Ok. Korang nampak no 200px kat hujung tu. Itu adalah untuk ketinggian scroll bar korang. Korang boleh ubah mengikut kesesuaian korang. Kalau untuk blog Mrejoy, aku gunakan 300px. Ok. Lepas dah selesai semuanya, save dan lihatlah hasilnya! Hehehe.

Amacam? Senang kan? Nama pun Cara mudah buat scroll bar pada arkib blog. Hehehe. Selamat mencuba. J

3 ulasan: