Dugaan demi dugaan.

Dugaan demi dugaan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun 2017 sememangnya memberikan 1001 makna kepada aku. Melangkah ke dalam bulan Mei 2017, dah pelbagai cabaran dan dugaan yang aku tempohi. Dan nampaknya ianya masih belum mahu berhenti. Pasti ada hikmahnya dan penyebab Allah mengizinkan semua perkara ini berlaku.
Macam-macam perkara yang aku pelajari. Antaranya adalah
mengenai orang sekeliling kita. Mereka yang kita anggap sebagai rakan tempat kita
menceritakan pelbagai perkara adalah orang yang menunggu masa untuk melihat
kita jatuh!
Aku hingga ke saat ini masih belum mampu menerima kenyataan
ini!
Busuknya hati manusia, dengan rezeki yang Allah berikan
kepada aku hingga sanggup berlaku syirik kepada Allah. Memporakperandakan keluarga
aku, menjadikan aku menjadi sangat malas untuk mencari rezeki untuk keluarga,
ingin melihat aku jatuh susah, ingin melihat kami bercerai berai, hanya kerana
iri hati dengan apa yang orang lain ada.
Aku percaya, pasti ada hikmahnya Allah mengizinkan setiap
perkara ini berlaku. Mungkin ada sesuatu yang dia ingin aku cari. Mungkin dia
nak beritahu siapa sebenarnya kawan dan siapa sebenarnya lawan.
Manusia di dunia ni kadang-kadang mereka ni lupa yang semua
hidupan di dunia tak hidup lama. Pasti 1 hari nanti pergi meninggalkan dunia.
Tapi, mereka tetap juga hidup dalam dosa. Berjanji dengan syaitan untuk
pelbagai perkara. Itu hak manusia jahil, tapi jangan sesekali ganggu aku dan
keluarga aku! Mereka buat penjanjian tetapi melepaskan hingga tak terjaga dan
mengganggu orang lain.
Ilmu Allah maha luas. Mungkin mereka ingat kita tidak tahu
apa-apa. Tapi kuasa Allah lebih besar daripada segala-galanya! Pasti suatu hari
nanti, mereka akan terkesan dengan apa sahaja yang mereka lakukan sekarang.
Semoga Allah mempertemukan aku dengan orang yang aku cari
selama ni. Juga dengan orang yang sedang menunggu untuk membantu aku.
Permudahkanlah segala urusan aku Ya Allah. Lindungilah aku dan keluarga aku
daripada setiap perkara yang tidak kami ingini. Sesungguhnya kepadamulah kami
memohon.
0 Comments